Jul 1, 2011

Bosan (sambungan cemburu)

Rasa eksaited dan teruja bila cuti semester bermula. Terbayang bayang Atan peluk bantal love dibeli hari itu. Saya gosok gosok mata yang masih bertahi mata, saya silau cahaya terik dari lubang tingkap bilik.  Oh, sudah tengahari ke??? Kemudian saya tidur semula. Bangun pabila emak bising bergelak ketawa di ruang tamu menonton tivi. Cerita apakah saya tidak tahu. Senario mungkin.

*********

Di bawah pokok mempelam. Saya perlahan dekati Atan. Dia masih dengan gitar kapoknya dan nyanyikan lagu Aris Ariwatan , SATU. Dari kami sekolah sampai la dia tua bangka , lagu yang sama je dia main. Lagu tula dia nyanyikan didewan sekolah dan lagu tu juga la dia nyanyi sewaktu menekel saya. Tetap sumbang. Tune lari. Ikutkan hati saya mahu campak saja gitar tua itu.




"Awak....tengok la ni...saya beli dari KL..Cantik kan???''. Saya konon konon buat kejutan sambil tunjukkan bantal love merah itu. 

'' Terima kasih.". Tiada langsung riak muka seperti menang 30juta. Cuma macam muka kena gigit tungau je.

"Saya nak masuk Akademi Pantasia". Atan bersuara.

"Nak jadi Dapi lettew ???"

Dia tunduk dan tangan masih di g string  string gitar tanpa jenama tu.

Saya duduk disebelahnya. Diatas bangku.

"Semoga berjaya." 3 jam saya duduk disebelahnya. Dia masih dengan gitarnya.


"Dari kau masuk AF, baik kau pegi bercucuk tanam. Suara bukan sedap pon. Main gitar tak lepas lepas." Getus hati saya. Sesekali berbisik tak salah bukan?

Episod dia dengan gitarnya dipetang hari mahupun di pagi atau malam masih berterusan dari hari ke hari sepanjang cuti. Saya bosan. Tahu bosan??? Ingat lelaki je ke bosan ? Maka saya buat keputusan mahu gantung dia tidak bertali. Saya tinggalkannya tanpa pesan. Biarkan dia tergapai gapai .Arghh biarkan dia.Tibalah saat dan ketika (macam muvi merong la pulak...)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Saya balik kampung. Orang kampung pasang skrin besor gedabok dekat balai raya. Kenduri siapa entah.

"Atan!!! Atan!!! Apundi Atan!!!". Ada orang kampung jerit. Pehal jerit nama atan kuat kuat.

Merata tempat diceruk kampung saya tengok banner sama. Di balai raya apatah lagi. Kalah pilihanraya. Gambar Atan bersepah. Bila tersepak gambar dia. Saya pijak lama lama.


Bersambung....



12 comments:

Akim Iqbal said...

ini.. ini...

Yuyu said...

pehal ko?

kecohabes said...

awat xabeskan je?hehe! nk up entry la nehh..keke!

yaya_flanella said...

pergh. cerita bersiri pulak. :D

myra yusreena said...

fuhh..ade bakat jadik novelist..tehee ;D

Yuyu said...

kecohabes:takdak idea..keh3


yaya:blom masuk part seram lg nih...haaaa


myra yusreena:mengampu ke membodek ni dik??hihik

Ain Zulaikha said...

apesal pijak? kesian atan hehehe

m i a said...

'saya' jeles atan masuk AF..apundi atan..hhehee..

cpat2 sambung yu..grrr

Aujinz said...

hahahhaha.. dengki..

ehh..

Unknown said...

atan ni nak masok akademi pantasia pulak ye

Faiz Tapit said...

atan, sori..
xde kedit la. ahh

jambancomel said...

doodle yang comel hak3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...