Jul 17, 2011

Gusti dan ibubapa saya

Disebabkan mak ayah aku jiwanya kesukanan, maka lahirlah seorang pemain bola negeri dalam keluarga aku. Bangga ler sikit . Angkat angkat kening. Mak bapak aku minat sukan juga tahu. Bukan bola. Bukan bukan tapi sukan Gusti. Bila  tengok Melodi tengahari tadi ,baru tahu ada  pemain gusti datang  Malaysia, terus  terbayang MAK AYAH dikampung duk didepan tv sambil kusyuk tengok WWE pukul 11 malam.




Aku benci Gusti dan tak/tanak tahu siapa ahli Gusti (kecuali deroks dan setongkol). Sebab apa tahu?


1. Zaman sekolah aku tuisyen malam dan ayah akan ambil aku lepas siaran gusti habis sebab dia memang tak sedar /pura pura tak sedar kelas aku dah habis. Bayangkan WWE habis pukul 12 tengahmalam. Aku perempuan sorang sorang duduk tunggu dekat makcik burger depan pusat tuisyen. Tunggu ayah. Kesian weh kesian. 


2. "Yu!!! tengok ayah tidur ke tak. Dia tunggu gusti tu.".

Mak akan selalu jerit dari tingkat atas rumah , Aku jenguk depan tv. Ya, Ayah tidur dengan lenanya sambil tv terbuka gaya bercakap dengan ayah. Aku kejutkan ayah, tepu tepuk bahu. Tarik bantal dikepalanya. Cabut uban secara kasar kemudian mata dia segar. Aku gembira dan kembali buat kerja sekolah. Lepas iklan pertama ,dia kembali lena. Sekian.


3.Bila balik ke kampung , aku nak tengok Lady gaga dengan Beguno Marss kat Hits Tv pun tak boleh. Apetah lagi nak tengok Rain dan konsert Super junior.


4.Banyak lagi alasan. Alasan kukuh aku tak suka tengok gaduh gaduh keluar darah baling baling kerusi . Ecececececeehhhh . Padahal gusti tu semua lakonan je tapi ayah menafikan. Aku pernah bertengkar dengan  ayah. Fuhh bertengkar. Macam anak derhaka la pulak.

"Ayah, buat apa tengok gusti. Ayah bersorak tapi dia berlakon je."


"Mana ada berlakon. Real la. Takkan sanggup keluar darah macam tu sekali. Darah tu Real."


"Berlakon la. Tipu tu tipu."


"Bukan. Real."


"Dorang tipu ayah je tu. Berlakon."


"Real la real."





Kalau kalah/ tak puas hati kena tunjuk lubang hidung macam ni.


Sampai ke sudah ayah aku kata real. Dorang memang betul betul gaduh. Memang gusti menipu. Betul kan menipu ???







Sebenarnya aku tulis entry ni aku nak tahu siapa ahli gusti yang datang Malaysia. Ala yang MELODI tunjuk tadi tu. Aku nak kol ayah dan bagitahu ni.


Sape yek ???







13 comments:

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

sapok biki ...hahaha

Ieka Luvika said...

maradona..kekeke ;p

Anonymous said...

melina,john morrison

Siti Mashitah Saidin said...

erk...sapa eh?

Yuyu Musa said...

thanks.melina,john morrison eh???oraite

Sasa Tien said...

haha... kau look so cute like a doll !! im sasa from sabah , nice 2 meet u!

http://sasatien.blogspot.com

iniialahaku said...

gusti xtgk,melodi pon xtgk...hahaha..apa pon cannot...

..hizamirahim.. said...

haha.
tak tau lak nama ahli gusti tu.
tapi yang tahu, sorang laki sorang perempuan.
:B

roq said...

ahahah...lawak lak bace ntry ni....hehe

singgah2 la sini ye :)

ascil.punye.lah said...

oh tidak!harus tabik spring dekat mak ayah yuyu sebab suka gusti.meh sep sikit sebab sama dengan mak ayah kite

[sutera kasih] said...

beghuno mars hehe tak tahu nama..x femes la dorg tu..kenal stone cold je the rock haha

ZouL said...

haha..siap gaduh2 lagi tu sebab gusti..hahaha.anyway ZouL salute kt parents yuyu.:D

ZouL datang dari: Bloglist Istimewa ZouL II: Jom Komen-Komen

Alya Esprézzo said...

hahahaha..alamakk aih kita serupaaaaaaaaa laa yuyu, abah kita berkongsi minat yg sama..

tau tape, bila kita kata dorg berlakon..sama alasannya mcm yuyu bagi..hahaha adoii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...