Aug 3, 2011

Kucing macho

Matahari semakin galak menyinari menandakan aku bangun awal pagi hari ini. Sehari sebelum puasa biasalah nak juga pandang kampung halaman, jenguk jiran tetangga dan makan durian seulas dua. Maka, aku cuti sesuka hati selama 4 hari tak ke kelas.


Dipendekkan cerita anak sedara aku yang sulung, Aleesya ketuk ketuk kepala aku awal pagi la sangat suruh aku bangun. Baru 2 tahun budaknya. Comel macam aku juga. Ehem ehem. 


" Yu, bek bor..bek bor yu" Dia menuding handphone aku sambil sengih gigi jarangnya dan buat tanda 'peace'.


"Oh, nak Cik Yu tangkap gambor ??? Okey, 1,2,3. dah! ". Aku kemudian tarik laptop dan tekan butang on. Layan komen facebook sekeping dua. 



pis pis pis...
(gambar blur macam belog aku jugak)



*********



Masa makan pagi pun tiba , aku bancuh milo. Aleesya berdiri atas tin biskut beriya nak tengok aku bancuh milo. Well, bukan senang nak tengok mak saudara dia bekerja keras membanting tulang di dapur .


Aku bukak pintu dapur seluasnya kasi jiran nampak anak Pak Musa jauh dari KL ni dah balik kampung, Tin biskut Aleesya pijak tadi aku tarik slow slow dan bukak.



"Acha ,jom makan meh, nak biskut kaler apa ???? ". Cara nak takel budak budak makan adalah dengan warna. Warna yang menarik akan menarik minat budak budak. 



"Ni..." Dia ambil biskut kaler hitam jenama apa entah dalam tin biskut. Tak pandai memilih warna rupanya. 



"Cha makan eh. Bukak baju tu. Satgi tumpah milo, kotor la baju." Perlahan dan ayunya aku bukak butang baju Aleesya. Time ni aku rasa macam sifat keibuan tu sangat menyerlah la. Kalau bakal mak mentua tengok confirm terus masuk meminang. 



Tengah syok biskut ke dua nak masuk ke mulut Aleesya dan air milo penuh tumpah ke peha aku gara gara Aleesya tumpahkan sebentar tadi tiba tiba..



"Yuuuu..pe cing ngok cha???". Aleesya cuba bunyikan sesuatu. Nak bercakap dengan aku tapi aku tak paham langsung.



"Hahh???"


"Yuuu...pe cing ngok cha..cing ngokkk cha tuuuuu". Dia menjerit. Aku dengar serupa bahasa siam dah.



"Cik Yu dop paham la cha (Translate : Cik Yu tak paham la Aleeysa.)"



Muka dia berkerut je. Aku pandang pun lain semacam. Kenapa budak ni makin besar makin pelat ni. Hadoiii.



"Cing ngok cha tuuuuuuuuu". Yang aku paham 'tuuuuuuuuu' je sebab mulut dia terjuih lebih bila sebut ' tuuuuuuu'.


"Cha...makan la..."


"Tuuuuuu..Cing ngok chaaaa ". Kali ni suara ni mendatar sikit. Ada riak sedih. Lenguh mulut kot menjerit tadi. 


Mak aku yang tengah potong sayur bayam gelak dan jawab


" Dia kata...bakpe kucing tengok dia.( translate : kenapa kucing tengok Aleesya)"


Aku pusing ke belakang. Rupanya ada kucing hitam dekat pintu dapur berdiri macam nak cari gaduh je. Dia pandang Aleesya. Aleesya takut gamaknya. Nama pun budak kan, kucing tengok pun dia hairan. Aku rasa kucing terliur tengok biskut dengan air milo tu je sebab tu mata bersinar je pandang arah anak buah aku . Kucing terliur??? pelik sangat aih bunyinya. Tapi terliur gara gara tu air milo aku buat sangat tak pelik. Kan bakal mak mentua kan ? Eh??




Apehal kau tengok anak buah aku serupa perogol bersiri??? Mau tendangan maut apa ?



**********


Malam tiba...


"Yu, bek bor bek bor..."


Memperkenalkan model tudung kita sempena raya bakal menjelma.




"Okey acha,sekarang buat 'peace pissssssss'....Haaaa pandaiiiiii"

*tepuk tangan*


Acha: Aleesya
Cik yu: panggilan Aleesya kepada aku.Ngeh3



20 comments:

Cikgu Kasim Gugel said...

sapa ni ? anak cik akak ka ? kiut miut,

m i a said...

allolo..tomeyyy nye acha..hehe, org buat peace 2 jari, cha buat 4 jari ek..ehkehkee..comellll

LIFE is KARTUN said...

seriously both of you are so cute together~ comey seyh :))
http://iamsaya.blogspot.com/
http://nadzmonostone.blogspot.com/

Hafizin Jamil said...

memey bahaso siam doh tu..haha

Wahanawangsa said...

laa,orang ganu ke?berat nanang!haha
takpe lps ni aku letak gambo anak sedara aku pulok.

Hirdayu Rahmat said...

alolorh sayanggg ~ chohomeyyll ~~ Jeles lah Maya ginii ^^

iqbalhakimi said...

ololo..comelnye budak tu.cam mak cik dia =P

peace macam abang mejah buat la..lalalalala

yeb :D said...

lu org tganu deh?

. said...

comel.

Unknown said...

Alahaiii comelnye dia pakai tudung! :)

Nobita Sensei said...

Serius comel tahap maksimas.

hamzah ian said...

alo lo lo.. comeynye yuyu

Nurul Ain said...

sweet...^_^

Yuyu said...

@akim iqbal:ko baca entry tak?aku siku jugak kang.anak sedara aku.dushhhh!

@mia:hihihi..peace versi baru..

@nadz:ehekkk3

@H.J:hehehe

@penggelap cahaya:bereh boh

@iqbalhakimi:tu aku nak dengar sangat.ngeh3

@maya:jangan jeles

@yeb nada: yuppp...

@nizamsani:tak secomel intan.keh3

@ain:nama dia aleesya

@nobita:keh3

@hamzah ian:sangat manis kata2 awak.huh!

spesispenunggu? said...

sngt comel kedua-duanya. sekian.

Hizami Li said...

haha.
comel je.
adeh.
kucing tu mmg seremmm.

syafiqa said...

comel nye dia...haha
ah,kalau iqa pon takot gak kalau
cing dok tgk je.haha

ENCIK TIKUS said...

aleesya kalau dah besar kompem cantik.. nanti bagi email ym dia.. gua nak..

Khuzrin Kamarudin said...

Yang mana lagi comel ni? konpius nak pilih.. heeee..

Unknown said...

comelnya dak tu..leh buat kawan dengan Mia sara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...