Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Mar 23, 2011

SATU DUNIA konon...

aku rasa tahun depan bila bubar kabinet nak cadangkan negara ni dengan slogan "1 Dunia " la.hidup aku ni dah macam berpeleseran di negara sendiri.jiran atas,bawah rumah kalau bukan Nepal mesti Bangla.tak pun nak bergaya dan serabut style sikit ala Ariel peterpan,Indon.

time basuh baju memang feeling cinderella you olls.baru dramatis.


hujung minggu waktu basuh baju.sekarang aku beruniform,terpaksa la basuh selang sehari uniform tuh.
kalau tidak menitis air dari jiran kesayangan dari tingkat atas warga Thailand tak sah.balik dari kelas tadi pukul 6.30 roomate aku jerit.

"sawadikabbbbbbb..tulun spin baju betul betul dulu buleh tak sebelum jemur?"

"macam ni buleh???"



bila waktu exam pula aku study dekat balkoni.balkoni la sangat..ditemani cahaya mentol kuning.mewah giteeewww.kalau mentol rosak,housemate aku gantikan dengan lilin.wah romantikkk gitewww!.
tiba tiba bunyi bising.bising ala ala manja gitewww.pernah dengar?orang tertentu macam kami je boleh dengar.bunyi minah indon dan si jejaka bangla bergaduh.yang perempuan bebel sambil tarik baju buah hatinya sampai koyak.feeling hindustan gitewww

terganggu aku nak study.skodeng kami satu rumah.

depa feeling hindustan.kami sedia yoko yoko lepas skodeng sebab sakit leher ni hah nak jenguk.


tak paham sila tutup laptop.titik.

Nov 20, 2010

cerita comolot

sekarang ni fames cerita uncle seekers tu kan.
korang boleh baca kat belog uncle seekers sendiri.
huahuahuahuaaaaaaaaa....


sekarang lagi femes cerita comolot kat depan klcc,pavillion dan merata la.
arghhh!tu bukan hal guwa jugak.


kisah guwa.
lu tahu mayfair?
ala tempat orang kuruskan body,buat facial muka tu.
tu tempat guwa kencing.
seyes!guwa teman kawan pergi sana minggu lepas.penat menunggu berjam jam guwa masuk la toilet kat sana.
takkan nak pergi jauh ye dak?
*mayfair,jangan saman guwa pula.guwa pinjam toilet jer*



selain tu,guwa buat facial muka sendiri pun kat sini juga.
tak mampu nak guna service dorang,guwa buat sendiri la.
janji disana..
okay tata...


Oct 30, 2010

kelantan juara Piala Malaysia 2010

fuhhh!1 stadium macam semut api.merah dan merah.tahniah kepada Kelantan!!!!takpe takpe Negeri Sembilan bagi peluang pula kat Kelantan tahun ni.Tahun lepas dah menang kan.sememangnya aku tak join tengok bola dalam stadium tetapi hanya tengok di kaca LG  tv plasma 49 inci..perlu ke cakap?arghhhhhhhh...


bola bola bola.dari sekolah lagi,walau esok ada exam kalau malam ni ada match,aku masih ikut famili tengok bola kat stadium.even adik tak dapat ke final Piala Malaysia tahun ni.hanya ke suku akhir jer,kakak dan ayah bersorak bila Hairudin jaring gol pertama buat kelantan.kenapa mengapa?kami bukan orang kelantan tapi sokongan padu kami adalah kepada kelantan.

kelantan -2,negeri sembilan-1


sebab kami teruja dengan penyokong mereka!!!!terbaiiikkkkkk!!!!


adat dalam stadium dengan mercun,kompang,baling botol,baling segala bagai,sumpah seranah,puji memuji,asap rokok dan lelaki berlagak berani.lelaki berlagak berani?apekahhhh????kah kah kah....


pernah sekali aku tengok bola kat Stadium Negeri aku,dikelilingi golongan lelaki berusia.asap rokok sampai aku kat belakang terbatuk batuk.arghh tipu batuk.sampai aku kat belakang jadi berlagak dengan kaki bersilang sambil  tangan kipas asap rokok tu.hidung pula tutup dengan tangan sebelah lagi.tak ke gedikkkk?


kakak aku sebelah cakap

"jangan malukan diri sendiri dengan kipas kipas tangan dan tutup hidung kalau nak masuk stadium"

amaran keras diberikan

"lain kali kalau nak tengok bola,tak perlu ber sms,jangan anti dengan asap rokok.tu dah adat kat stadium dan jangan menguap!"

"hah?menguap pun salah ker?"dalam hati aku balas.

lepas tu memang aku join  jer dorang nak gelak ke,nak jerit ke,nak bersorak ker...tiada halangan....
semangat dalam stadium memang perghhhhh!!!kalau tak minat bola pun boleh minat bila duduk ramai ramai macam tuh...

Piala Malaysia bertopi aladin ini milik Kelantan Darulllll Naimmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

lepas habis jer tengok bola.aku kena bersiap sedia untuk test lesen dengan JPJ esok pukul 8 pagi.gila awal.
aku mengamuk.sebab?cari handset tak jumpa!apekejadah nye perangai aku macam tu hah???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...