Jun 14, 2011

Abang , Khemah, Kebun, Kucing dan Ikan

Gambar time baby. Puas aku cari dalam album lama. Huhu.


Time kecil kecil dulu aku dipengaruhi oleh abang abang yang comel macam adik perempuannya. Dorang suka sangat bermain rumah rumah dalam khemah dengan jiran sebelah rumah, Farid dan Fahrin . Bina 1 khemah dekat dengan rumah . Dalam khemah ada mentol. Fuhhh kira sangat canggih la tu. Malam malam dorang masuk dalam khemah tu tapi aku tidak dibiarkan masuk. Hampeh. Fungsi aku pada siang hari je. Kutip paku dengan kayu. Bila ingat balik, dorang kejam. Kejam sampai sekarang.


Tahu kenapa aku suka kutip paku, kayu dan bata?




Sebab si Farid/ Fahrin selalu cakap kat abang aku. Aku pula selalu curi curi dengar sambil buat muka blur.

"Untung la ada adik perempuan  yang rajin..."

Sebab 'rajin' tula memberi semangat aku bekerja tanpa gaji. Tapi dua beradik tu entah kemana sekarang sebab aku darjah 3 kami dah pindah rumah. 


***********




Ingat tak musim  kereta mainan pasang bateri tu??? .Lepas tu main atas litar dekat kedai runcit. Macam dalam gambar ni ha.. Abang abang aku semua ada kereta tu, maka aku juga kena dan wajib ada. WAJIB ADA KALAU TAK AKU TAKDE KAWAN. Guna duit raya kot. Dorang tolong beli  tapi guna duit aku, kemudian pasang dan bila nak main dorang ajar la. 


Sampai sudah dorang konon ajar tapi buat kereta tu hak milik dorang. Bila kereta tu rosak, kami gaduh dan aku ungkit serta kutip duit aku korbankan. Yang menariknya kalau guna kereta aku mesti menang lumba kereta tapi bila guna kereta dorang hampeh macam labi labi kena kilat. Lembap. Kami lawan lumba kereta dengan budak budak yang datang ke kedai runcit tu untuk lumba kereta juga. Kampung aku ada macam tu. Hebak ork? hebak ork??? ..Hehe.


Duit raya dulu dulu dalam RM50 paling banyak tapi semua dihabiskan beli mainan macam  untuk abang abang aku. katanya nak main sekali dengan aku. Askar, kereta kebal, patung ultraman superman semua ada. Menyesal. Kalau la aku menabung dari dulu....(Pejam mata sambil bayang.)


**********

Bila maju sikit , abang aku dah masuk darjah 4. Dah belajar subjek sains. Dia sibuk nak bercucuk tanam. Kami cari tanah dan buat pagar, kemudian tanam la pokok. Aku yang dipaksa siram tiap pagi. Balik sekolah aku la paling excited nak tengok kebun. Sampai satu tahap aku lupa macam mana sehingga  kebun tu berkubur. Innalilah. Ish ish ish...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Bayangkan sendiri.


***********

Zaman kecil kecil aku  suka bela binatang. Kira penyayang la jugak. Bela kucing ,bagi makan frieskies . Bila ekor dia kembang dengan gebu enak dipeluk, jiran sebelah cakap tu kucing dia yang hilang. Dengan murah hatinya aku kembalikan kucing tu pada tuan konon kononnya.



 Ce tengok kucing ni. Ada rasa nak telan tak???


Hidup aku yang sepi seketika menjadi ceria bila kawan sekelas aku ajak bela ikan. Wahhh seronok. Tapi setiap ikan tu akan mati setiap hari. Lepas tu beli lain. Mati lagi. Beli lagi. Sehinggalah pada satu tahap ikan aku beli ni hidup mereka agak lama dalam seminggu tapi mati juga gara gara gaduh dengan abang aku dan dia masukkan sampah serta kulit buah limau dalam tu. Terpaksa dikuburkan kesemua ikan ikan tu. 


Nasib baik ikan aku comel macam ni.


Kalau macam ni aku suruh dia telan dah abang aku. Huh!!!



Panjang bebenor entry ni hah. Siapa baca sampai habis aku hargai gila baby !!! Eh ada lagi...



Entry ni juga untuk contest blog Dr Siti Hamidah yang di tag oleh Mia berangan.

Siapa nak join boleh pergi ke blog beliau. Aku tag semua orang!!! 





15 comments:

Akim Iqbal said...

1st, tak baca.. komen 1st dulu baru baca.. hik3

fairuz said...

aaaaaaa aku bace. kan dah dapat pengkomen tak no satuu

Yuyu Musa said...

@akim:klo blog ni dapat block org..ko la org ptama aku blockk...grrrr


@fairuz:hahaaha..kan...terima kasih..woh terharu.*lap hingus.

yaya_flanella said...

best doe cerita kau. aku vote kau utk menang. jyeahhh

Yuyu Musa said...

@yaya:ceh..amek ati aku..

mia said...

yeahh..terbaekkk

Pojiepooh Abdullah said...

haha sengallah Yuyu ni!

PojiePooh; Hanya Satu...

EZAN IDMA said...

goodluck yuyu :)

Rtp Farra Arisha said...

statement yg menarikkkk!

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

aku baca sampai habes..jujur dan eklas..

keh3

weh..aku pun main keter tu..rindu ooo...

Faiz Tapit said...

hooo. best orkk men khemah2. orkk?

Sumijelly said...

hahahaha............. ko sama mejah sama jer............

hahahaha

Sumijelly.com

Yuyu Musa said...

@mia:baik baik..hihi


@pojie:grrrr


@rtp:statement mana tuh?

@iqbal:makaseh

@faiz: ork ork ork.bestttt

@kak sumi:tak sama.dia lelaki.

Apit said...

labi labi kena kilat<---cmna ni, ak xpnah tgk pun..haha...

Dr. Siti Hamidah said...

selalu kena buli ye..hehe..thanks for join the contest..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...