Aug 29, 2011

Sahur yang indah

Balik raya.

Semalam anak Pak Musa yang duk Shah Alam baru sampai kampung. Sampai je rumah eksaited  ada kotak tulis ''Penghawa dingin'' atas meja. Dalam kepala  hotak 'Oh! Best la tidur time raya nanti. Sejuk macam duk obersea'. Selidik punya selidik dalam kotak besar itu ada segala jenis mercun. Kalau tahu ada mercun sekotak macam ni, akan aku usulkan bisnes di awal puasa dulu. Takde la bakal beraya pakai kasut tahun lepas.

Tajuk bersahur, kau pergi cerita balik raya apedehal?

Sabar sabar. Selingan je tu macam iklan raya berlambak di tv.

Masa berbuka.

Berbuka dengan seluruh sanak saudara di rumah Pak Musa. Kadang kadang aku bermonolog sendiri "Ni majlis kesyukuran sambut kepulangan aku ke apa". Bangga bangga. Dapur penuh dengan anak beranak.Macam macam jenis kuih ditelan. Tak kurang jugak dibazirkan. 

Hari ini. Bersahur.

Hanya aku dan abang sulung didapur sambil makan kurma dan air masak. Aku tutup mata rapat dan bayangkan ada ikan panggang sama sup kambing atas meja makan. Aku hirup sup dan ikan aku ratah beserta nasi panas panas. Ini untuk elakkan rasa hampa teramat sangat.

Adat bersahur akhir puasa dan berbuka di kampung memang macam ni.

Esok aku nak selidik lagi pasal kotak mercun tu. Ada lagi 2 hari untuk buka gerai bisnes mercun. Harap masih ada tapak kosong di bazaar ramadhan sebelah kampung. Tutup mata sekali lagi. Amin.

6 comments:

JIJI YU said...

mana pergi sumer..dok mmbuta ka

visitme@FaTiN cOrNeR said...

kaya nie kalau jual mercun habis sekotak tu..

sheeraYAAKOB said...

harhar
pakai je kasut lama tu . takde la bazir . jangan jual mercun

hamzah ian said...

nok mercun se

Un Phat Lee said...

dah hujung ni gua susah pulak nak bangun sahur.haha

sYafIk-wAy said...

satu mercun habis muka kaw nanti

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...