Jul 23, 2011

Faktor kecundang tiap kali exam

Di bilik peperiksaan nombor C112 . Kesejukan aircorn menusuk ke tulang. Macam nak suruh aku tidur je. Muncul pula ada bunyi "Tokkk...tuukkk...tokkkkkk". Bunyi tapak kasut pengawas peperiksaan. Kadang kadang terasa juga time dia lalu sebelah aku tu, nak hulur kaki. Kasi jatuh ke lantai. 


15 minit kemudian lalu pula pengawas peperiksaan. Perempuan juga, kecil je orangnya. Fuhhh bau semerbak macam dalam taman bunga. Sesekali aku gosok hidung sendiri. Basah sikit lubang hidung. Entah parasit mana masuk dalam hidung pun tak tahu sampai keluar mukus. "Aicuuuuuummmm!!!!". Kan dah terbersin aku. Gara gara pengawas perempuan tu lalu banyak kali la ni.


"Alhamdulilah...". Kawan sebelah aku slow je cakap Alhamdulilah selepas aku bersin. Kurang ajar perli aku. Hilang fokus nak jawab exam.


Sambil pegang pen, "Mana slip kehadiran kamu ??? ". Pengawas perempuan tu datang kat meja aku. Slip kehadiran aku taruk atas lantai dekat kaki. Meja kecil. Mana muat taruk atas. Aku kuis kuis kaki nak capai slip, kasi pijak lama sikit atas slip kehadiran exam. Tadi sebelum aku jawab exam taknak pula kutip, tengah aku nak perah idea la dia nak kutip. Aku bagi dengan mencuka. Tanda protes.


Kemudian "toookkk tuuukkk tokkk" lagi. Bunyi tapak kasut berulang. Arghh tension.


Sejam aku tulis. Dakwat pen habis. Geledah sana sini hanya ada 1 je pen.


"Syhhhhhhh....tskkkk..wehhhhh...urghhhh ". Macam macam bunyi dan isyarat aku bagi kat orang sebelah. Kawan baik aku, Solehah. Dengan harapan dia kasi aku pen dakwat penuh sebatang.


"Ye. Nak apa?". Pengawas peperiksaan tapak kasut bunyi tokkk tokkk tokkk tu datang dekat aku. Tangan dia genggam dibelakang badannya.


"Dakwat pen habis." Sambil aku tunjuk pen sebatang macam hareemm. Sengih.


**********

Pen biru baru aku dapat. Terus sambung jawab exam. Soalan susah. Soalan aku spot tak masuk. Maka aku termenung. Pikir kalau repeat sem, berapa lama aku nak habis belajar. Tahun bila pula aku boleh kahwin. Lambat tamat belajar, lagi lambat la aku kahwin. Tak boleh tak boleh. Aku mula cari alternatif lain kasi settle itu paper exam.


Sedaya upaya aku meniru. Nasib baik tulisan orang sebelah besar gajah. Nampak la sipi sipi. Boleh la nak goreng 2,3 perenggan. Kasi nampak hebat .



Tepat 3 jam aku dalam bilik sejuk kalah iglu. " Masa menjawab tamat...blablablabla...". Aku bangun, dongak gaya berlagak . Melangkah dengan bergaya keluar dari bilik C112.


************

Seperti dijangka. Keputusan exam keluar. Aku tengok result aku. Macam hape je. Hampeh. Buruk. Tak bernilai. Ni semua gara gara pengawas exam yang banyak menganggu aku, sebatang pen, soalan yang tak sepatutnya ditanya tapi keluar juga. Marah ni marah.

Paling aku marah jawapan Solehah yang salah. Buang masa aku meniru.

Ok bai. Menulis panjang panjang pun bukan boleh tukar result aku 4flat. Sekarang juga aku nak pergi buka buku. Percayalah. Nanti aku update tunjuk result exam aku cun cun. 2,3 tahun akan datang la kalau aku sebagai pelajar lagi dan bukan bini orang. 

Sorry entry ni takde gambar, panjang. Bosan kan bosan kan ?.Hurmmm. Moral of the story, kalau gagal dalam exam jangan salahkan diri sendiri. Setuju?



ps: Jangan la kau percaya bulat bulat tiap kali aku menulis.


23 comments:

H.J said...

tak pandai meniru tu..haha

i'm ezza haniza said...

haha! mcm2..

Rtp Farra Arisha said...

hahaha. adakah ini rekaan semata2???
skrg ni bukan guna taktik meniru lagi kot. as i know guna hp BB untuk sms jawapan kpd kwn. itulah ragam pelajar kann waktu exam. hikhik :))
but the storyyy is quite klakar. senang hati je baca ptg2 camnih!

Akim Kebal said...

aku baca sampai habes tahu. adoi

Raden said...

len kali dok sebelah budak DL..ade berkat tau

salemaziz said...

"Syhhhhhhh....tskkkk..wehhhhh...urghhhh "..keh3..lawak je..:D

entah nape, aku suke entri ni. haha

salemaziz said...

"Syhhhhhhh....tskkkk..wehhhhh...urghhhh "..keh3..lawak je..:D

entah nape, aku suke entri ni. haha

KecohAbes said...

kenapa tadew gambar..adeh2..~!

nadia natasya said...

hahah sumpah lawaaaak :DDD
alaahh nx time goodluck meniru ;D

yaya_flanella said...

solehah pulak yg kena. haha

sebulat hati aku percaya dah yu

cik ifah said...

em. tulah nak meniru tak reti. salah step laah tuu.
laen kali tak yah tiru dah. okay?
macam pesan mak mak je kan aku neyh. kih kih kih :)
btw, cite yuyuyuyuyuyu ney lawak laah :)

cik ifah said...

em. tulah nak meniru tak reti. salah step laah tuu.
laen kali tak yah tiru dah. okay?
macam pesan mak mak je kan aku neyh. kih kih kih :)
btw, cite yuyuyuyuyuyu ney lawak laah :)

Yuyu Musa said...

ngeh ngeh ngeh..

tengkiu sape bace habis.*hugs

hadinesta said...

wah! stailo skit jwb exam. x payah tiru.nama pun exam. terima je kemampuan kita. prove n prove :D peace

Asyieq-iN Rkey said...

hahaha..alasan2..hahahhah=p

ZouL said...

hahaha..tu la..spot lagi..kan dh terkena...hehe..ZOuL pun dulu2 suka spot,tapi bila dah lama2 rasa mcm dah tak suka je spot2..bek bace n paham betol2.lg best..

nurayunni said...

hahahaha..letih..

Eza Boom Boom :) said...

eza bace sampai ahebess...hehe..besttt!! ketawa Eza bca...^_^

fairuz said...

dont blame anyone around you. tepuk dada tanya selera. lu pk la senirik! :3

Darkbatman said...

hahahaa.. u, xleh ikut ilmu u ne. abis anak kita nanti jwbnye duk dapur jd surirumah sepenuh mase.wahahahha

CNK said...

cnk dtg sini dan folloooo

http://pelangichanteque.blogspot.com/2011/07/vco-apa-itu-metabolisme.html

Amirah Suhana said...

xbosan pun entry ni..best ada la...mesti tension kan time jwb exam uh.hehe

Pyka Rahmat said...

penyakit stress sewaktu exam selalu hadir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...