Nov 2, 2010

jangan biarkan dia berbogel!!

hujung tahun.tiba masanya  susun buku.hantar kepada cikgu.sesiapa tak cukup buku,kena bayar denda.disebabkan guwa jiwa penyayang dan berhati lembut,aku akan mengamuk minta duit kat mak ayah kasi settle duit buku teks yang hilang.tapi kat rumah berlambak je buku abang tak pulangkan.sampai hari ini ada lagi buku yang bercop "hak kerajaan.bukan untuk dijual".cisssss...

 awal tahun.aku dapat buku teks baru.darjah 2.kakak tulis nama kat setiap buku teks dan buku tulis.berat bag kendong buku buku tu semua pada minggu pertama darjah 2.



"buku pun kena ada baju,takkan nak bogel jer.korang balik rumah sila balut buku".itu arahan cikgu.

pada malam yang gelap.cuma ada cahaya lampu kalimantang.kakak kakak balut buku teks dorang.aku perhati jer.untuk pengetahuan korang,aku ada 2 kakak okeh.saja jela nak bagitahu.aku duduk bersimpuh.kakak berdua becok mulut bercakap.aku pandang buku guwa.masih berbogel.


"buku aku nak berbalut jugak."dengan mata berkaca kaca aku luahkan perasaan.

"pergi cari buku lama lama yang ada plastik pembalut buku,kemudian koyakkan.jangan kasi carik dan berlubang."

Dengan berbunga ceria aku masuk stor,cari buku lama lama.senyum.dah berjaya jumpa pembalut buku di buku teks lama.dengan perlahan plastik pembalut buku  dibogelkan.kasi kat kakak.kakak tolong balutkan.aku cuma potong salotaip saja kemudian tampal di betis dan kaki.kakak kemudian ambil pecahan pecahan salotaip tu dan gunakan untuk balut buku.


tahun ini.malam ini.giliran adik aku pula cari buku nak pulangkan esok. hairan la kenapa dorang tak balut buku dengan plastik lama lama?kenapa aku jer berpelakuan kedekut tahi hidung masin macam tu?aku salahkan kakak kakak!arghhhhhh...






untuk tatapan.kah kah kah

9 comments:

Junkie XL said...

tidak berunsur lucah pun! kecewa.

Mr. Asada said...

masa saya sekolah rendah dlu, buku teks tebal giler. nengok budak2 sekolah rendah sekarang, buku nipis je. itu pun complain lagi pasal buku teks berat. uhh..

Yuyu said...

nabil:kah kah kah...entry aku suci wooo

asada:btol2..skrg bdk2 dpt notebook.da x bawak buku teks.notebook pula buat main games...huhu

Sarah and Faiz said...

patu mase skola letak dalam desk meja, esok pg "eh mana??!!"
rupenye kena rampas. cis. =.="

Yuyu said...

kah3....tula pasal,cg suh kosongkan laci desk tuh...mne la x berat bag aku..silap ariblan bapak ak lmbat ambik dr skolah,kendong la aku bag berat tuh jln kaki smpai umah..x ke tacing..huaaaaaaaaaa

Patu said...

dan aku pula berase entry nih berbau lucah. ape kes ? wakaka

Yuyu said...

kat mana yg lucahnyer?

ni pasal budak skolah rendah je pon...bkn 18sx..ish3

dina diana said...

sesiape yang berfikiran "kuning"...

harap maaf..anda telah di tipu...

hehehhehehe~~~

Yuyu said...

dina:kah kah kah..btl3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...