Jan 3, 2011

darjah satu.sekarang kau gelak orang,dulu kau menangis ke tak?

semalam tengok berita kat tv3 budak darjah satu masuk sekolah.kalau yang manja sikit duk menangis la.yang rasa hebat pula sibuk nak cari musuh.sibuk je nak buli anak orang.yang perempuan pula seminggu sebelum kelas dah suruh mak beli kepit rambut baru.aku darjah satu dulu sekolah belakang rumah je.pergi dengan kakak yang darjah enam jalan kaki.sampai sekolah hari pertama aku happy lagi tapi masih menunggu bila nak balik.aku happy sebab kawan tadika ada sorang dua yang sekelas.takde la keseorangan.


balik rumah cerita kat ibu tercinta pasal sekolah siang tadi.tak sabar pula nak pergi sekolah keesokkan harinya.bangun pagi pagi sejuk teramat tapi masa tu guwa mandi beb.terketar ketar salam mak salam bapak.jalan kedek kedek ke sekolah.sampai sekolah aku tengok ramai budak nangis,budak semalam lagi menangis.aku pun berlari lari anak ke kelas kakak.tempoh nak cari kelas tu lama juga sampai la jumpa kawan kakak.kemudian,kakak aku gabra terus pergi cari aku.

"nak balik....".

apa punya bengong la aku terpengaruh dengan budak budak manja yang taknak pergi sekolah.tapi hari tu aku nangis.esok nangis kejap kejap je..keh keh keh..


masuk darjah tiga pula adik lelaki aku darjah satu.tiap hari mak  kena temankan dia sampai tengahari di Sekolah rendah.apa lemah sangat entah adik aku ni sampai nak tatap muka mak aku je memanjang.tak sunat lagi kot masa tu.sebab tu la kena buli.taknak pergi sekolah.yang penting dia kena buli jiran sebelah rumah.lelaki sama lelaki,gaduh jela tapi taknak gaduh,nak juga kau mengalah ye dik.pelik bebenor bunyinya aku panggil dia "dik".keh keh keh...



setiap hari mak aku kasi 5 ringgit kat cikgu suruh adik aku diam duk tempat jangan intai mak kat luar.balik ke rumah dia sibuk bercerita cikgu baik hati kasi dia duit padahal tu duit mak aku.ciss.sampai satu masa kami terpaksa pindah sekolah dan adik aku jauh dari pembuli.keh keh keh.dari situ mak aku kasi bola kat dia.jadi la dia wakil sekolah.wakil negeri dan sekarang pemain bola negeri Terengganu.aku pula masa sengket minta duit dari dia.hah!kantoi.ala baju sehelai dua takkan tak boleh kot dik.kata adik beradik.



ps:aku nak anak aku jadi jaguh badminton ganti Misbun.kesian orang tv duk pujuk dato Misbun.








6 comments:

..hizamirahim.. said...

lahir2 je anak tu, terus bagi raket.
okay?

Shaofie said...

jemput join segmen saye. mudah je. ala-ala blog review.

http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

Pat said...

menarik zaman muda ko kan kahkahkah

yuyu said...

hizamirahim:haha..tula plan aku...

yuyu said...

shaofie:hahaha...i'll insyaallah

yuyu said...

pat:zaman muda kau pula caner?haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...