Nov 27, 2010

bersembang dengan mak ayam disebalik tembok semen persis rumah pelacuran

"mak rasa makin maju la mak punya bisnes".
sambil menunggu boss untuk guwa pulang hujung minggu ke kampung.guwa sembang sembang dengan mak ikan a.k.a  mak ayam a k a itu housemate aku.


"hah!tengok tu dah 2 orang sangkut terus masuk dalam kereta.".
"yang tu pula dah peluk peluk.kira on la tuh.berjaya la mak didik anak anak mak macam nih."mak menuding jari ke arah kereta keluaran Malaysia kemudian menjuih mulutnya ke arah sepasang berpelukan berjalan perlahan menuju ke arah jalan hitam.

"yang tu pula mak berbincang apa pula mak?"
guwa kasi jelingan kepada 3 gadis bersembang seakan tidak puas hati dipenjuru parking blok 1 bukan kepunyaan mak tapi disalah erti olehnya itu rumah pelacuran.
itu hostel guwa okeh.
tapi gayanya tidak ubah macam rumah tumpangan sebab keluar masuk sesuka hati bagai dunia ini dia saja yang huni.



"yang tu tengah plan cari customer".mak menjawab

"habis tu kenapa dia tak pandang pun mak".guwa mencelah

"memang macam tula bila dah up sikit.dulu mak la yang bawa dia kesini.didik menjadi seperti cinta chanduri".
mak menjawab,tokok tambah ayat pula guwa ubah gaya guwa sendiri.

guwa tidak pandai bersiul maka guwa menyanyi lagu SYURGA IDAMAN.lagu 60-an.kalau lu olls pernah tengok af2,linda nanuwil nyanyi lagu nih.seriously guwa nak upload lagu kasi lu feel tapi beruk guwa memang down down down.putus wayar halus dalaman barangkali.

"mak,ni la lagu kalau nak tackle customer kaya raya berpangkat serta berusia".guwa bagi tips kat mak.

"pandai la lu,tak sia sia lu jadi anak mak jugak"

"cisss!"


guwa bangun.mak tarik bagasi guwa.boss a.k.a drebar terhormat guwa sudah siap mandi.guwa panggil dia boss sebab dia boss
"manyak awai lu turun ooo".guwa baca mesej dari dia.

"takpe takpe boss,guwa sanggup tunggu boss sementara sembang dengan mak sambil usha anak anak ikan.guwa tak kesah boss"

dalam kebasahan rambut selepas mandi,boss start enjin hantar guwa ke stesen bus.dia tak layak jadi anak ikan mak kot sebab tula jadi drebar mak a.k.a boss guwa.

ibarat mati sebelum baligh

masalah masalah masalah.
broadband aku ni kena tekan lama lama baru dia on hijau.
tu pun berjanggut aku menunggu nak klik new post untuk entry baru.
terasa sawan sekejap.
arghhh bukan sekejap tapi bertahun aku rasa.
senget punya beruk CSL.
lu nak mati pun biar la mati sebelum warranty tamat tempoh.ni tak.seminggu warranty tamat  lu buat hal.
tak guna!


*******************'


ibarat mati sebelum baligh = berukben tak berfungsi sebelum warranty tamat tempoh.ada can la juga aku nak tukar baru.

berukben mati  selepas warranty tamat= mati bunuh diri.tak habis2 menyusahkan.


jahanam!huhu...

nak berbelogwalking pun tak dapat

Nov 25, 2010

lelaki gila seks takkan jenguk belog aku



petang 25 november.banner baru disiapkan.tengok atas sekali.hitam dan gelap.hanya tertulis
bukan belog lelaki macho.
sambungan tajuk menjadi amaran
"usah mengharap omelan gadis seksi disini.anda silap belog."

*******************
maka sesiapa yang mengharapkan gambar porno seorang gadis semulus maria ozawa.
anda silap jalan sampai kesini.
bagi anda inginkan anak ikan fresh fresh anda juga silap berada disini.
sebab ini sememangnya bukan belog lelaki apatah lagi berbadan sasa
dan berlagak macho persis adam lambert.



p/s: terasa sunyi ?on chat "sunyi" ke 3299978957466.


Nov 24, 2010

sampai disini

Diakhir cuti semester,kawan guwa  mengajak guwa berbisnes jual shawl,tudung.degan semangat kobar kobar hari tu juga guwa buat emel baru dan fanpage faacebook.



keesokkannya guwa pikir susah juga kalau berkongsi ni.so,guwa undur diri.guwa kasi fanpage sekali dengan emel kat kawan guwa tu.


pakcik guwa kasi tudung berawning.guwa bukak fanpage baru.belog jual tudung.promote kat sana.dengan bermodalkan alaun sikit sebanyak,guwa tabur untuk sediakan stok tudung.


kawan mak guwa percayakan guwa.dia kasi silver untuk guwa berbisnes.mahu beribu juga dia kasi.guwa nekad nak masukkan ke dalam belog dan fanpage.tapi haram,ambil gambar pun tidak sampailah sekarang juga tiada gambar silver untuk diupload.


kakak guwa kira orang akaun juga la,dia ajar cara guwa berbisnes secara online.guwa buka akaun bank baru.siap kemaskini cimb cliks segala bagai lagi tuh.


********************************


sampai je tempat yang dituju untuk guwa promote barang bisnes guwa .tempat tu hostel guwa .tapi hanya sehari guwa nak promote.hari hari lain guwa malas.malas dan mood guwa down dan down sampai sekarang.
guwa mampu jual tudung syria  sepasang je.tu pun guwa kasi modal.yang berkilo kilo lagi guwa terpaksa pulang hujung minggu ni dan pulangkan semuanya.


baru guwa tahu susah juga nak buat duit ni.keyakinan  guwa tak ada,semangat kejap je muncul.tambah lagi guwa jenis cepat bosan.bosan.bosan.bosan.

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

Nov 23, 2010

terasa mahu blah

aku dah fed up hidup di tempat sekarang.arghhhh!tak boleh tak boleh macam tu!!!terasa muka jadi petak.malu menebal.mahu pulang ke kampung.taknak datang sini lagi.cepat lah masa berlalu.mahu forward setahun lagi.pakai lab coat dan masuk lab.balik ke rumah drive sendiri.orang kenal aku sebab aku .petang petang makan goreng pisang.malam malam makan mee goreng basah.pagi pagi pekena milo free dari mak.fuhhhh!!!


serius!!aku dah tawar hati.aku dah meyampah.aku dah muak!!!errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..................


p/s:terasa macam budak gedik taip entry camni.

Nov 20, 2010

cerita comolot

sekarang ni fames cerita uncle seekers tu kan.
korang boleh baca kat belog uncle seekers sendiri.
huahuahuahuaaaaaaaaa....


sekarang lagi femes cerita comolot kat depan klcc,pavillion dan merata la.
arghhh!tu bukan hal guwa jugak.


kisah guwa.
lu tahu mayfair?
ala tempat orang kuruskan body,buat facial muka tu.
tu tempat guwa kencing.
seyes!guwa teman kawan pergi sana minggu lepas.penat menunggu berjam jam guwa masuk la toilet kat sana.
takkan nak pergi jauh ye dak?
*mayfair,jangan saman guwa pula.guwa pinjam toilet jer*



selain tu,guwa buat facial muka sendiri pun kat sini juga.
tak mampu nak guna service dorang,guwa buat sendiri la.
janji disana..
okay tata...


Nov 18, 2010

PEMENANG CONTEST NAMA UNTUK ANAK WA

ini sticky post untuk contest nama untuk anak wa

maaf seribu kali maaf ye kepada yang join contest nama untuk anak wa sebab guwa lambat umumkan pemenang.empat kali okay guwa round blog korang untuk cari pemenang.kakak guwa si pengadil dan guwa hanya assistant.kalah menang adat contest.guwa nak minta maaf jugak kepada belog yang tak bagi URL dengan betul,ada yang guwa cari sampai jumpa entry contest korang dan ada juga langsung tak boleh buka belog tuh.



sememangnya guwa terharu dengan kejoinan korang masuk contest cikai nih.



drrrrrrrrrrrruuuuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!*bunyi drum*



pemenangnya ialah

tempat pertama

tempat kedua


ketiga



guwa sebenarnya masih mencari yang memberi nama ADHA..1st round guwa ada jumpa nama baby ni tapi 2nd,3rd dan 4th round nama ni hilang.jika lu yang bertuah tu,sila juga contact guwa.


pemenang diatas boleh add guwa kat facebook dan pm kat inbox guwa bahawa lu adalah pemenang.

nama anak buah guwa adalahhhhhhhhhhh
Raja Aqeef Adha


dan terima kasih kepada yang beritahu bahawa nama SHAH bermaksud kambing hitam.
so,kakak guwa tak taruk nama anak dia shah.jika lu juga pemention itu,sila komen dibawah.
cayalahhhh!!!


klon erra fazira

guwa beraya di kl tahun ni.tumpang rumah mak saudara.kawan guwa ikut.guwa kasi nama la senang kat dorang.sorang timah,sorang lagi bedah.
.dorang guwa punya classmate.menyebuk je ikut guwa.guwa malas layan.guwa setuju jer.disebabkan tidak puas hati kasih sayang makcik berbelah bagi kepada guwa akibat dorang muncul,so guwa conquer katil masa tidur.terpaksa la timah dengan bedah ni bangun awal pagi akibat tidak selesa ditendang dengan sengaja.


okay cukup la guwa perkenalkan dorang pada lu ollsss.kan tak pasal pasal kasih sayang lu ollss terbagi bagi juga untuk guwa.fuhhhh!!!


masa guwa blah dari rumah makcik tadi,guwa bawa la bedah dengan timah ikut jalan pendek.shortcut.tiba tiba guwa muncul dari celah kereta penghuni flat tersebut.tiba tiba juga guwa terserempak dengan 2 pakcik.

"macam erra fazira la adik ni.budak sekarang manis manis la.cantik macam erra fazira".

pakcik ni tiba tiba pula kan.kembang lubang hidung guwa.dah la guwa memang minat erra tuh.macam mana pula dia parasan muka guwa pun macam erra juga?tapi kembangan guwa hanya sekejap sebab...

"fuhhh.tengok yang tu pun manis manis juga.cantik."
pakcik tu tuju kat bedah dan timah.apesal pula pakcik ni?nampak sangat pakcik ni tak ikhlas.yela,kalau ikhlas puji mesti puji kat guwa sorang je,sebab memang guwa semanis erra fazira pun..fuhhhh!!


"okay pakcik sekrang nak rendang ke ketupat ni?"guwa bebel bebel sambil bawa plastik macam macam makanan.nak puji pun beragak la.guwa dengan t-shirt  pakai semalam,bertudung senget ,muka berkerut,bau semacam je.fuhhhh!!

sambil jentik hidung,dongak san berjalan kedepan sambil biarkan bedah dan timah dibelakang.

kalau lu nak tahu guwa cantik tak.lu tengok kak erra fazira jer.dia macam guwa la.cuma hidung guwa bulat,mata bulat dan pipi macam buah kelapa je.


ni timah dan bedah bukan nama sebenar,masa ni kami kat mayfair.lu tengok dorang posing muka bawah meja.lepas ambik gambar dorang guwa terus pitam.
sebab sayangkan dorang guwa rela pitam.
omaaaaiiiiigooooddd!!!



Nov 14, 2010

contest nama untuk anak wa

INI STICKY POST.entry terbaru dibawah lagi.

tajuk contest ni macam nak bagi nama kat anak jer.wa muda lagi lah!taknak kahwin lagi.tak remaja arrrr kahwin awal awal.hehe.seperti biasa la kan pantang ada saudara terdekat nak  beranak jer wa akan cari nama.dorang setuju ke tak nama wa kasi tu lain kira tapi suatu kepuasan bagi wa bila jumpa nama untuk baby.pantang ada yang nak beranak,wa akan masuk kedai baby nak cari hadiah.sifat keibuan wa terserlah kan?huahuahuahua.cepat angguk!


wa search nama baby kat sini dan sini dan juga sini.nama apa yek sesuai untuk anak kakak wa?lelaki.lu kena isi tempat kosong raja____________shah.apakah yang sesuai?


wa dah ada 2 anak saudara.semua perempuan.seorang nama noor diana aleesya,lagi seorang nama nur aisyah.kalau yang lahir nanti perempuan kan senang,wa gabung jer nama dorang.tak pun wa terbalik kan nama jadi aleesya diana noor,aleesya noor diana,aisyah nur aleesya,diana nur aisyah.kan senang.sebut jer nama nama macam ni dah tahu tu kerabat wa.nak jejak kasih pun senang kan?


sebab macam susah jer nak perah otak cari nama,lu kasi lah senang.entry lu mesti ada link wa.nama yang berkenan dihati wa akan wa kasi hadiah berupa......

juara

cincin silver 925.original punya.saiz ikut saiz pemenang.


naib juara

 botol susu,hamper dari annakku dan poney,stok susu selama setahun digantikan dengan tudung indon (macam ekin bini mawi pakai tuh bersaiz dan warna ikut suka rasa lu,kain dijamin selesa dan lembut)
@
selendang macam yuna.lu boleh pilih nak kaler apa.siapa menang nanti kita bincang lu nak yang macammana.sekali dengan post wa kasi hadiah.jika pemenang lelaki wa akan kasi topup rm20 
(boleh pilih hadiah tapi satu jer)

tempat ketiga

topup celcom,maxis atau digi selama sekali berharga rm10




syarat syarat:
1.lu buat entry 'NAMA UNTUK ANAK WA' dalam blog lu.

2.lu perlu lengkapkan tempat kosong ni dengan nama RAJA_____________________SHAH.

3.jadi follower wa.dan taruk gambar baby wa suka kat bawah sekali nih.

4.tarikh tutup : SAMPAI ANAK BUAH WA LAHIR TERUS TUTUP TARIKHNYE. 14hb 11 

5.post link entry lu sebagai komen dalam entry ini.

6.tag kawan lu sekurang kurang 3 orang.(pastikan mereka tahu lu tag dorang okeh..)



macam kepala wa besar jer dalam gambar nih.arghhh pedulikan.lu taruk gambar ni taw!

semoga berjaya!
PENGUMUMAN!!!!TARIKH TUTUP SAMPAI ANAK BUAH WA LAHIR OKEH
(kemungkinan besar pada tanggal 14 november 2010)

contest ini diadili oleh ibu raja bakal dilahirkan

p/s:letaklah banyak mana nama pun korang suka.wa tak kesah.hehe

Nov 11, 2010

entry terbaik abad ini

sila baca dengan memahami secara mendalam






"Aku dah bosan"






bersambung....

Nov 2, 2010

jangan biarkan dia berbogel!!

hujung tahun.tiba masanya  susun buku.hantar kepada cikgu.sesiapa tak cukup buku,kena bayar denda.disebabkan guwa jiwa penyayang dan berhati lembut,aku akan mengamuk minta duit kat mak ayah kasi settle duit buku teks yang hilang.tapi kat rumah berlambak je buku abang tak pulangkan.sampai hari ini ada lagi buku yang bercop "hak kerajaan.bukan untuk dijual".cisssss...

 awal tahun.aku dapat buku teks baru.darjah 2.kakak tulis nama kat setiap buku teks dan buku tulis.berat bag kendong buku buku tu semua pada minggu pertama darjah 2.



"buku pun kena ada baju,takkan nak bogel jer.korang balik rumah sila balut buku".itu arahan cikgu.

pada malam yang gelap.cuma ada cahaya lampu kalimantang.kakak kakak balut buku teks dorang.aku perhati jer.untuk pengetahuan korang,aku ada 2 kakak okeh.saja jela nak bagitahu.aku duduk bersimpuh.kakak berdua becok mulut bercakap.aku pandang buku guwa.masih berbogel.


"buku aku nak berbalut jugak."dengan mata berkaca kaca aku luahkan perasaan.

"pergi cari buku lama lama yang ada plastik pembalut buku,kemudian koyakkan.jangan kasi carik dan berlubang."

Dengan berbunga ceria aku masuk stor,cari buku lama lama.senyum.dah berjaya jumpa pembalut buku di buku teks lama.dengan perlahan plastik pembalut buku  dibogelkan.kasi kat kakak.kakak tolong balutkan.aku cuma potong salotaip saja kemudian tampal di betis dan kaki.kakak kemudian ambil pecahan pecahan salotaip tu dan gunakan untuk balut buku.


tahun ini.malam ini.giliran adik aku pula cari buku nak pulangkan esok. hairan la kenapa dorang tak balut buku dengan plastik lama lama?kenapa aku jer berpelakuan kedekut tahi hidung masin macam tu?aku salahkan kakak kakak!arghhhhhh...






untuk tatapan.kah kah kah

Nov 1, 2010

cinta chanduri pelacur kelas atasan

kepada korang yang lepak tengok cerita melayu dan indon mesti tengok jugak drama Chinta kat TV3 pukul 6.30 petang setiap isnin sampai khamis.aku ngaku la tak terkecuali tengok.drama ni je aku tengok,yang lain sipi sipi jer.

Chinta binti Musa ditukarkan kepada Chinta Canduri.korang perasan tak episod awal awal dulu bila chinta lakonan Fasha Sandha pergi ke KL dan menukar nama untuk glamour.masa ni orang kampung yang lepak kat warung kopi  cakap "chinta tukar nama kepada chanduri sebab nama ayah dia musa iaitu nama nabi".gua cukup terkejut.tapi baru sikit tuh..


masuk part chinta dah kenal dengan makcik jadi pembancuh teh pejabat Natasha hudson tu kan,ada part Chinta berdendam.berdendam pada siapa?berdendam pada tuhan.macam cerita hindu dah.lepas tuh chinta langsung tak solat.terus jadi pelacur kelas atasan.sebab?marahkah tuhan.aku rasa ramai je orang melayu jadi macam tuh,diuji sikit,lepas tu tak puas hati terus tak solat langsung.secara umum okay.


part chinta dah kenal dengan Rasul Iman,Rasul suruh dia ingat tuhan kot.lepas tu chinta marah marah "kenapa aku perlu ingat kat dia? dan bla bla bla".pada fikiran dia tuhan kasi ujian sebab tak suka dia,benci dia.apa la bodoh sama bangang kan perempuan hina nih?.sekali rasul iman kasi penampar."Allah itu wujud,kita perlu yakin dia wujud".lebih kurang macam ni la ayat dia.



bukan ke bila seseorang itu dah tidak percaya Allah jadi kafir namanya?wallahualam.


sebab apa tuhan uji kita?sebab nak tingkatkan pangkat kita menjadi khalifah yang lagi sempurna.sebab DIA sayangkan kita.sayangkan kita macam mana tuh?bila ujian diturunkan dan kita bersabar menghadapinya,maka gugurlah dosa dosa kita.sebab Allah lebih mengetahui dari engkau yang langsung tidak mengetahui.DIA lebih mengetahui bila Ajal kita datang.kalau ajal kau dah tiba esok,lusa tapi kau masih leka pada hari ini,tak ke kasihan pada diri kau???nak mengadap ALLAH.raja sekian alam..subhanallah...


kau kalah jika kau rasa kau menang dari -NYA...


drama ni bermesej sebenarnya,dan watak chinta tu banyak kot berlaku dekat sekeliling kita.nauzubillah...minta jauh untuk korang semua dan juga aku yang tenggelam timbul dengan perubahan sekeliling dan diri sendiri.

p/s:sekian saja dari Ustazah....selepas ustazah baca belog otomen dan artikel dan juga isu freemason,tergerak hati pula nak menaip entry..hihihi...terus meletopp jadi ustazah..secubit pendapat dari insan yang lemah dan kekurangan ini...


chinta canduri 


credit to abang nara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...