Feb 12, 2012

Kau bercakap soal kesopanan dan kesusilaan

Hai, best makan ayam? Sebenarnya penuh dengan newsfeed facebook aku dengan video pekerja KFC pukul pelanggan. Mula mula hanya nampak video tengah gaduh, hari berikutnya video sebelum gaduh dan hari seterusnya video full.



Sebelum pergaduhan.




Selepas.


Hai.

Aku tertanya tanya Budi bahasa budaya kita dan slogan 1 Malaysia tu kat mana pada jati diri orang Malaysia. Tanya pada diri aku sendiri. Dari kecil aku dengar pasal budi bahasa ni tapi bila kau tengah hot panas membara nak marah, ada kau ingat Ohhhh cikguu ajar jangan marah marah macam ni kat sekolah. Cikgu ajar berbudi bahasa la. Emak ayah cakap jangan berkasar dengan orang.


Bila tengah marah orang tengking tengking kau, ada kau buat semua tu? Yang duk berkempen pun belum tentu buat. Yang dengar kempen lagi la kan.


Bila kau dalam keadaan normal, tengok kes pergaduhan dalam video, kau bangkitkan mana budaya timur kita? mana nilai kesabaran kita? mana itu mana ini!!!.


Hello!!! Cuba berada ditempat mamat kena tengking??? Orang tengah bersesak dalam KFC tu. Peluh ada keluar setitik dua (Dalam aircond tak rasa mana peluh tu), lepas tu kau kena tengking, kau mengamuk tak ?Paling kurang dalam hati kau mencarut maki hamun jugak kan?.Ala macam tak biasa. Mula mula mencarut dalam hati, lama kelamaan ??? Aku tahu korang nak jawab lama kelaman keluar bertemu pelanggan sambil senyum dan berjabat tangan berpelukan. Sengih sampai ketelinga sebab gembira ditengking.


Yang tengok sekadar komen "Sabar la!!" "Memalukan la.." "Dah tu kerja kau, buat la kerja kau" .Bagi aku yang jawab macam ini adalah jenis yang kena marah boss pun boleh diam tunduk dan ikut arahan, salah ke betul ke tetap rasa arahan boss tu betul.(Situasi dalam pekerjaan). Tetap berserah, kau jadi kuli, kau tetap kuli. Takde fikir nak selamatnya diri dalam gaya kau buli aku, aku buli kau balik. (Maksud aku, kena buli tapi tahu pertahankan diri dan tak kena buli di lain hari.)



Okay, kita bayangkan kita bekerja jadi orang bawahan, memang kita bukan boss atau tokey  tapi bila kita sedaya upaya buat kerja dan akhirnya dikomplen macam macam disusuli tengkingan, bagaimana respon kita???






Dan ini video perli yang aku tengok bukan lawak tapi sangat annoying.

PS: Jangan timbulkan isu perkauman disini, jika sesama bangsa tengking macam tu pun aku rasa pekerja tu melakukan perkara sama juga. Dia tengah marah dan tension mungkin dan pelanggan lapar dan dahaga. Ini pendapat saja, terima kasih sudi membaca. Hewhewhew..



6 comments:

Unknown said...

kite menulis isu yang sama hari ni... adab sopan kalau ditolak ketepi, maka porak perandalah duni ni... hal ayam pun boleh jadi gaduh... hadui laaa...

Anisa Hang Tuah said...

budi bahaso budayo kito..hohoho

Unknown said...

news feed fb penuh benda ni tapi tak sempat tengok lagi. huhu. teruk la. ishish

Raden said...

smpai skrg aku xtgok lg video kepci2 ni...abb aku sgt cool dan aku tau budak tu xsalah. haha..
(adekah ini bias? pdulik lerr)

Unknown said...

orang x rasa apa yang dia rasa waktu tu..bole la cakap macam2...anyway, lama menyepi.mana menghilang..

Arrr said...

Customer tu memang mangkuk. Bukan sbb dia cina or what. Tp mmg dia mangkuk. Hayun. Kehkehkeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...