Aug 14, 2011

BMW

Jujur. Aku pemalas. Baik segi mandi mahupun bangun tidur apatah lagi nak bergesel gesel dengan orang ramai di bazar ramadhooon. Malas.

Namun, hari ini aku rajin sedikit. Sedikit rajin. Aku ke bazaar ramadhan seksyen 20 Shah Alam. 

Hujan renyai renyai. Orang ramai berpusu pusu saling berlanggar payung sesama payung. Aku berpayung biru. Cantik payung macam pencurinya...Eh? Tidak tahu itu milik siapa. Yang pasti aku ambil depan pintu rumah. 

"Pongggggggg!!!". Bunyi hon.

Bingit bunyanya.

Semua mata tertumpu pada BMW yang masuk ke dalam bazaar. Aku memandang. Perempuan berkaca mata hitam. Disebelahnya mungkin suaminya. Gaya golongan elit macam dalam drama Melayu. Satu lorong dalam bazar beri laluan pada BMW putih tu.

"Aku rasa tak elok la bawa kereta masuk bazar tengah orang ramai. ". Bisik aku pada member sebelah sambil pandang kereta BMW memercik percikan hujan.

"Jangan kata dia nak beli ikut tingkap". Sambung aku lagi. Geram weh dengan orang berlagak.


"Jadah apa kau masuk lorong bazar tengah orang ramai? Hujan pulak tu. Kereta kau boleh muat 2 gerai. Agak agak la woiiii ". Hanya mampu maki dalam hati. Baik tak baik tak? Euwwww.



Ps: Walau pangkat kau tinggi mana pun, pandang la orang bawah. 

14 comments:

fatin syahirah :) said...

kang kalau kena toreh ngan sapa sapa baru naya. haha. padan muka lah :P

budaksetan said...

maki jeh

Raden said...

ko buat2 la ter calarkn kete die gune payung yg cantek tuh..pastu ckp, ops..aimsori

ruzana roslan said...

ngengade sungguh. nanti ko try bawak masuk lori dlm bazar.

deeyamorten said...

fuiiyyooo.. ekstrem tuh. agak tak bertimbang rasalah makcik/pakcik/datin/dato' tu. sepatutnya ia patut fikir keselamatan dan keselesaan org lain jugak. bukan keselesaan dia je.

kalau kereta bercalar jangan nak salahkan org lain pulak :)

Solihahazahar said...

ate bako jele haha

yaya_flanella said...

sabor jelah.


*kau nampak kurus lah

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

elok dorang bawak bmw masuk pavi..dorang salah tempat tu.culture shock..keh3

JIJI YU said...

lampi betol driver die

Nur Aischa said...

hahah ish ish. apa lah orang tu kan, tgh sempit mcm tu pun nak pakai kereta gak.

Yuyu Musa said...

@fatin:tak sempat nak toreh,dia pecut laju.

@budak setan:udah.dalam hati.

@raden:hahaha.tak sempat woi.

@ruzana:tu impian dan cita cita aku 2011

@deeyamorten:haha..sangat tak btimbangrasa.

@silohahazahar:nak cari mancis tak sempat.

@yaya:kau baru tahu ke aku kurus?kepala aku bulat ada reben tahu.

@kebal:pavi memang tempat dorang.

@jiji yu:lampi2 slow sikit.ngeh3

@nur aisha:tak guna otak lettew.eh?

Faiz Tapit said...

laaah, ingat bwak bmw x pergi bazarr

meaw said...

mentang la dia pakai BMW,menunjuk tollllll....lenkali yuyu sekat je,hahaha!

Muhd Fadil said...

len kali pakai beskal BMX. tak la sesak sangat bazar. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...