Jun 17, 2011

Supermaket, Amoi dan Susu.

Kerja sebagai casher supermaket best juga sebenarnya. Dapat hiburan free free je, tak perlu beli tiket berebut macam nak tengok Maharaja Lawak. Cuma kau perlu berdiri berjam jam dan layan karenah pelanggan pelbagai generasi. Rasa macam telan nasi basi ada juga. Kalau nasib baik, kau akan gelak sampai kering gusi. 

Ni kisah sebenar. Takde tipu tipu punya. Kalau kencing sikit je.

Tengah sibuk packing barang di kaunter masuk ke dalam bag plastik sambil usha pelanggan hansome hansome, datang amoi umur 40-an. Tergesa gesa dia cari aku. Macam boss la pula rasanya orang nak jumpa kita dan mukanya fuhhh risau toksah kira la.

" Ada apa aunty? ". Tanya aku dengan senyuman yang manis.

"Ni haaaa....saya ada bili susu tin maaa..dia tulis ada 'free'..mana itu barang free maaa???"

"Bila aunty beli ???"

"Semalam maaa...saya balik rumah baru parasan itu barang free kamu tak bagi..Ini hari saya datang mau ambil itu barang free..."

"Aunty tunjuk mana itu barang boleh kah???". 

"Kejap maaa..." Dia tergesa gesa pergi. Nak cari tin susu tu kot. Fikir aku.


Sementara tunggu aunty Cina tu datang, aku duduk atas kerusi macam biasa aku buat bila bos tiada. Kerja aku dialihkan oleh pekerja baru. Kira aku ni macam senior la. Fuhhh sedikit riak. Senyum sinis sorang sorang.


"Ini susu tepung tin maa..mana itu barang free. Sudah manyak kali beli tapi tiada pernah kasi.."

Aku diam. Setahu aku susu tepung tu memang tak pernah bagi barangan percuma.

"Mana free itu aunty???"

"Ini maa...free kolestrol"

Aku tarik nafas dalam dalam.

"Aunty, free kolestrol tu maksudnya takde kolestrol."

"Kolestrol tu apa? "

Dalam hati nak je tunjuk iklan dalam tivi kat perempuan berbaju hijau ,berskirt hitam ni.

"Kolestrol tu macam lemak. Jadi, dalam susu tepung aunty beli ni takde lemak . Bukan barang free."

"Oh..itu kaaa?"



Puas aku cari video susu tepung free kolestrol. Nah tengok la yang ni. Susu juga. Sweet lagi. Bila aku ada anak mungkin sebijak budak ni. Bijak macam mak dia. Ehem ehem.


ps: Aku tak pernah kerja sebagai casher. Cerita diadaptasi oleh pengalaman makcik kepada Syamimi. Sekian terima kasih.

19 comments:

Akim Iqbal said...

mcm pernah ku baca..tapi di mana ya sih ?

crayon said...

free gadis cantik takdak ka weh?

EZAN IDMA said...

hahah sumpah lol ;p

kalo yg tulis free sugar tu, mau die mintak gule. ahaha

Yuyu Musa said...

@akim:ni cita kawan aku smlm...'aku' tu makcik dia...


@crayon:hg cari sendiri la...hg kena jd aaron aziz dlu bru bleh dpt..haha


@ezan:hahaha..dlu pon aku pk free ni brangan free jgk..time bdk2 dlu..haha

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

haha..aku pun nak jugak free kolestrol...

free awek cam nora elena tak dak ka?

saya syamimi said...

yahhh..ku tunggu entri ini. hahaha

fairuz said...

free sepak ade tak? hoho >.<

Faiz Tapit said...

kah3! itu amoi manyak lumbu maaa

sarah mohamad said...

hahaha. lawak2. ada ke kolestrol dikatakan barang free. hihi

Yuyu Musa said...

@Iqbal:ada2...kt lorong hj taib...grrrrrr


@mimi:hihihihi...thanks mimi tolong kasi idea..haha

@fairuz:nahhhhhhhh!!!

Yuyu Musa said...

@faiz:lumbuuuu manyakkk amoii maaa


@sarah:kannnnn....hihi

yaya_flanella said...

serius ke weh? wujud lagi rupanya orang macam ni eh? aku ingat dalam bahagian kartun kat mustika tu je.. huhu

adrinaqamarina said...

ada jugak orang tak tahu eh~~~


T____T


tapi best jugak kalau buat loyar buruk kat abang ke kakak cashier nanti.

haha~

Acik said...

wakaka .. sangat kelaka! tp memerhati gelagat org sekeliling memang menyeronokkan!

Raden said...

anti itu alert. bagus..kalo aku mnde free2 nie mls nk redeem. haha..riaknye

buDAK keCIK said...

la, ade jgk ke yg x knal kolesterol? wahaha

Yuyu Musa said...

@yaya:serius woooo...


@adriana:eh jangan.kesian dia.


@acik:tak perhati cuma bayangi.ngeh3

Yuyu Musa said...

@raden:aku sanggup beli utk dpt barang free..hihi



@budak kecik:makcik tua kadang2 x kenal...hihi

sheeraYAAKOB said...

harhar . buat lawak pulak amoy tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...