Kerja sebagai casher supermaket best juga sebenarnya. Dapat hiburan free free je, tak perlu beli tiket berebut macam nak tengok Maharaja Lawak. Cuma kau perlu berdiri berjam jam dan layan karenah pelanggan pelbagai generasi. Rasa macam telan nasi basi ada juga. Kalau nasib baik, kau akan gelak sampai kering gusi.
Ni kisah sebenar. Takde tipu tipu punya. Kalau kencing sikit je.
Tengah sibuk packing barang di kaunter masuk ke dalam bag plastik sambil usha pelanggan hansome hansome, datang amoi umur 40-an. Tergesa gesa dia cari aku. Macam boss la pula rasanya orang nak jumpa kita dan mukanya fuhhh risau toksah kira la.
" Ada apa aunty? ". Tanya aku dengan senyuman yang manis.
"Ni haaaa....saya ada bili susu tin maaa..dia tulis ada 'free'..mana itu barang free maaa???"
"Bila aunty beli ???"
"Semalam maaa...saya balik rumah baru parasan itu barang free kamu tak bagi..Ini hari saya datang mau ambil itu barang free..."
"Aunty tunjuk mana itu barang boleh kah???".
"Kejap maaa..." Dia tergesa gesa pergi. Nak cari tin susu tu kot. Fikir aku.
Sementara tunggu aunty Cina tu datang, aku duduk atas kerusi macam biasa aku buat bila bos tiada. Kerja aku dialihkan oleh pekerja baru. Kira aku ni macam senior la. Fuhhh sedikit riak. Senyum sinis sorang sorang.
"Ini susu tepung tin maa..mana itu barang free. Sudah manyak kali beli tapi tiada pernah kasi.."
Aku diam. Setahu aku susu tepung tu memang tak pernah bagi barangan percuma.
"Mana free itu aunty???"
"Ini maa...free kolestrol"
Aku tarik nafas dalam dalam.
"Aunty, free kolestrol tu maksudnya takde kolestrol."
"Kolestrol tu apa? "
Dalam hati nak je tunjuk iklan dalam tivi kat perempuan berbaju hijau ,berskirt hitam ni.
"Kolestrol tu macam lemak. Jadi, dalam susu tepung aunty beli ni takde lemak . Bukan barang free."
"Oh..itu kaaa?"
Puas aku cari video susu tepung free kolestrol. Nah tengok la yang ni. Susu juga. Sweet lagi. Bila aku ada anak mungkin sebijak budak ni. Bijak macam mak dia. Ehem ehem.
ps: Aku tak pernah kerja sebagai casher. Cerita diadaptasi oleh pengalaman makcik kepada Syamimi. Sekian terima kasih.