awal tahun.aku dapat buku teks baru.darjah 2.kakak tulis nama kat setiap buku teks dan buku tulis.berat bag kendong buku buku tu semua pada minggu pertama darjah 2.
"buku pun kena ada baju,takkan nak bogel jer.korang balik rumah sila balut buku".itu arahan cikgu.
pada malam yang gelap.cuma ada cahaya lampu kalimantang.kakak kakak balut buku teks dorang.aku perhati jer.untuk pengetahuan korang,aku ada 2 kakak okeh.saja jela nak bagitahu.aku duduk bersimpuh.kakak berdua becok mulut bercakap.aku pandang buku guwa.masih berbogel.
"buku aku nak berbalut jugak."dengan mata berkaca kaca aku luahkan perasaan.
"pergi cari buku lama lama yang ada plastik pembalut buku,kemudian koyakkan.jangan kasi carik dan berlubang."
Dengan berbunga ceria aku masuk stor,cari buku lama lama.senyum.dah berjaya jumpa pembalut buku di buku teks lama.dengan perlahan plastik pembalut buku dibogelkan.kasi kat kakak.kakak tolong balutkan.aku cuma potong salotaip saja kemudian tampal di betis dan kaki.kakak kemudian ambil pecahan pecahan salotaip tu dan gunakan untuk balut buku.
tahun ini.malam ini.giliran adik aku pula cari buku nak pulangkan esok. hairan la kenapa dorang tak balut buku dengan plastik lama lama?kenapa aku jer berpelakuan kedekut tahi hidung masin macam tu?aku salahkan kakak kakak!arghhhhhh...
untuk tatapan.kah kah kah
9 comments:
tidak berunsur lucah pun! kecewa.
masa saya sekolah rendah dlu, buku teks tebal giler. nengok budak2 sekolah rendah sekarang, buku nipis je. itu pun complain lagi pasal buku teks berat. uhh..
nabil:kah kah kah...entry aku suci wooo
asada:btol2..skrg bdk2 dpt notebook.da x bawak buku teks.notebook pula buat main games...huhu
patu mase skola letak dalam desk meja, esok pg "eh mana??!!"
rupenye kena rampas. cis. =.="
kah3....tula pasal,cg suh kosongkan laci desk tuh...mne la x berat bag aku..silap ariblan bapak ak lmbat ambik dr skolah,kendong la aku bag berat tuh jln kaki smpai umah..x ke tacing..huaaaaaaaaaa
dan aku pula berase entry nih berbau lucah. ape kes ? wakaka
kat mana yg lucahnyer?
ni pasal budak skolah rendah je pon...bkn 18sx..ish3
sesiape yang berfikiran "kuning"...
harap maaf..anda telah di tipu...
hehehhehehe~~~
dina:kah kah kah..btl3
Post a Comment