Jul 28, 2011

Pembelajaran berkesan adalah...

4.45pm. Petang yang langsung tak indah. Dalam kelas yang tidak nyaman.

Bila otak dah tepu asyik pikir "bila boleh balik ni. Aku nak balik la.". Kadangkala aku berharap " loceng kebakaran berbunyi la kau" (merayu rayu) . Bila kau berbunyi, lecturer aku pun akan lepaskan kami satu kelas cepat tahu tak !!!


Aku conteng conteng buku. Tak tahu conteng apa. Kawan sekelas aku tengah bercakap didepan. Tiba tiba...

" Next!!! Yuyu..." Suara lunak merdu lembut mendayu dayu memanggil namaku.

"Oh shiittt". Aku bangun sambil lemparkan senyuman paling manis pada semua.

Aku dah agak dah. Dia akan panggil nama aku suruh bercakap kat depan.Suruh cerita balik apa dia cakap tadi. Tahu tak aku tak fokus apa apa pun dia bercakap apa tadi. Tahu,korang tak tahu.

Maka, berada didepan la aku membentangkan apa yang dia dah ajar ....


***************

Bagi aku teknik dia mengajar tak betul,

Teknik mengajar secara berkesan/betul adalah....

1. Ceritakan apa yang keluar exam dan bagi soalan spot saja.


2. Otak pelajar dah belajar berbelas tahun, maka tak perlu la menambah lagi dengan "Ni pengetahuan am..blablablablabla..."


3. Setiap kali masuk ke kelas, berikan hadiah kepada pelajar agar pelajar tak sabar nak masuk ke kelas.


4. Belajar setengah jam dan diberikan rehat setengah/sejam.


5. Ganjaran pelajar perempuan boleh scor exam adalah set mekup Estee Lauder,Maybelline dan Lancome.


6. Ganjaran bagi pelajar lelaki pula tak perlu bagi apa apa.


7.Setiap hari masuk kelas cakap " Saya ada meeting lagi sepuluh minit,maka...blablabla...". Kelas pun batal.


8.Tidak memberi peluang meniru kawan sewaktu peperiksaan tapi boleh meniru kertas/nota yang dibawa.


9.Ajar ikut silibus dan kalau boleh skip mana yang menyeleweng ( yang tak masuk exam la...)


10.Lecturer yang mengajar mesti cun dan hansome gaya pramugara/pramugari/model. Sekian.




Nak siapkan entry ni banyak cabaran aku lalui. Lama ambil masa berhari hari juga la. Dah lama aku tak update. Sorry banyak entry takde gambar,  SD card camera macam hareem asyik rosak. 



12 comments:

iz said...

err...zaman blaja...wuisy...
teringat kenangan lalu..

Akim Iqbal said...

gua first gua first ! muahahaha

salemaziz said...

no 6!!! whyyyy???? :D

AyiLarimA said...

memang sronok klau dikenang zaman2 skola dulu... huhuhu.. papepun, trsokan usaha ntok blaja ye :)

aylliarimasiprincess.blogspot.com

Faiz Tapit said...

hei, cuti lah. p balik kampung. hahahah

✿ boonga_kecik ✿ said...

haha. demand giler. :P

Konon fear factor.. Cis!

Akim said...

failed ! demm

Ain Atika Zailani said...

hahah...nak yang handsom jeee...ikikiki

Rtp Farra Arisha said...

haishh ada ke teknik seperti itu pada zaman sekarang? hihi. lucu

ruzana roslan said...

ok. aku semangat nk pegi kelas kalau mcm tu :)

Anis Adila Aris said...

untung la kalau kelas cmtu..moh jd pramugari, org yg ajar tu mesti pramugari gak :)

belog|amiyo said...

yang no 3 tu boleh muflis lec wey...haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...