Feb 14, 2011

Persoalan pada diri sendiri

semalam aku pergi kursus kahwin.
tak tahu la apa motif tuan empunya badan nak gatal gatal pergi jugak.anjuran MSU.aku join jela.
petang tadi berakhirlah ranjau onak duri selepas 2 hari ber-kursus la sangat.


pulang ke hostel dengan gelojohnya aku terus pergi dapur.dah memang hostel aku gaya rumah ke-baratan sikit.dapur dan toilet didepan.maka ke dapur la aku dulu.

dalam tergesa2,aku campakkan sangkutkan tudung ke tempat sepatutnya.kemudian kembali ke dapur.buka peti ais.dengan cepat dan selamat aku ambil kuih segera yang dibawa dari kampung untuk digoreng.peti ais hostel aku mesti la lagi sejuk dari rumah ke-korang-an kan sebab dah namanya hostel gaya ke-baratan kan.oleh itu,perlu la dikeluarkan kuih itu dengan cepat dan selamat.kang beku pula jari jemari yang perlu disarungkan cincin merisik,tunang,nikah sekali ni kannnnnn.banyak la kau punya 'kan'.

"cakap jela yuyu peti ais rumah kau bau macam perfume D&G.kan senang."


selepas gorengan dilakukan,jemputlah jiran tetangga datang.
kau tak nampak ke effect dari kursus kahwin tuh???
terus rasa nak call mak

"mak call la bakal mentua gua,cepat2 la yek mak ter-cerita anak mak ni tiba tiba   menjamu jiran tetangga.".nada suara anak mak ni merayu sikit sebanyak.harap mak kepada anak ni paham yek.

garu juga kepala mak aku yang tak gatal tu satgi kang.
"perempuan mana aku nak call pulak dah.nak assume tu bakal mak mentua kau"

*untuk pengetahuan,aku dan mak duduk berasingan .bukan gaduh ke apa.cuma nak kasi rindu rindu-an tu lebih sikit*

************************

malam punya cerita pula.ewah ewahhhh cepat betul kau cepatkan masa.

aku duduk sendirian...
tiba tiba persoalan timbul.
1."kenapa kau taruk nama belog kau BBLM?orang nak ingat pun susah"

2."kau tak rasa nak tukar nama belog ke weh?

3."apa kau rasa kau cantik taruk header gambar gediks-mata sembab-eye bag dah macam panda -tudung senget tuh?hah?".

4."kenapa belog kau tak ke-pink-an hah???baru nampak sweet.tolonglah buktikan kau sweet!!!baru la traffic up gila gila.kasi jammed sikit belog ni.lalu lintas berduyun.kan sesak namanya tu.ye dak?"

5."kenapa kau tak banyak taruk gambar dalam belog sedangkan kau comel dan anggun?package tuh."
(sorry ayat ni aku terpengaruh dengan calon protege mentor kat tv3 tadi saya taknak jadi penyanyi walau saya tahu saya nyanyi sedap,saya nak jadi mekup aritis jer").kalau korang tak paham ayat aku yang ni,silalah baca dari atas yer.


panjang sudah aku taip.taip panjang panjagn pun bukan ada yang baca.maka,macam ni jela.aku bagi jawapan pada next next entry la.senang cerita.okay tuan tuan puan puan,tarik selimut.tido.persoalan ni akan bersambung dot dot dot(...) dengan jawapan dikemudian hari.wassalam.

3 comments:

Miarism said...

wahh dah nk kawen ek. :D

Yuyu said...

mia:takde la..cuma pegi kursus jer sebab murah.u yg anjur murah sikit..hahahaha

muhammadbobo said...

haha.patutlah~dah masuk kursus kahwin rupanya. takpe2, jodoh tu. tahniah ye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...