Aug 31, 2011

Tema Raya

Raya pertama.

Jauh kenegeri sebelah merisik untuk abang.

................................................................

Raya kedua.

Masuk rumah je ada perempuan tengah makan tiba tiba hulur tangan dan salam. Adik lelaki sengih sengih pandang aku. Awek baru lettew.

.................................................................

Raya ketiga.

Mungkin sebelum subuh aku bangun masak segala jenis resipi. Mekup ala ala Rosnah Mat Aris zaman muda. Pakai wangi wangi.Tak lupa cari pen tulis kad raya dengan tekun. Tulisan tu mesti gaya New Times Roman. Kes tak sempat balas masa puasa, hulur ditangan lagi bermakna. Ye dak?Hahaha..Hakkk tuii!!!


*ANGGAP JELA ADA GAMBAR RAYA TERCANTIK KAT SINI*


INTERNET AKU LAJU BAGAI KUMBANG MENCARI BUNGA TAK DAPAT DAPAT (cantik peribahasa kau ). NAK HABISKAN LOADING UPLOAD GAMBAR KAU TUNGGU JELA RAYA TAHUN DEPAN PUNYA TAHUN.


Selamat hari raya buat pembaca belog lambat pikap ni. Hari raya ke 2 baru reti nak taip entry. Maaf zahir dan batin batin batin. Kalau bahasa belog ni adakalanya kasar dan mengguris hati, maaf yek. Sengaja. Salam salam...



Aug 29, 2011

Sahur yang indah

Balik raya.

Semalam anak Pak Musa yang duk Shah Alam baru sampai kampung. Sampai je rumah eksaited  ada kotak tulis ''Penghawa dingin'' atas meja. Dalam kepala  hotak 'Oh! Best la tidur time raya nanti. Sejuk macam duk obersea'. Selidik punya selidik dalam kotak besar itu ada segala jenis mercun. Kalau tahu ada mercun sekotak macam ni, akan aku usulkan bisnes di awal puasa dulu. Takde la bakal beraya pakai kasut tahun lepas.

Tajuk bersahur, kau pergi cerita balik raya apedehal?

Sabar sabar. Selingan je tu macam iklan raya berlambak di tv.

Masa berbuka.

Berbuka dengan seluruh sanak saudara di rumah Pak Musa. Kadang kadang aku bermonolog sendiri "Ni majlis kesyukuran sambut kepulangan aku ke apa". Bangga bangga. Dapur penuh dengan anak beranak.Macam macam jenis kuih ditelan. Tak kurang jugak dibazirkan. 

Hari ini. Bersahur.

Hanya aku dan abang sulung didapur sambil makan kurma dan air masak. Aku tutup mata rapat dan bayangkan ada ikan panggang sama sup kambing atas meja makan. Aku hirup sup dan ikan aku ratah beserta nasi panas panas. Ini untuk elakkan rasa hampa teramat sangat.

Adat bersahur akhir puasa dan berbuka di kampung memang macam ni.

Esok aku nak selidik lagi pasal kotak mercun tu. Ada lagi 2 hari untuk buka gerai bisnes mercun. Harap masih ada tapak kosong di bazaar ramadhan sebelah kampung. Tutup mata sekali lagi. Amin.

Aug 24, 2011

Seminggu yang tembus

Lagi seminggu lebih nak raya. Secara automatik, minggu ni adalah minggu tembus. Aku lihat segala benda, aku nampak kampung halaman aku. Tengok pokok, terbayang Kak Yah. Tengok tiang terbayang Pak Musa. 

Untuk mempercepatkan masa dalam seminggu ni (Kau ingat doremon je ke mampu?), aku ada langkah langkah bijak. Lepas berbuka dalam pukul 9 malam aku dah tidur dan bangun bila nak bangun. Ke kelas. Kemudian balik cari makanan untuk berbuka dan selepas itu tidur. Buat status di facebook dan kemudian tidur lagi. Bangun, update status dan kemudian tidur.

Belog, aku sayang sangat kau sebab tu aku update. Hari ini.

Sorry, aku tak mampu berfikir lebih lagi untuk tulis apa. Perut aku lapar. Tekak aku perit. Hidung aku berhingus tanpa henti. Mata aku merah kalau celik. Apa lagi apa lagi?? Semua bukan alasan. Betul tak tipu. Sikit sikit je kalau tipu pun.

Ok Bai. Ada juga yang unfollow blog aku kang.




Aug 21, 2011

Baju raya oh baju raya

Setiap tahun akan ada baju raya patern sama dengan adik beradik perempuan termasuk emak. Tahun ni aku tak tahu la kenapa aku dipinggirkan. Dah tak jadi kembar 3,4,5 dah.


Sebelum puasa

"Mak ada beli baju sutera kat Yu tahun ni." Kata emak

"Tak payah la sutera sangat. Hik hik hik".  

Kemudian datang kakak.

"Tahun ni kakak pilih baju kurung cotton untuk Yu".

"Ikut kakak la. Yu pakai je". Dalam kepala otak dah terbayang 2 pasang baju raya.

*Gambar nak cium cium mak dan kakak*

Awal Puasa

"Kakak..baju raya Yu kaler apa? Nak pergi cari tudung ni"

"Kaler biru. Kain sutera Yu tu mak jahit untuk kakak sorang lagi." Sayup sayup je dengar suara dia dalam telefon.

"Takpela...lagipun Yu jarang pakai baju kurung.". Baik pulak aku menjawab. Pasrah je.



Pertengahan puasa

Bersama roomate.

"Yu...baju raya aku 3 pasang je"

"Apa?? 3 pasang??? Aku sepasang je". 

"Raya  sebelum ni aku ada limablas pasang la.."

Orang kata bulan puasa setan kena gari, maka hasad dengki serta nafsu jeles jela ada. Ia berfungsi dengan  baik. Aku jeles dengan roomate aku ada baju raya banyak pasang. Sebab aku dah tahu baju raya aku sepasang, maaka aku telepon emak.

"Mak...baju raya orang berapa pasang???"

"Sepasang je Yu..nanti balik kampung kita beli yang siap.."

"Bai." Terus letak telefon. Dengan harapan emak akan call aku balik. Tapi hampa. Baru aku tahu emak aku bukan macam boperen ala ala Seth Tan yang pujuk balik. Emak tu tetap emak. Eh?


Aku melangkah dan terus melangkah mengenangkan baju rayaku sepasang.....




Aug 17, 2011

Masker Telur

Selepas permintaan tutorial pakai eyeshadow tak menjadi dan panduan memilih boot sesuka hati, sekarang aku nak tunjuk sikit cara mudah memakai masker muka secara semulajadi. Sebelum tu, aku nak minta maaf awal awal dekat Mia. Entry ni sepatutnya dibuat 3/4 bulan yang lepas atas permintaaannya. Wahh permintaan konon. Cehhh. Sorry sangat sangat Mia.


Orang cakap nak cantik perlu cari masker yang mengandungi blablablabla (macam macam kandungan), bagi aku nak kulit lembut halus hanya perlu luangkan masa 2 kali sebulan mungkin untuk buka liang pori dimuka dan cuci liang pori tersumbat/ white head/ black head dengan menggunakan masker.


Ya, banyak masker dijual tapi bukan semua berfungsi berkesan untuk menanggalkan sumbatan sumbatan yang menyebabkan peluh tersumbat dan jadi la jerawat kesayangan. Nak tunjuk sikit cara buat masker telur yang tak perlu belanja besar besaran, tapi hanya sedia telur sebijik. Tu pun ambil yang putih je, yang kuning boleh goreng. Jimat jimat. Lagi jimat guna lebihan nak buat biskut raya tak menjadi.





Bahan bahan :

-Putih telur


-Kapas muka yang dicarik dua. [ Gunakan bahagian berbulu untuk tempek ke muka nanti]


-Toner


-Air suam


-Pencuci muka sedia ada


Cara cara:

1. Cuci muka. Tuamkan muka ke air suam/ air berwap. Kita nak wap sahaja supaya pori pori terbuka dan muka berpeluh. Jangan pergi basuh muka dengan air panas/suam/berwap tu pulak.


2.Kapas muka yang dicarik 2 tu di celup dengan telur putih. Nak celup telur putih tu, gunakan bahagian kapas berbulu . Kemudian tempek ke muka macam hantu pocong. Ya, macam pocong sebab muka sekarang penuh dengan kapas putih melekat lekat.


3. Tunggu sehingga kering. Lebih baik duduk dekat dengan kipas atau buat pada waktu malam sebelum tidur, Lama sikit telur tu melekat dan menarik black head/white head . Biasanya dalam sejam/ 2 jam dah kering melalui peredaran udara yang sempurna. Fuhhh!


4. Tarik topeng terhasil dimuka dan lihat la berapa banyaknya bintik bintik hitam ditanggalkan dari muka.


Perhati betul betul, warna kuning tu white head/black head yang keluar. Macam tengkorak pulak aku tengok ni. Tengkorak roomate aku.


5.Cuci muka dengan air putih/ pencuci muka.


6. Sapukan toner untuk menutup pori pori yang telah dibuka sebentar tadi.


Selamat mencuba dari perempuan pakai baju terbalik !!!

Ps: Kulit aku tak cantik pun, pucat lesi. 

"Sedor pun".

Update.Beucure dah keluarkan Sakura candy iaitu supplement pertama di Malaysia menggunakan extrak sakura japan yang hanya kemam bawah lidah.terus meresap ke salur darah.lagi cepat berkesan dari telan!!



SAKURA CANDY PAKAR SERVIS MASALAH DALAMAN DAN LUARAN WANITA
Cantikkan??nak tahu lebih lanjut pasal Sakura candy Malaysia ni boleh klik link bawah ni


Aug 16, 2011

Kenapa perlu tayang girlfriend atau boyfriend di blog?

Kepada pakwe handsome dan makwe comel...

Sepanjang aku berblogging dalam masa singkat ni, aku banyak perhati adik adik ramai benor expose makwe/pakwe dorang. Wahai kakak kakak dan abang abang jangan bebel sorang sorang " Pehal pulak budak ni duk tanyang gf/bf je memanjang ", mereka buat semua ni beralasan. Apa alasannya kak?

Tunjuk kasih sayang.




Takde tempat lain yang boleh tunjuk kasih sayang melainkan di blog/ internet. Ramai boleh baca. 1 dunia boleh tengok boyfriend dan girlfriend korang. Hebat bukan? Dari korang mula mula kenal sehingga la putus ditengah jalan. Semua ditunjukkan dalam kasih sayang.


Sebagai diari.

Masa kecil kecil aku ada diari yang ada kunci. Kunci tu kalau gigit dengan gigi pun boleh patah. Walau diari tu tak selamat dan takde rahsia besar besar pun dan cuma ada lirik lagu dan gambar artis pujaan, tapi aku tetap simpan tak nak bagi sesiapa pun baca. Nama pun diari. 

Bila besar aku jumpa blog, macam diari. Segala isi hati kepada bf/gf ada dalam tu, kadang kadang aku pikir dorang ni tak terpikir ke orang geledah baca dan gelakkan dorang? Ibarat jumpa diari orang tak kenal dan belek baca. Diari tu bukan lagi diari. Maksudnya, bahan personal/ peribadi kau bukan lagi perbadi. Semua orang boleh tahu. Malu pada diri sendiri.


Meluahkan isi hati.

Setiap manusia ada rasa sayangnya. Nak luah isi hati pada pasangannya. Tidak salah. Bila curahkan isi hati kau pada orang tercinta secara detail di internet, secara sengaja atau tak sengaja famili bf/gf  boleh baca, jiran sekampung boleh tahu, semua orang boleh tahu dengan siapa kau bercinta . Menarik juga. Luahan inilah yang dikatakan luahan sebenar. Buat apa luah kalau orang tak tahu kan? 


Tingkatkan traffic.

Berduyun duyun stalker masuk blog adik adik. Terutama bf/gf adik orang gelemer. Traffic melonjak tinggi. Tak kurang juga yang membenci. Tahniah! adik berjaya kumpul trafic dengan bancian berguna. Eh silap, bencian.


Dia, aku punya.

Sebenarnya, adik adik nak tunjukkan bf/gf adik adalah kepunyaan adik kan. Tak salah. Tunjuk la. Orang lain takde bf/gf, hanya adik je ada. Setiap inci dari dia ceritalah. Tiap tutur katanya, adik bicarakanlah balik. Seronok tu seronok. Seronok untuk adik tapi annoying bagi orang lain.


Sorry, aku tak tujukan pada mana mana pasangan atau blog. Buat kakak abang yang dah kahwin, kemudian cerita pasal perkahwinan/ keluarga, seronok untuk baca tapi buat adik adik yang belum kahwin dan bercerita tentang pasangan gaya baru kahwin, terkedu akak baca. He he he..


"Kak Yuyu! Maria Elena dan Dato sweet apa". 

"Ya dik, sweet sebab dia tak cerita detail sangat."

Sorry lagi adik adik comelss, aku gunakan 'adik' sebab rasa kematangan asyik tayang pakwe/ makwe dalam blog adalah kurang. Senang cerita, " Tak matang la woiii duduk tayang bopren gaya kau nak kahwin esok hari".

"Eleh Yuyu! macam kau matang sangat!!!". 

Diam.


Aug 14, 2011

Isteri untuk kekasihku

Malam dingin je. Bulan seakan memandang aku sedang bergayut. Suara si dia sedikit sedap berbanding Jamal Abdillah tetapi tak sesedap Anuar Zain malam ini.

"You...". Si kacak perut boroi mula bersuara.

"Ye...". Lembut suara si gadis cantik cun comel kulit gebu lagi mulus.

"Bila you nak simpan rambut panjang...?"

"Dulu rambut I panjang tapi sebab terlambat jumpa You, dah jadi pendek.."

"Ala..."

"Yela yela, nanti I simpan rambut panjang.."

"Macam Lisa taw. Lisa suribani. Eh! Lisa Surihani."

"Bukan la You, macam Lisa Suri'hati' You. Tak pun Lisa Suri'honey' You."


*******


"You..semalam dengar berita tak ???"

"Apa???"

"Lisa Surihati you dah nak kahwin 2012"

"Hahahahahaha..."

"Kenapa you gelak???"

"Khabar angin je tu. Kah!! kah!! kah!!"

"You tak sedar ke, tak sempat Lisa kenal you tapi you dah ditinggalkan. You tak layak la untuk Lisa. You ni blablablabla..."

"Ermmmmmm. Takk pee lerrr ". Sebak suaranya.


**********
Situasi: Berdating

"Wahhhh!! Apa ni..?".

"Gambar gambar perempuan mirip Lisa."

"Nak I pilih untuk jadi Surirumah you ke?"

"Boleh juga."

"Kalau I pilih confirm ke dia sukakan you dan boleh pilih surirumah yang lain juga untuk you???"

".................."


Wahai lelaki lelaki kurang kacak dan bukan pengarah filem dan tidak memliliki KRU's studio sekalian, sedarlah!!! Kalau taknak sedar sila ke KB Mall cop tempat untuk bunuh diri.

Cepat cepat la Lisa kahwin dengan Yusry. Berkekalan hendaknya dan dapat anak kembar. Amin. Masa aminkan doa tu lama sikit. Moga makbul.



Kalau aku taruk gambo Lisa ramai lagi duk sambung angau, Jom tengok gambo Yusry ye abang abang frust. Handsome kan handsome kan???


BMW

Jujur. Aku pemalas. Baik segi mandi mahupun bangun tidur apatah lagi nak bergesel gesel dengan orang ramai di bazar ramadhooon. Malas.

Namun, hari ini aku rajin sedikit. Sedikit rajin. Aku ke bazaar ramadhan seksyen 20 Shah Alam. 

Hujan renyai renyai. Orang ramai berpusu pusu saling berlanggar payung sesama payung. Aku berpayung biru. Cantik payung macam pencurinya...Eh? Tidak tahu itu milik siapa. Yang pasti aku ambil depan pintu rumah. 

"Pongggggggg!!!". Bunyi hon.

Bingit bunyanya.

Semua mata tertumpu pada BMW yang masuk ke dalam bazaar. Aku memandang. Perempuan berkaca mata hitam. Disebelahnya mungkin suaminya. Gaya golongan elit macam dalam drama Melayu. Satu lorong dalam bazar beri laluan pada BMW putih tu.

"Aku rasa tak elok la bawa kereta masuk bazar tengah orang ramai. ". Bisik aku pada member sebelah sambil pandang kereta BMW memercik percikan hujan.

"Jangan kata dia nak beli ikut tingkap". Sambung aku lagi. Geram weh dengan orang berlagak.


"Jadah apa kau masuk lorong bazar tengah orang ramai? Hujan pulak tu. Kereta kau boleh muat 2 gerai. Agak agak la woiiii ". Hanya mampu maki dalam hati. Baik tak baik tak? Euwwww.



Ps: Walau pangkat kau tinggi mana pun, pandang la orang bawah. 

Aug 13, 2011

Kesian

Kah!!! kah!!! kah!!! Gelak guling guling.

Dengan ini, saya mengucapkan takhziah kepada rakan blogger yang selama ini bertungkus lumus ingin memenangi hati Cik Lisa Surihani. Mereka adalah tidak lain dan tidak bukan Hamzah ianFaiz Tapit dan Iqbal Hakimi dan ramai lagi. Tepukan gemuruh diberikan kepada....



Lisa Sughihani dan abang Yusry KRU. Korang memang sepadan. Cepat cepat la nikoh yek. 




Credit: Bulan purnama

Kalau boleh saya lebih sukakan Yusry dan Lisa kahwin awal, meh nak pilih tarikh sesuai meh. 13/8/2011 pun sesuai. Jangan tunggu lama lama. Ucapan kesian juga diberikan kepada seluruh lelaki yang gilakan Lisa. Tula,sebelum nak takel sepatutnya sediakan Lambogini 5 bijik, baru dapat. Ni duk post kat twitter,facebook Lisa. Sebelah mata pun Lisa tak pandang la.


Kah!!!Kah!!!Kahhhhhhhhh!!!!!!.


Rasa nak ketawa sampai tahun depan je. 

Aug 11, 2011

Perkara perlu tahu dan tak usah tahu.

Hai kawan kawan. 

Setiap hari ada je berita baru, dari cerita beli karipap sekilo sehinggalah cerita bla bla bla dihujung ceruk dunia. (Blablabla tu maksudnya malas aku nak mention apa). Semua cerita perlu tahu dan disebarkan ke?

Meh sini meh kita nak cakap. Duduk duduk duduk.

Perkara perlu tahu,

1. Orang sebangsa dan seagama kita ada lagi susah dikala ramadhooon menjelma dan raya bakal tiba. Sudah sedekahkan anda kepada mereka? Eh silap, sudahkah anda bersedekah kepada mereka? Sambil tunjukkan jari telunjuk gaya Ustazah blablabla tengah ceramah. Kali ni tak ada semput semput. Baru rasa semangat sikit nak menaip.

2. Ada musuh ketat Islam yang gelarkan dirinya Makcik Hajah kutuk dan hina Nabi kita Muhammad SAW. Bagaimana mahu jahanamkan/hapuskan/pulaukan/musnahkan dia? Sama sama kita pikirkan.



Usaha mencari identiti sebenar perempuan ahli sihir. Ni laporan polis Nor Arlene Tan aka Makcik Hajjah Terima kasih gaysac menyelongkar identiti makcik @#$%.

3. Sahabat dan saudara Islam kita di negara Arab yang sedang berjihad melawan musuh agama. Paling tidak, sudahkah kawan kawan tadahkan doa mohon kesejahteraan mereka?


Cukuplah 3 yang simple daripada korang sibuk nak tahu 'pasal perkara tak usah tahu'.



Perkara tak usah tahu,

1. Bila Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) betul betul putus dengan tunangnya?

2. Adakah KFCM benar benar curang?

3. Mengapa KFCM berbuat tindakan sebegitu?

4. Siapa lagi cantik bekas tunang KFCM atau kekasih gelapnya (kalau ada) ?

5. Apa nasihat perlu diberikan kepada tunang/ bekas tunang KFCM?

6. Agak agak KFCM boleh menganti Norman Hakim atau tidak?

7.Bekas tunang/ tunang KFCM boleh menyanyi dan buat album atau tidak seperti Ina Naim?

8.Rasa rasanya blog bekas tunang/ tunang KFCM lagi meletup bagai bubur lambuk panas panas selepas ini atau jatuh merudum sejuk membeku persis air.............(tergantung, tak ada idea)



Hainamasayarain.

Kesimpulannya, Sudah sudah la update pasal KFCM dan tunangnya itu dan ini. Biarlah mereka dengan kisah personal mereka.Tak perlu dijaja sana sini. Kbai. Assalamualaikum dan selamat berpuasa.


Aug 9, 2011

Selepas Hamzah Ian dan Aizul Marcello

Masa aku kecil, famili aku ada bela kucing jantan nama Ciko. Kami sama sama sambut time dia beranak. Betul, ni tak tipu. Tapi malangnya hidup tak seindah impian bila emak dan ayah mahu kami adik beradik pindah rumah baru, Ciko merajuk. Dia lari lari dan lari. Sehingga kini hilang tidak diketemui. Sobbsss.



*Gambar Ciko*



Sejak dari tu aku dah tak suka kucing. Tambah lagi kucing tak comel dan selekeh (Berlagak kau!). Walau Ciko kucing kampung, namun dia pandai berak dalam jamban dan halau ayam masuk rumah. Agak pandai macam aku. Eh?


Bila besar sikit aku jumpa orang nama Ciko. Hadoii. Okay selingan.


Bila aku lagi besar, aku jumpa kucing lagi dan lagi dan lagi comel dari Ciko. Biasanya aku tengok dekat blog Darkbatman je. Aku tengok pun sipi sipi je sebab selain Ciko, bagi aku semua kucing sama je walau comel orang lain kata. Ibarat baru frust putus cinta, kau tengok Aaroon Aziz depan mata pun kau masih terbayang ex kau macam ehem ehem. Taknak cakap.



Tiba tiba aku tengok beliau keluar lagi ke blog lucah Terbang tinggi tinggi. Tergamam. Sekali keluar di blog Aizul Marcello. Gigit jari tengok kucing pemes. Maka, selepas Photoshoot dengan Pen Merah, kami pun berbuka puasa la di rumah Darkbatman. Sambil menyelam minum dan teguk air. Teguk air Ribena terbatuk tengok Bella. Cantik,gebu,menawan....




Ini Bella. Ala, yang Hamzah Ian cium tu.


Namanya Hero. Suami si Bella. Serbaguna, boleh dijadikan karpet. Wohhh!!! Telah dipeluk oleh Aizul Marcello. Wahhhhhhhhh!!!! Maka, aku nak peluk lama lama. Hikkssss


Ololololor...come to momma sayang..Kau tengok, karpet tak karpet ???



Namanya Juliet. Nama manja Yuyet. Slim daripada yang lain, almaklom la tengah pantang beranak 6 orang anak, Meninggal 3. Tak sempat beraya. Sobbbs sobbbs sobbss



Disebalik tabir nak ambil gambar kucing Parsi milik Darkbatman. Susah juga. Macam pegang baby baru jumpa. Nasib baik dorang tak tahu menangis dan hentak kaki je. Kalau tak...


Tak keruan sejak dari berjumpa Hero, Bella dan Yuyet. Aku dah sukakan kucing. Tu baru 3 ekor, belum lagi Zuriat dan sanak sedara dorang ( kata ganti nama untuk binatang apa eh? dotang???).


Nak kenal lagi dotang ni, jom jenguk blog Dakbekmeng !!!!!!!!!. Tanda seru banyak ni tanda suruh pergi tengok.


Aug 8, 2011

Pertama di Pen Merah

Bulan puasa ni aku memang banyak kerja tapi buat buat takde kerja. Assignment menagih simpati minta disiapkan dan buku penuh atas meja perlu dihadap, tapi baru je semalam bantai pergi photoshoot ke Damansara Damai. Ngeh ngeh ngeh...Tak sedor diri. Eh! tiada kesedaran diri.


Walaweh, aku dijadikan eksperimental pertama untuk entry pertama blog personal pertama Pen merah . Boleh kata aku ni kesemuanya pertama la dalam blog Pen Merah.*Angkat kening tinggi tinggi lama lama *




Lama angkat kening kak. Sebelum berangan jadi model, meh kita touch up dulu.









Pesen suka dongak kasi cover anak lemak bawah dagu. Kalau guna perkataan dagu berlapis rasa nak puasa 2 bulan berturut turut pulak. Maka guna anak lemak bawah dagu. Lagi comel bila sebut. Anak lemak.


Kau nak nangis ke apa ??? Ke pelempang ???

 







Sekian. Pose ni namanya dilarang bercakap. Eh ???. Dah boleh jadi model dah. Model library.



Banyak cakap pula si pendek ni. Siapa sebenarnya Pen Merah woiii ??? Haaa...Kawan kawan sila la jenguk blog dia. Ada muka aku di entry pertama. Ulang lagi sekali, ada muka aku di entry pertamanya.


Posing punya posing, baru aku sedar, pakai baju terbalik rupanya. Lepas berbuka puasa baru timbul kesedaran. Malu oiiii. Tutup muka tutup muka.


Terima kasih Pen Merah!!!!*Kenyit mata *. Lain kali kita potosut terbalikkan baju lagi. Boleh guna baju sama banyak kali. Ngeeeee....

Aug 6, 2011

Sahur

Kalau tak sahur.Bila pukul 9 pagi tiba...



Tengok air masak pun serupa tengok lelaki idaman. Tak berkelip. Telan air liur. Fuhhh!!!


Selamat berpuasa !!!!

Perempuan perlu tahu pakai eyeshadow ?

Entry ni untuk perempuan saja.


Bila kerja banyak, assigment melimpah ruah minta siapkan cepat, aku pula ada idea melencong ke lain pulak. Melencong rasa nak make up. Walhal, tiap hari pandai pakai compact powder sama lip balm je ke kelas. Tak sedar diri ada hati nak bagi tutorial. Eleh.


Dengan menggunakan pilihan warna purple dan hitam (dalam petak ) daripada Melissa Saira Beauty, aku conteng conteng dan jadilah rupa dibawah.






Sila abaikan bahagian lain kerana aku hanya make up dibahagian mata. FOKUS MATA. Dongak sikit walau tudung senget benget kemek.




Sekarang kita mahu cerita bagaimana mendapat mata ada kaler purple sebegitu.Minta maaf gadis gadis comel, aku hanya pandai menggunakan paint untuk tunjuk cara memakai eyeshadow. Potoshop dan edit mengedit saya sangat fail . Nak ambil gambar, telefon aku rosak/kamera takde sd card dan blablabla.  Banyak alasan kau kan.



Sapukan warna paling asas sekali, [biru muda, purple muda dan segalanya muda muda muda]




Selepas sapu warna asas, sapukan warna sedikit gelap [2] dibahagian keluar mata (tengah ke luar mata). Sapukan warna sedikit lembut pada tengah kedalam mata [1].

sapukan warna hitam/gelap pada hujung kelopak mata sampai ke tengah.Kasi shading/bayang bayang.



 Dot purple tu menandakan warna purple yang ditambah pada bahagian dioles warna hitam tadi.

Akhir sekali lukis mata menggunakan eyeliner. Nak melentikkan lagi mata, gunakanlah maskara. Sebenarnya nak menambah kegojesan mata adalah guna bulu mata palsu tapi aku tak reti nak guna dan tak pernah try. Hik hik hik.



Selamat mencuba!!! Boleh try dipagi raya.



Ps: Entry ni ditujukan khas buat roomate kesayangan yang telah berada jauh dimata kini. Wahhhh!!!!


Aug 3, 2011

Kucing macho

Matahari semakin galak menyinari menandakan aku bangun awal pagi hari ini. Sehari sebelum puasa biasalah nak juga pandang kampung halaman, jenguk jiran tetangga dan makan durian seulas dua. Maka, aku cuti sesuka hati selama 4 hari tak ke kelas.


Dipendekkan cerita anak sedara aku yang sulung, Aleesya ketuk ketuk kepala aku awal pagi la sangat suruh aku bangun. Baru 2 tahun budaknya. Comel macam aku juga. Ehem ehem. 


" Yu, bek bor..bek bor yu" Dia menuding handphone aku sambil sengih gigi jarangnya dan buat tanda 'peace'.


"Oh, nak Cik Yu tangkap gambor ??? Okey, 1,2,3. dah! ". Aku kemudian tarik laptop dan tekan butang on. Layan komen facebook sekeping dua. 



pis pis pis...
(gambar blur macam belog aku jugak)



*********



Masa makan pagi pun tiba , aku bancuh milo. Aleesya berdiri atas tin biskut beriya nak tengok aku bancuh milo. Well, bukan senang nak tengok mak saudara dia bekerja keras membanting tulang di dapur .


Aku bukak pintu dapur seluasnya kasi jiran nampak anak Pak Musa jauh dari KL ni dah balik kampung, Tin biskut Aleesya pijak tadi aku tarik slow slow dan bukak.



"Acha ,jom makan meh, nak biskut kaler apa ???? ". Cara nak takel budak budak makan adalah dengan warna. Warna yang menarik akan menarik minat budak budak. 



"Ni..." Dia ambil biskut kaler hitam jenama apa entah dalam tin biskut. Tak pandai memilih warna rupanya. 



"Cha makan eh. Bukak baju tu. Satgi tumpah milo, kotor la baju." Perlahan dan ayunya aku bukak butang baju Aleesya. Time ni aku rasa macam sifat keibuan tu sangat menyerlah la. Kalau bakal mak mentua tengok confirm terus masuk meminang. 



Tengah syok biskut ke dua nak masuk ke mulut Aleesya dan air milo penuh tumpah ke peha aku gara gara Aleesya tumpahkan sebentar tadi tiba tiba..



"Yuuuu..pe cing ngok cha???". Aleesya cuba bunyikan sesuatu. Nak bercakap dengan aku tapi aku tak paham langsung.



"Hahh???"


"Yuuu...pe cing ngok cha..cing ngokkk cha tuuuuu". Dia menjerit. Aku dengar serupa bahasa siam dah.



"Cik Yu dop paham la cha (Translate : Cik Yu tak paham la Aleeysa.)"



Muka dia berkerut je. Aku pandang pun lain semacam. Kenapa budak ni makin besar makin pelat ni. Hadoiii.



"Cing ngok cha tuuuuuuuuu". Yang aku paham 'tuuuuuuuuu' je sebab mulut dia terjuih lebih bila sebut ' tuuuuuuu'.


"Cha...makan la..."


"Tuuuuuu..Cing ngok chaaaa ". Kali ni suara ni mendatar sikit. Ada riak sedih. Lenguh mulut kot menjerit tadi. 


Mak aku yang tengah potong sayur bayam gelak dan jawab


" Dia kata...bakpe kucing tengok dia.( translate : kenapa kucing tengok Aleesya)"


Aku pusing ke belakang. Rupanya ada kucing hitam dekat pintu dapur berdiri macam nak cari gaduh je. Dia pandang Aleesya. Aleesya takut gamaknya. Nama pun budak kan, kucing tengok pun dia hairan. Aku rasa kucing terliur tengok biskut dengan air milo tu je sebab tu mata bersinar je pandang arah anak buah aku . Kucing terliur??? pelik sangat aih bunyinya. Tapi terliur gara gara tu air milo aku buat sangat tak pelik. Kan bakal mak mentua kan ? Eh??




Apehal kau tengok anak buah aku serupa perogol bersiri??? Mau tendangan maut apa ?



**********


Malam tiba...


"Yu, bek bor bek bor..."


Memperkenalkan model tudung kita sempena raya bakal menjelma.




"Okey acha,sekarang buat 'peace pissssssss'....Haaaa pandaiiiiii"

*tepuk tangan*


Acha: Aleesya
Cik yu: panggilan Aleesya kepada aku.Ngeh3



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...