Jan 31, 2011

welcome back!!!

tatap la korang semua sampai muntah yek.seminggu lebih gua tak hupdate belog weh.perghhh!!!perghhhh!!!
banyak aktiviti sepanjang minggu ni..tengok!!banyak tangan edit saya punya shawl..

so banyak tangan jugak la perlu digunakan untuk ubahsuai belog ni.

tunggu...
mungkin jadi macam ni...

oh tidak!!

macam ni kot?

cepat lariiiiiiiiiiiiiiii!!!


belog ni dalam proses siapkan header.
tukar domain baru.
nama belog 

so korang dari sahabat blogger yang tiba tiba masuk belog ni nampak macam serabut.
maaf yek..keh keh keh..

ps:seminggu tak menaip.bila taip ntah pape plak minah nih kan...



Jan 22, 2011

budak belum baligh bagai kacang lupakan kulit.

suatu malam..

gua teman kawan ke food court dekat Delta hostel.ala Delta hostel,tempat gua tidur malam malam tu.

anak tokey foodcourt main basikal.budak lelaki kecik lagi.sekolah pun belum.belum lagi pergi sekolah.basikal baru beli gamaknya.plastik tak bukak lagi.




lebih kurang macam ni la ghupenye beskal tuh.


macam ni ghupe bagi beskal feeling anak orang kaya,ada "chopper" tuh.


yang ni tak payah feeling anak orang kaya la.aku tengok pun rasa macam hebat giler dah.kaya bebenor bapaknya kalu beli beskal ghupe ni.kau ada?takde kan?aku pun seram nak naik.tak tahu nak naik kot mana.
sekali naik terus pengsan sebab teruja.



si abang sudah buat berapa pusingan dah.si adik masih lagi statik.kakinya kayuh basikal ke belakang.mana tak gigit jari cik melah oii.geram ni geram.*tiba tiba emo.pekajadahnya kan?


"meh sini lu budak gua ajar kayuh basikal.buat rugi jer bapak lu beli beskal tapi tak reti kayuh.".kata hati gua.



"adik,meh sini akak ajar naik basikal."ni ayat dari bibir mungil I.sila baca dalam nada lembut pliss..

budak tu gua ajar bawak basikal.abangnya yang tua setahun dua dari dia tiba tiba rampas basikal tu dari dia.jeles la tu kan aku  tak ajar kau kan?.gaya I mengajar persis wanita diatas okay.

kemudian yang kecik tu naik basikal abang.I pun terus la pegang kakinya suruh kayuh kedepan.sampai sudah tak bergerak basikal tu kecuali I kayuh guna tangan I nyah...


order sudah siap.waktu gua perlu blah.babai kecik.esok akak datang lagi yek.

memang keesokkan gua datang lagi....

adik...meh sini kat akak.mana basikal?

kau tahu sampai sudah dia lupa aku yang ajar dia semalam...bagai kacang lupakan kulit...



"takpe la dik kau tak ingat aku.lagipun basikal kau sekrang dah canggih.tak macam akak punya macam gambar ni.ni la basikal akak dulu dulu kalau kau nak tahu.simple je kan..huk huk.puas akak cari dalam album lama lama,jumpa jugak akhirnya"

gambar belas ehsan encik google.
chow....

Jan 17, 2011

adat.tradisi.bikini.

Pagi itu ada subjek Pendidikan Jasmani(PJ).adat budak sekolah rendah beratur di luar kelas mengaminkan doa pagi.lepas tu kelas aku bergabung dengan kelas satu lagi ke padang sekolah.cikgu PJ menunggu.


adat ibu beli baju,seluar macam macam lagi yang sama dengan abang.sampai sekarang baju kurung untuk raya pertama adalah sama dengan baju ibu.yang lelaki pula baju melayu satu kaler.satu famili sedondon.izinkan aku,ijinkan aku gunakan guwa.keh keh keh...


disebabkan adat, maka ibu beli seluar track gua dan abang adalah sama.cuma dia punya saiz besar.saiz apakah?saiz seluar la ngek.hari yang cerah itu gua memakai seluar track hitam itu.

seorang budak lelaki kelas sebelah yang bergabung dengan kelas aku untuk PJ gelak gelak dan bisik bisik dengan kawannya sambil pandang gua.nak kata gua cun masa tu,tak jugak.comel tu tak dinafikan la.ohh sebab tu kot dia pandang.gua berjalan ke depan sebab tak selesa dengan pemandangan 2 ekor lelaki tersebut.grrrr...

seluar track gua mencecah ke lantai.puas gua tarik dan lipat  hingga atas pusat,masih lagi mahu mencecah ke bumi.apakejadahnya degil sangat seluar hitam ni?

Sah!!!gua silap pakai seluar abang.cilabai.

balik di rumah abang membebel sorang sorang.turn dia PJ esok.gua takut .dia memang macam hantu.tapi apakan daya manalah gua perasan tu seluar dia.

nasib baik abang itu lelaki,kalau perempuan mungkin bikini kami pun sama.bikini?oh tidak mungkin,memang gua iras iras dia tapi gua sopan kot.lagipun nak ke Bali gua tak mampu lah.


selingan...

sedaya upaya memasuki stokin hingga ke paras pusat.mangsanya redha je.

oh hampir berjaya,beginilah gaya gua sepoloh tahun lepas taknak kasi seluar track hitam tu londeh.

wah hasilnya.lihatlah gaya aleesya.pasrah.abaikan kesepahan dibelakang.

ps:mungkin adat segalanya sedondon/sama ini akan diperturunkan kepada anak cicit gua akan datang.tradisi kot.keh keh keh...

SAYAP PATAH

Menjadi perempuan cepat bosan amatlah bosan.semalam gua beriya riya tukar nama belog ke KIPAS ANGIN.kasi sejuk sikit.hari ni sejuk jugak sebab guwa belum lagi tukar nama belog ke SAYAP PATAH.apa kejadahnya asyik nak tukar tukarnya hah minah cantek,slim,cun?


hidup di zaman kejatuhan juga ibarat perlu memakai topeng SK11 sentiasa kerana malu teramat sangat.kejatuhan disini bukanlah bererti bagai jatuh empayar bla bla bla.(lupa empayar apa).kejatuhah guwa adalah jatuh merudumnya result midsem guwa baru baru ini.shit.apa bodohnya ntah minah cute,comel ,gebu ini?


sumpah guwa tak tipu.kalau dulu guwa bangun pagi nak ke kelas guwa terpikirkan nak gayakan tudung ala ala MAYSAA ke ala ala YUNA atau ala ala WARDINA SAFFIYAH?.kini tidak lagi.celik mata guwa pikirkan HEMATOLOGI.nak masuk toilet terlintas pula BIOKIMIA.nak cangkung atas mangkuk jamban pun seakan terdengar suara suara memanggil PARASIT.(jika watak dan subjek diatas anda tidak paham,abaikan perenggan ini.)

hana tajima dan yunalis zarai


gaya study guwa perlu berubah kembali kepada first semester.guwa nekad.tidak tipu.guwa nak fight.buku itu guwa.guwa hidup dalam buku.amacam???


ps:GUA PERLU SETITIS AIRMATA UNTUK SEJUTA SENYUMAN.semoga lecturer guwa ada jugak sorang dua baca entry ni dan menetes airmata dengan keazaman guwa.kalau takde,guwa rasa.....rasa oren...

Jan 16, 2011

KIPAS ANGIN

Kipas angin.Gua harap harap nama baru belog guwa ni kasi ong la kat guwa.keh keh keh..

guwa fed up la yang blogwalking asyik ingat ni belog lelaki.dah terpampang BUKAN LELAKI.kenapa masih lagi dipersoalkan?guwa malas la menjawab.arghhh tacing.nampak sangat blogwalking tanpa baca isi kandungan belog guwa.takpe takpe.guwa tak marah der.*tunduk sambil mengumpul hingus dihujung bulu hidung.


kipas angin ni guwa harap kasi sejuk la sikit bila guwa menulis dan lu olls membaca.ibarat angin palsu menyejukkan korang.erk?apa kejadahnya.keh keh keh..


oh lupa,lu olls boleh jer nak ping entry baru kat guwa punya fanpage.tak kesah.kita kawan.


guwa nak perbaharui blog ni dari semasa ke semasa.salah silap lu tunjukkan jangan jolokkan.okay babai.assalamualaikum.chow.






Jan 15, 2011

telinga lintah

Karim membonceng motosikalnya dengan laju.sampai di rumah Osman.rumah kampung berumput karpet.


"Man oh Osman".Jerit Karim.


"ada apa ni karim?.

Osman membetulkan kain pelikat yang dipakainya diselangi bunyi tapak kakinya bising memijak setiap anak tangga rumahnya.kopiahnya yang senget dibetulkan.


"anak si Melah yang cantik tu ditangkap basah bersama anak kamu si Rahim.ni aku nak datang bagi information la sebelum orang kampung heboh berita ni."

Perlahan suara karim menyampaikan berita.sementara itu,jari telunjuk Osman ditunjuk menegak kebibirnya agar perbualannya menjadi rahsia daripada isterinya,Limah.Limah ada sakit jantung.Risau agaknya jika terdengar bininya itu.

"apa????Rahim kena tangkap basah".

Limah yang asalnya berada didapur tiba tiba menyampuk perbualan kedua dua lelaki berumur itu.



moral of the story:

dalam drama atau kebanyakkan cerita melayu.yang duk beribu batu pun tiba tiba boleh muncul dan  menyampuk konon konon terdengar perbualan..apa kejadahnya?


ps:aku hangin dua tiga menjak ni layan cerita melayu yang patern lagu ni.haiya..








Jan 11, 2011

impian tercapai.segalanya mudah dengan ASTRO PVR.

tahun 1996

"kau tak boleh tengok tv.malam ni giliran aku.kau pergi main jauh jauh".sambil mengesat airmata aku mengalah kepada abang nak tengok channel pilihannya.cish.
mata kegembiraannya menjadi duri tajam buatku.


tahun 1999

"ala cikgu janganlah buat kelas tambahan hari sabtu.kami nak tengok Dragon ball hujung minggu"
sekelas menjerit membantah kelas tambahan dilakukan pada hujung minggu.masing masing muka berkaca kaca.alamak rugi lah tak dapat tengok Goku lawan .rugi rugi rugi.terus satu kelas ponteng.




tahun 2011

"kau record dulu channel mana kau nak.tapi remote control kasi kat abang dulu".dengar dapat record channel tu sejuk sikit hati.kegembiraanku terpancar.paling tidak masa iklan nanti boleh play cerita aku nak tengok sambil abang ke toilet.kan??


besar sikit berebut channel dengan ayah sebab nak tengok Anugerah Juara Lagu tapi ayah nak tengok bola kat  Astro Arena.mak pula nak tengok chefwan masak kat channel AFC .adik sibuk nak tengok kartun siang malam.ishhh tak boleh.guwa nak menang jugak!!!!




jangan risau!jangan bimbang kalau tak dapat jadi juara siapa menang osum dan dapat control remote.tak perlu juga nak tambah satu dan banyak lagi dekoder.cukup satu.cukup okay.hanya perlu tukar kepada Astro B.yond Personal Video Recorder (PVR) jer.kan mudah?


apa itu PVR?
dengan menukarkan dekoder anda kepada dekoder ASTRO PVR,anda boleh kasi skrin tv anda lagi jelas dan terang .so,bagi yang flat skrin 49inci seperti diatas,tiada masalah gambar pecah pecah dan kabur lagi.tiada blur blur lagi.boleh tengok tanpa kemutkan mata gitu sebab sangat jelas.lagi pun kalau ada kilat,hujan....anda masih lagi boleh tersenyum sambil menonton.


apa yang luar biasa ni pasal PVR ni?
meh sini meh sini nak habaq maiii...



sekarang ni satu famili boleh jadi pilih mana channel yang masing masing suka dan cuma RECORD,PAUSE,REWIND,PLAY.pilih pilih ye adik kakak abang ayah emakkk nak channel mana!!!
boleh extra 2 channel nak rekod dalam masa yang sama.kalau nak rekod iklan pun boleh.
tapi disebabkan kegilaan terhadap Yuna,maka guwa nak rekod yuna perform untuk AJL25.masa iklan jer,play semula.so,tiada masa untuk iklan lagi.keh keh keh...



masa terluang boleh lah mengadap TV dengan keluarga atau rakan rakan  sambil tekan butang play atau rekod sesuka hati.nak tengok iklan jer dan taknak tengok cerita pun boleh.sesuka hati bapak tiri laki mak korang la.boleh boleh boleh....


apa lagi.segerakanlah tukar kepada ASTRO PVR.macam macam lagi ada dan ada!!!
satu famili senyum.apatah lagi semasa cuti kan.kalau dapat cuti ke SUTERA HARBOUR KE KOTA KINABALU best jugak kan sambil rekod cerita menggunakan ASTRO PVR .selepas siap berskuba boleh pula play yang direkodkan tu.wahhhhhh seronokkk!!!*satu famili menjerit.

satu lagi!!!
jangan lupa keSINI.
leapas tu klik LIKE disini.
dan......tweet disini....

TERIMA KASIH...















Jan 10, 2011

GEBU

mak ayah tengah tunggu guwa sebab takde orang nak tolong guwa bank in kan duit untuk duit uniform guwa ke account kawan guwa.ok nokhtah.

dibilik air
"oiitt mana satu berus gigi aku?",sambil garu kepala.

"ohh kat toilet satu lagi kot".ngomel guwa sorang sorang.

"mana satu ni?"guwa terpinga pinga.lupa ingatan berus gigi guwa mana satu.4 hari guwa dirumah.hari keempat guwa lupa berus gigi mana satu.

guwa senyum,sambil tangan ambil berus gigi yang paling cantik dan gebu.tentu gigi guwa suka.


guwa keluar bilik air
"arghh pedulik aku siapa punya berus gigi tuh.janji cantik."

guwa sarung baju.masuk kereta.ayah meluncur laju dan tinggalkan guwa di CIMB bank.
balik dari CIMB bank.guwa pekana Drumstik.kasi ada taik gigi dua tiga ketul.


saya blogger daripada TERENGGANU

Assalamualaikum..
cait.ini hari terakhir untuk berkenal kenalan antara blogger disini.guwa bukan orang Shah alam okeh.guwa orang Terengganu.terengganu kite lah.keh keh keh...

sesiapa terklik link daripada blog pilihan malaysia dan kemudian ke sini,salam kunjungan kawan!!
mung sume boleh panggil aku yuyu.boleh kan aku bahasakan loghat negeri sendiri?kang ade hok dok caye plop kang aku orang terengganu.

oh terengganu katne?
kat kuala terengganu jer...masa kecik kecik dulu aku duduk kat Chabang tiga.jalan kaki boleh sampai bandar Kt tapi sekarang ikut famili pindah ke area area Manir.jauh sikit la nak ke bandar Kt tapi dalam KT lagi lah.haha.

oh nak berhubung?
boleh boleh boleh..boleh add aku kat fesbuk.lepas tu jangan la gatal gatal pergi tanya hai boleh tak nak berkenalan..aku kompem kompem belok mu kekgi.percaye lah.hehe

menariknyer kat kampung aku ni ade sungai Nerus dengan ada Golpis(goreng pisang).
yang selebihnya aku kena berguru dengan tok penghulu dulu tanya sikit sebanyak..
okeh slamat kenal orang ganu kite!!!

anugerah juara lagu 25

tepat 12.15tengahmalam telefon berbunyi.daripada akak nun jauh di sarawak.
nak angkat ke tak.angkat ke tak.mood guwa down ni.tekak yang memang sakit jadi lagi sakit jerit YUNA tadi bila cheryl cakap komposer,penulis skrip,penyanyi orang yang sama.shit!ana rafalli pula dorang sebut.

yuna first performance,guwa dah cuak.
semua suara suara bising ahli famili guwa kasi senyap.
bagi sound sistem tv okay.kasi jelas jer telinga guwa yang ada sound trouble sikit sebanyak dua tiga hari ni.
yuna!!!wake up!!!you patut nyanyi macam separuh akhir hari tu,meremang buluroma aii taw tapi malam ni...kenapa mendatar?tapi best part last tuh...mungkin you perform terlalu awal,juri baru nak  panaskan telinga...belum bersedia sepenuhnya tuh.tak puas hati aii.takpe la,next year you try lagu lagi sempurna okay!leibiu...aii sakit telinga,aii tidur dulu kak yunalis..

effry,you jangan tengok aii macam tuh..fuhhh...

sambung cerita..guwa angkat phone jawab dua tiga patah perkataan lepastu letak phone.

ps:esok jangan tanya kenapa aku tak datang kelas.mogok.boikot.grrrr

Jan 3, 2011

darjah satu.sekarang kau gelak orang,dulu kau menangis ke tak?

semalam tengok berita kat tv3 budak darjah satu masuk sekolah.kalau yang manja sikit duk menangis la.yang rasa hebat pula sibuk nak cari musuh.sibuk je nak buli anak orang.yang perempuan pula seminggu sebelum kelas dah suruh mak beli kepit rambut baru.aku darjah satu dulu sekolah belakang rumah je.pergi dengan kakak yang darjah enam jalan kaki.sampai sekolah hari pertama aku happy lagi tapi masih menunggu bila nak balik.aku happy sebab kawan tadika ada sorang dua yang sekelas.takde la keseorangan.


balik rumah cerita kat ibu tercinta pasal sekolah siang tadi.tak sabar pula nak pergi sekolah keesokkan harinya.bangun pagi pagi sejuk teramat tapi masa tu guwa mandi beb.terketar ketar salam mak salam bapak.jalan kedek kedek ke sekolah.sampai sekolah aku tengok ramai budak nangis,budak semalam lagi menangis.aku pun berlari lari anak ke kelas kakak.tempoh nak cari kelas tu lama juga sampai la jumpa kawan kakak.kemudian,kakak aku gabra terus pergi cari aku.

"nak balik....".

apa punya bengong la aku terpengaruh dengan budak budak manja yang taknak pergi sekolah.tapi hari tu aku nangis.esok nangis kejap kejap je..keh keh keh..


masuk darjah tiga pula adik lelaki aku darjah satu.tiap hari mak  kena temankan dia sampai tengahari di Sekolah rendah.apa lemah sangat entah adik aku ni sampai nak tatap muka mak aku je memanjang.tak sunat lagi kot masa tu.sebab tu la kena buli.taknak pergi sekolah.yang penting dia kena buli jiran sebelah rumah.lelaki sama lelaki,gaduh jela tapi taknak gaduh,nak juga kau mengalah ye dik.pelik bebenor bunyinya aku panggil dia "dik".keh keh keh...



setiap hari mak aku kasi 5 ringgit kat cikgu suruh adik aku diam duk tempat jangan intai mak kat luar.balik ke rumah dia sibuk bercerita cikgu baik hati kasi dia duit padahal tu duit mak aku.ciss.sampai satu masa kami terpaksa pindah sekolah dan adik aku jauh dari pembuli.keh keh keh.dari situ mak aku kasi bola kat dia.jadi la dia wakil sekolah.wakil negeri dan sekarang pemain bola negeri Terengganu.aku pula masa sengket minta duit dari dia.hah!kantoi.ala baju sehelai dua takkan tak boleh kot dik.kata adik beradik.



ps:aku nak anak aku jadi jaguh badminton ganti Misbun.kesian orang tv duk pujuk dato Misbun.








Jan 1, 2011

hanya satu.satu lagi.satu.

entry kedua tahun 2011.ececey,rasa bangga update 2 kali sehari.ececey.rasa nak muntah tengok buku.tengok paper past year.muntah.muntah.muntah.petang di Shah Alam waktu ni sejuk.hujan.siapa pergi ICITY semalam sambut new year angkat tangan?ececey.takde kan?*tak puas hati aku kau boleh pergi tapi aku tak.


hari ni birthday adik aku tapi kakaknya yang gatal edit setting dekat facebook birthdaynya hari ini.oh yeah!
alin,happy birthday,nak hadiah apa?apa?laptop sebijik?oh boleh sangat la tuh.memang dari kecik lagi cita cita aku nak kasi laptop sebijik kat adik aku even aku student yang makan nasi lemak kukus hari hari.dapat makan nasi lemak tiga ringgit lima posen tu kira kaya la tuh.kan...keh keh keh...


zul afif a.k.a pendek,aku sengaja taruk muka kau atas sekali.untuk ketiga tiga birthday aku,kau tak lupa pun contengkan wall aku.tahniah!hebat!oh satu lagi.dia single.cepat cepat ngorat okay.


tak muntah pula hari ni sebab buku parasitology aku pun aku lupa taruk kat mana.isnin ni last paper.BERJUMPA LAGI KITA WAHAI DEWAN SESEJUK NEW YORK CITY.
oh sesiapa yang dari belog dan add aku kat facebook tapi tak appove2 dari zaman tok nadok lagi,sila PM kat inbox.sorry.hehehe..peace!!!


satu haribulan satu dua puluh satu satu!!!
satu lagi paper perlu guwa ngadap!!!
satu minggu lagi untuk guwa pulang ke kampung!!!
satu bulan lagi untuk guwa menang pencarian 90 hari mencari dot dot dot.jangan tanya dot dot dot itu apa.
satu satu satu!!guwa mencari satu nama untuk tukar nama belog ni.ada idea?satu jer..




2010.kau perlu belajar dari setitik airmata

januari 2010.

saat diri ini dilanda macam macam masalah.aku sangat lemah.menangis tu teman.sebak itu jiran.kadangkala tanpa arah tujuan.sejadah aku sujudkan.dari situ aku mula kenal ujian dari pencipta.bahawa hidup aku masih ada peluang.peluang bagi mengubah persepsi aku pada orang.pada dia tersayang.

air mata dititikkan ketika ini.bukan bererti lemah tapi disini la titik kegembiraan aku.

aku masih mengenang dunia lama.2010.sayang itu boleh hilang.percaya la kata kata aku.cuma kau mahu atau tidak.siapa dia untuk kau cinta lebih lebih?dia siapa untuk kau sanjung yang pertama dihati?dia hanya orang biasa yang hanya reti melukakan hati dan jiwa kau saja.percaya lah.ini hidup.kehidupan. KAU HANYA PERLU PERCAYAKAN DIRI SENDIRI.kau tahu bila diri kau berubah tapi pernahkah tahu bila detik orang kau percaya itu berubah?tidak!


pertengahan 2010

masa ini aku mampu senyum.tapi jiwa aku serabut.tiap minggu aku pulang ke kampung.mencari ketenangan.peluk mak.peluk ayah.mereka paham.duit banyak dihabiskan untuk aku.tapi mereka tidak pernah mengeluh.ikhtiar mereka jadi kekuatan aku.serik itu masih tebal.jangan berbangga tentang cinta padaku jika kau tidak pernah merasa kekejaman disitu.


akhir 2010

ikhtiar ayah bonda menjadi doa.doa itu dikabulkannya.tapi aku lupa.
sujud syukur aku dimana?dimana sejadah aku?.aku lupa.subuh aku dimana?zohor aku bersama asar.magrib aku dihujung usia.isya aku hanya dalam mimpi.tolong ingatkan aku tentang dosa.tolong pujuk aku tentang besarnya pahala.biarkan orang lain.dia adalah dia.kau adalah kau...ampunkan aku tuhan.hari ini baru aku sedar tentang ujian,tentang nikmat.perihal leka.ampunkan aku tuhan...


selamat tahun baru 2011.semoga ia datang bersama cahaya.diakhiri bersama sinar.ujian adalah untuk mematangkan.ujian untuk kau kenal siapa diri kau dengan DIA.ujian untuk kau tabah bukan melemahkan kau.disaat ujian melanda itu,DIA sedang bercakap dan mengajar dengan kau tentang erti mengapa kau dicampakkan ke dunia ini.DIA ajar kau berfikir apakah?siapakah?bilakah?dimanakah?bilakah?...

jangan kau EGO denganNYA sedangkan KAU TENGAH MENUMPANG DENGAN SEGALA MILIKNYA...KAU HANYA SEKERDIL ZARAH YANG BERLAGAK HEBAT..padahal kau lah yang hina lagi dina...itulah aku dikala lupa.


1 januari 2011,
salam sayang,
nurul jannah musa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...