Oct 31, 2010

pertama kali bersiar dengan si dia

alarm di handphone asyik berbunyi.jam pukul 6.30 pagi.arghhh tambah masa sikit lagi untuk tidur.okay bangun.mandi.solat subuh.wahhh tak sabar rasanya berjumpa si dia.pertama kali berjumpa mestilah teruja kan?ala..macam la korang tak pernah macam tuh.berdebar debar gitu.

versi gedik dimulakan...jari pantas menaip entry buat sidia..


I pakai tudung syria hitam yang dibeli semalam.semata mata untuk berjumpa you.you terharu tak??bedak compact powder di sapu nipis ke muka.lipstik revlon colour nude I ulas di bibir.pappp!bunyi bibir I.macam Lisa surihani dalam iklan LipIce gituh.muka I yang agak pucat dipagi hari di sapu nipis dengan blusher Elianto.I sapu dengan tangan je tau sebab berus dia I dah lupa campak kat mana.I mekup nipis nipis jer sebab taknak you terkejut tengok I bertukar jadi mak tiri bawang putih pula,Rika Sumanto.



dengan kemas lagi ayu,I langkah kaki I dengan memakai skiny jeans hitam dengan kemeja kuning masuk ke kereta ayah I.sporting kan ayah I siap bawak I jumpa you.surat untuk you pun I tak lupa bawak.sekali kad berkenalan pun I bawa.


*lajukan cerita.bayangkan semua perkara bergerak pantas*


2 jam kemudian.

tibalah masanya ditunggu tunggu.dalam kehujanan dan kebasahan,I masuk ke dalam kereta.You disebelah I.pertama kali tengok wajah you.dalam hati I cakap,sesuai jer you duduk sebelah I.You pun muda macam I.ermmm..

takpe takpe,I bawa kereta dan you cuma perbetulkan jer kesalahan I.kalau salah banyak sangat You rekod jela.I tak kisah tapi jangan la buat I terpaksa dating lagi sekali dengan you.tak elok  la banyak kali keluar berdua macam ni.


I hidupkan enjin dengan Bismillah.mula mula pandang muka you I bagi salam.assamualaikum.kasi sejuk sikit hati you.
Mesti you terbayangkan I macam Aisha dalam AYAT AYAT CINTA kan bila I bagi salam denan suara perlahan tadi kan?


lama dalam kereta.akhirnya I bersuara


"sejuk".

disebabkan I sejuk You tutup segala penghawa dingin yang ada .wahhh romantik juga you ni kan.

"you ni gelabahlah".si dia berbaju biru itu bersuara.

"sorry".I tahu i buat silap.I memandu suka hati I jer.masuk jalan orang.kasi signal kejap kanan kejap kiri,brek sesuka hati,nak masuk lorong pun U ajarkan.apatah lagi nak masuk gear dan berhenti.semua You yang tolong dan ingatkan I.you caring lah.


wah!sekarang dah sampai ke destinasi kita kan.I pandang sekeliling,sama je tempat mula mula kita naik kereta tadi kan.sememangnya kita tak sesat jalan kan you.You mintak tandatangan I.I kasi sign dengan terketar ketar.

apa?I LULUS????akhirnya I berjaya juga pikat hati You.tak sabar rasanya nak beritahu mak ayah I yang you luluskan I.

p/s:jutaan terima kasih diucapkan kepada 'you' wahai encik JPJ  muda kasi I lulus pagi tadi.esok dah boleh ambil lesen P lah yek?kira minggu depan dah boleh drive sorang sorang lah...wahhhhh...

TEKNIK TEKNIK LULUS UJIAN MEMANDU SEPERTI DIATAS BOLEH DI PRAKTIKKAN BUAT PEMANDU WANITA UNTUK ENCIK JPJ LELAKI.

16 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

test jpj upanya~

yuyu said...

hik3...iyer..

desperate mama said...

hahahahahahhahahaha......... teknik spr itu mmg sentiasa menjadi.... paling penting, kena buat muka naive plus ayu... congrats!!!!!!

♥baby fiy♥ said...

hait.. ni btul2 eh??
waaah.. bestnye lulus!

syuE said...

tahniah la ea..HAHAHAHA!

Pat said...

isk. sadisnye jd orang laki. takleh goda abang jgp. hahaha

mia said...

huwaaa...mantopp la yuyu...tahniah3...hhahah

yuyu said...

mama:haha...kena buat ala ala comel gituh..haha..tq2..

babyfiy:sememangnya betul dan benar sama sekali..

syue:tq

pat:ape lagi...tukar jantina lah..kah3...

mia:tq2...

Junkie XL said...

jangan nak jiwang sangat lar cerita ko tuh. hehehehe

yuyu said...

nabil..eleh..jeles2

saya syamimi said...

huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... i baru nak dpt lesen L..hahaha..yuyu boleh bawak kete.yeayy!!

yuyu said...

hoyeyyyyyy mimi...!!

bukudiarysofea said...

ni la benefit jadi pompuan tau.
cair... hahahawau

Un Phat Lee said...

kalau laki dengan lelaki macam mane? ehe XD

-ApPLe SoURz- said...

ha3..mmg smart!!ingtkn apelah td..ha3..
newya, thniah!!he3..

yuyu said...

beby:bertuah gk ek jd pompuan nih...kah kah kah

lee:laki dgn laki xkn jadi pape..haha

apple:tq2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...