Jun 15, 2011

Ayat Sentap Masa Depan Jiwa Raga

Dalam dunia ni orang kata takleh lawan cakap orang tua, cikgu. Nanti tak berkat. Haaa giteew. Lagi bertambah kurang (tambah, kemudian kurang?) keberkatan tu lagi bila kena sumpah maki seranah mencarut oleh mereka. Tudia...


Lagi satu jangan buat salah dengan orang, nanti orang tu sumpah kau. Tak pasal pasal hidup kau merana. Nauzubillah.


Contoh 1

Dalam kelas. Sebelum quiz bermula..Ayat macam dalam skrip buat drama la pulak.


Cikgu masakini.


" Saya nak bagi awak quiz. So, sila jarakkan meja anda!! Siapa meniru  SAYA TAK HALALKAN ILMU SAYA DAN FAILED EXAM NI!!!!!!!!!!!!!!!!!". Jerit lecturer aku. Tanda seru perlu banyak tanda marah bebenor.

Tengah buat quiz tu pen aku jatuh. Aku tunduk nak ambil (gaya perlahan takut bising), tiba tiba mata tak pejam lalu nampak la jawapan best student 4 flat tiap sem duduk sebelah aku. Jawapan dia banyak beza dengan aku. Kalau kau jadi aku, ubah tak jawapan tu???heeeeee.. Kalau aku jadi aku , aku ubah. Kira meniru la nih? Habis la....Failed la aku..*muka terus pucat.




*****************


Contoh 2

Dalam rumah. Bersama orang tua tua.


Contoh orang tua 


"Mak nak kau kahwin dengan sepupu kau jugak. Kalau kau kahwin dengan orang lain mak tak halalkan makan minum kau dan segala mak telah belanjakan untuk kau dari kecil sampai la ni..!!!!". Jerit emak.

"Ayah setuju. Kalau kau kahwin dengan sepupu kau tu blablablabla....." Sampuk ayah.

Tup tup tup...Kahwin juga tapi dengan orang lain. Maka tak halal la segala makan minum kau, duit belanja kau sebelum ni, tiap titik susu mak engkau mak yang engkau minum. Sadis sadis. 

Perlu ke sumpah seranah macam tu? kalau dah jodoh? Ragam orang melayu kan, nak ikut kehendak dia, kasi warning dengan carutan sumpah dulu. Macam zaman mahsuri tak pernah hilang la pula. Eh kaitan???



***************

Kalau la Bush, Tony Blair semua tu keturunan Melayu/ jawa/ kepulauan melayu. Aku rasa tak sempat nak menyerang negara Islam lagi dah takut terketar ketar.


"Kau bush kalau bom Afghanistan !!!! seluruh keturunan kau aku sumpah jadi beruk!!!! "


Tengok. Termenung tak sudah.


"Kau blair, kalau kau bunuh orang Palestin, aku sumpah kau dengan keturunan kau serta seluruh rakyat kau mandul. Tak beranak kang!!!! Aku sumpah ni, Sumpah!!!"


"Jangan la jangan la."

Sumpah seranah mencarut ni dah jadi sebahagian hidup orang melayu kan. Ce tukar jadi lain. Jadi puji pujian ke. Orang kita tak suka di carut tapi suka dipuji walau tak ikhlas. Dibodek suka la. Kan??? 

" Kalau awak meniru time exam/ quiz, awak jadi cantik dan hansome bergaya segak rupawan semuanya , yang lelaki macam Atan dan perempuan macam Nora !!!!!"

Walau tanda seru banyak tanda tegas namun tetap buat kita tersengih kan ??? Macam tula baru harmoni.



Sekian saja bebelan tak berasas saya kali ini. Babai...

kredit gambo : Google.


13 comments:

sarah mohamad said...

hahaha. kalau meniru jadik macam nora semua nak tiruuuu jek :D

Faiz Tapit said...

bru smlam mniru kuiz dgn spnuh hati. hik3

eZmALiZa said...

bahaya gile soal pengharaman dan sumpah menyumpah nie kan..kite bukan TUHAN nak mengadili sesuatu kejadian tu...kalau dah takdir, takkan nak halang kan? :D

tapi entry ni kelakar la yuyu comel. :)

Namee Roslan said...

hahah. ketawa i baca. tapi kan...kalau mak ayah yg suka sumpah seranah..dia bukan ibu sejati. so sumpah nya takkan terjadi pun. lain lah kalau mak tu betul2 mithali..n anak dia derhaka gila2..then sumpah tu menjadi dengan keizinan Allah :)

tp kalau macam rosnah mat aris..tak tau lah plak. ngehehehehe

budaksetan said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHA
aku gelak sebab gambar rosnah mat aris XD

hamzah ian said...

hahaha

Unknown said...

kalau yg main sumpah2 tu dah biase dh, tp meniru jugak -_-

Yuyu said...

@sarah:taw xpe..hahah

@faiz:baru minggu lepas tertiru orang sebelah sepuas hati


@ezmaliza:yup betul.bab sumpah seranah jgn la dijadikan hobi..

fat said...

harharhar. kelakar la. kalau lec sumpah dpt laki mcm atan kan bes heehehe

Alahai mak. Meh nak pelok cium sikit.

fat said...

harharhar. kelakar la. kalau lec sumpah dpt laki mcm atan kan bes heehehe

Alahai mak. Meh nak pelok cium sikit.

Sumijelly said...

penat baca bebelan yuyu samai habis.....hahahaha

Sumijelly.com

Sumijelly said...

penat baca bebelan yuyu sampai habis.....hahahaha


Sumijelly.com

Raden said...

sumpah dorng jadik sesumpah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...