Apr 30, 2011

Kakak penyayang dan Adik Budiman




perjalanan aku balik ke kampung.lupa pulak nak kalerkan kereta.haiyaaa.


minggu lepas aku balik kampung 2 hari.bayangkan balik ke terengganu 2 hari,memang la hidup aku dalam kereta je.tapi aku puas.terima kasih kakak tumpangkan saya.lain kali boleh tumpangkan lagi.keh keh keh.


dalam 2 hari tu hanya 4 jam je aku sempat tatap muka mak aku.masa selebihnya aku bersantai atas jalan raya dan cukupkan waktu tidur.petua nak cantik perlu cukupkan tidur.tips tu tips..


dalam 2 hari tu,aku rasa seperti seorang bussiness women yang sangat sibuk.yela,kena gunakan masa secukupnya selain tidur.bukan senang dapat balik kg.kesibukan aku kehulu ke hilir sampai lupa adik perempuan aku dah 12 tahun.tahun ni dia ambil UPSR.kejapnya masa berlalu,seingat aku baru lagi aku ajar dia bercakap panggil 'kak yu'.penyayang juga aku ni ajar adik bercakap.


aku ter-sedar dia darjah 6 pun sebab tengah kemas barang nak balik shah alam,aku pandang cermin dan terpandang dinding almari ada ni hah.



"jikalau saya dapat 5A UPSR saya akan puasa selama 2 hari"

rupa rupanya perangai ke-azam-an kuat ,tinggi budi pekerti,jujur,tawaduk,warak,alim,sopan aku diwarisi adik aku,nurin.fuhhh bangga!.mana tak turunnya kuah kalau tak ke nasi.ye dak?


lama aku tatap muka kat cermin.sekali sekala pandang lagi nota kecil nurin.aku senyum.ngeh ngeh ngeh.puasa tahun lepas punya lepas pun belum ganti.lepas ni aku nak buat nota camni tampal dinding locker roomate aku juga la.


"puasa tahun lepas akan saya ganti.".nak ganti tu memang la nak sangat tapi lupa la berapa hari.sob sob sob..

Apr 29, 2011

suka,cinta itu beda

entry ini bosan.tak percaya try baca.

pagi yang indah,redup semacam je.buka mata,tarik nafas dan hirup segala macam udara di Shah Alam ni.arghhh sesak nafas aku.

start semalam dah cuti.boleh balik kampung tapi aku tak balik.mak cakap nak datang sini.aku menunggu.


seperti hari hari semalam,bangun pagi aku cari buah hati aku dulu,laptop.online facebook,tengok notification.bosan.tengok komen kat blog,ramai pula cakap aku falling in love.mungkin.tapi bukan Dengan Si photographer.titik.


aku pun tak paham dengan aku.tiba tiba dapat notification baru.cepat cepat aku tengok.

"tiz zakiah likes your status".aku mengeluh.aku tak layan.kejam.aku mengharapkan orang lain.

selimut aku dibiarkan berselerak atas katil.aku ambil tali gitar dibeli semalam.try pasang.gitar kapok berhabuk. okay siap.aku renung jauh.kembali petik tali gitar.try tune gitar.cuba main 2,3 kord.arghh bosan.

buka tv,tengok dr Tambi duk sembang pasal pencuci alat sulit.yang perempuan duk gelak gelak.what the?tutup tv.


"ayam gorengggggg!!".bunyi hanset aku.ada sms .muka aku excited.tapi bukan dari orang aku harapkan.aku balas sms tu pendek je.malas.

ada notification masuk.aku tengok.aku senyum.

"**** post on your wall".

lepas dari tu hidup aku hari ni rasa bahagia semacam.suka?cinta?.tak tahu.orang jiwang cakap suka ,cinta itu beda.



okeh malu malu.terus jadi kucing.malu malu kucing.euwwww...











Apr 28, 2011

Lelaki itu seorang photographer


perkenalkan kawan aku,pamela anderson nama bluetooth nya.siang tadi kami ada explorace dekat putrajaya.aku satu group dengan dia.aku berlari sambil pegang tangan pamela .tak lembut,sedikit kasar.

tengah berhenti ambil check point,terjadinya fanomena mata jack sparow. dia memandang tak berkelip ke arah photgrapher rambut serabai tapi cute.boleh bayang?

lelaki tu kulit putih gaya agak sopan.agak lama juga lah dia ngadap budak jambu tu ambil gambar.riak muka pamela minta simpati terlebih.sekali lelaki tu fokus kamera dekat muka dia.balas simpati agaknya. terus undur kawan aku ni pergi kat aku.malu la tuh.kah! kah ! kah!


***********

lajukan cerita.kami dah sampai kolej di shah alam.nak terima hadiah la kononnya.dapat hamper saguhati beserta  rm5 setiap seorang.lepas la nak pekena sirap bandung dan nasi bujang.telan air liur kejap.slurrppp!


menang hamper rasa macam menang grammy award.


selepas dapat hamper,tiba lah masa kemuncak ditunggu tunggu orang gila glamour.masa bergambar beramai ramai.yang tak tahu malu mesti duduk depan sekali.pamela ajak aku duduk depan sekali.eh tipu!.aku sengaja duduk depan dan pandang budak lelaki tu.padahal ada 2 photographer,tapi ntah kenapa aku rasa muka dia sedap mata memandang.so,aku pandang arah dia jela.tu gunanya bakat dan rupa.ye dak?


gambar hiasan.

dia terpaksa panjat kerusi nak dapatkan shoot terbaik.versetile beb.aku pandang dia.bola mata kami bertembung.seakan berhenti kejap saat itu.perghhhh!!!.terkedip kedip mata aku.aku senyum.dia balas senyum.aku malu maka aku pandang pamela.sekali kedebooooooooooommmm bukkk bukkkk!!!.


dengan pantas kaki aku bergerak selangkah sambil tangan terangkat sedikit.tergamam.lelaki tu jatuh dari kerusi.ikutkan hati nak jer sambut tangan dia agar tak terjatuh.arghhhh. ramai pula orang belakang aku,nanti gosip.aku tak mahukan gosip murahan.ngeh ngeh ngeh.

lepas dari tu aku dengar lagu Gareth Gates ni tak henti henti.layan feeling beb.


                          


    can you feel it??kah!kah!kah!

ps:tak sabar nak pergi kolej.





Apr 27, 2011

Klip Video Seks Anuar Ibrahim part 2

kasi korang terperanjat sikit tiba tiba blog aku ada entry klip video seks.tak terperanjat eh?tak lucah jugak ye?.hehe.terkejut aku bila terjah Blog Faizal Fredley pasal klip video seks papa Nurul Izzah.aku taknak cakap banyak sebab kalau berita ni tidak betul akan menimbulkan fitnah .ye dak ?hehe..



mungkin pelanduk 2 serupa.kita mana tahu kan?tapi dah menjadi tajuk buletin utama Tv3 malam ini.hehe.klip video dalam durasi 47 saat tu menunjukkan lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel.selebihnya korang tengok sendiri kat youtube.

sebelum ni pasal klip video seks datuk 'T' ,sekarang muncul pula klip video seks ahli potilik pembangkang.macam macam la kan agenda politik negara.hehe.




Apr 26, 2011

Teater

hari bersejarah la sangat buat aku apabila memegang watak  nenek kebayan dalam pementasan teater .hebak kan???terpaksa la aku jadi nenek tua bongkok bongkok atas pentas.grrrrrr!!!menyampah.tapi ada satu part aku suka bila aku kena cakap

"see clearly,i'm nenek kebayan but you can just call me Lisa Surghihani!".ngeh ngeh ngeh.sengih kejap.tu watak gedik geli sesangat.



secara ekslusif.nah nyah!gay boleh contact aku mintak nombor telepon dorang.sentap hati mak nak tahu.sabor jelah.kah kah kah.



batch hijau flouresen tanpa uniform.



kesayangan aku.mimi dan gee.



bersama prince.ifah sangat macho!


sebelah aku tu princess gunung ledang.dah hilang crown kena curi.


kalau paris hilton ada bela anjing comel bawa kemana mana,nenek kebayan ada bela sea lion @ dugong.ni la dia.aku mekup jadikan sea lion cute.kau mampu?ngeh ngeh ngeh...


ololor,sangat comel okeh.doraemon.






gambar gambar ni gabungan 3 group.aku join untuk dapatkan markah coursework semester ni.hehe.sampai sekarang aku tak tengok video teater tu.tak akan tengok sampai bila bila.malu malu.tutup mata.haishh


ps:siapa tak join lagi contest tagline belog yuyu lar boleh join!!!hehehe..






Apr 24, 2011

Penangan Justin bieber datang ke Malaysia.



Demam   justin bieber datang ke Malaysia belum sembuh lagi?.so,mesti korang nak tahu kesinambungan beliau kan?aku tahu tuh.tambah2 lagi peminat dia,sabar sabar,ini entry bersih beliau.pasal bibir.peminat justin bibir sila baca okeh.


nahhh kisss!!!muahhhhhhhhh!!!

kenapa bibir boleh jadi lebam?

Paras hormon estrogen rendah.hormon ni membantu dalam proses penghasilan sel kulit baru.bila kulit tak berupaya melindungi dan melembap,so ia jadi mengecut dan mengendur.bibir kemudian jadi kering dan lebam.rasa macam buat asaimen la pula aku nih.

merokok!

salah pilih lipstick/gincu.
Bukan aku nak  merendahkan martabat lipstick murah tapi alang alang beli lipstick,better beli yang berkualiti dan harga agak mahal sikit.contoh revon,maybelline dan loreal.pakai lipstick jangan terlalu lama okeh!.aku lebih selesa pakai lipice sahaja daripada lipstick.kehkehkeh.

macam mana nak rawat bibir hitam?
  1. sapukan madu pada bibir dalam 15minit.lepas tu boleh bilas dengan air bersih.
  2. ubat gigi boleh disapu dalam 3 minit sebelum mandi.ubat gigi ni aku biasa guna untuk tanggalkan kesan lipstick.
  3. gunakan marjerin dan sapukan pada bibir untuk jadikan bibir merah.perghhh!!!bak delima merekah tuh.
  4. tumbuk halia dan sapu pada bibir setiap malam sebelum tidur.
  5. uncang teh yang direndam dalam air sejuk boleh melembapkan bibir.

macam mana nak rawat bibir kering?

  1. minum air air suam dibancuh dengan gula merah dan asam jawa.
  2. air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung dan minum bila cuaca panas.yang ni confirm aku tak buat.dan sebab tula bibir aku kering bak sabut kelapa.
  3. gosok bibir dengan berus gigi berisi ubat gigi .



akhir kata,jom sama sama kita mencuba!!!!

ps:justin bieber ???euwwwwwwwwwww!lansung tak minat.ngeh ngeh ngeh...

Apr 23, 2011

Menangis

pagi yang mendebarkan.result semester aku paling benci sudah keluar.perghhh !!hampir semua kawan perempuan kelas aku dapat dekan.tahniah pada dorang dan bukan pada aku.huk huk huk.aku lipat slip result exam dan terus masukkan dalam poket.dengan gelojoh aku cari bag duit aku.buka je purse,aku telan air liur,tunduk dan  sebak.



adat kot kalau perempuan bila dapat result akan call mak ayah kakak abang bagitahu result .tula terjadi dalam kelas aku. disebabkan pengaruh dorang ,maka lepas dapat result kali ni aku miscall mak.dengan pantasnya mak call balik.part mak call balik tu biasa tapi part beritahu result tu luarbiasa.sebelum ni aku jarang sangat sangat dan sangat la nak call mak cerita beriya iya pasal result.


berlakon la kau berlakon.

"yu,result dah dapat belum?".ni soalan wajib mak tanya 2,3 menjak nih.kalau soalan ni tanya dalam exam,aku dah boleh hafal dah jawapannya.

"result yu bla bla bla..."

"oh okay la tuh.cuba lagi."

"mak...."

"duit eh?"

"erm...$$$$$$$$$$$$$ bla bla bla.."

"nanti petang mak bank in".

menitis air mata aku.dahaga.nak beli air soya pun tak lepas.dalam purse ada SERINGGIT.

pasal result?.abaikan.sekarang dalam mata aku ada $$$$$$$$$ jer.menangis sebab $$$$$$$$.penting $$$$$.sangatttttt!!!

ni duit jugak kan?


tapi sekarang aku boleh tersenyum hanya dengan kertas corak diatas.ngeh ngeh ngeh..


ps:niat aku miscall lebiih menjurus kepada duit seringgit bukan pada result.bila pandang kiri kanan,semua kawan aku duk bergayut dengan mak bapak dorang.aku kena la buat action cakap telepon jugak.ye dak?baru lah hidup ni bersaing.

Apr 22, 2011

Masker Hilangkan Stress?

bila cuaca tak menentu,tambah lagi cuaca panas.rasa nak meletup je kan?stress pula tu.muka kena kotoran,bintik hitam penuh.bila cuci selalu kulit jadi kering.maka pasrah je kan.muka kusam.


tak boleh tak boleh.kena cari penyelesaiannya.


buat perempuan,nak hilangkan bintik hitam yang degil memang payah kecuali picit sekuat hati yang menyebabkan kawah bulan .nak mujarab dan selamat gunakanlah masker.banyak cara nak buat masker tapi cara paling mudah adalah kebas orang punya.lepas merasai ke- mujarab-an baru beli sendiri.ho ho ho.

sesetengah orang sensitif pada sesetengah produk masker.so,kali ni aku nak tunjuk masker yang aku baru cuba dan agak berkesan la.terima kasih kekasih Remy bagi aku try masker cokelat rasa nak jilat telan ni.harga Rm 5.50 je.




latar belakang terpaksa dikaburi.dah la kebas orang punya,lepas habis 1 pack masker chocolate montagne jeunesse , sibuk pula nak bergambar.malu  malu.





ni bukan entry kipas mengipas yek,lepas guna masker ni,kulit jadi lembap dan lembut.dah la 1 pack tu banyak,boleh kongsi 5 orang.masker ni anti stress.masa pakai muka jadi macam orang negro dan kami gelak gelak tengok muka masing masing.kahkahkahkahkah!!okeh tak lawak.diam.

langkah mudah pemakaian masker ni:


  1. sebelum pakai,boleh masuk dalam peti ais kasi sejuk.nyaman gitu masa pakai.
  2. pakai dalam 10 hingga 15 minit je.selebihnya boleh menyebabkan iritasi pada muka.omaigod!
  3. cuci menggunakan air suam ye.
  4. lepas tu pakai la toner sebagai penyegar dan menutup pori pori,taknak pakai pun boleh.hehe



oh ye buat lelaki pun ada taw.

Masker untuk lelaki.maskulin gitu.Gorgoeus Guy Grooming Set.gojes la lepas ni.


Apr 21, 2011

siapa cakap Hanis Zalikha sombong?


selamat pagi semua!!!

pagi yang indah bila aku online fecebook dan tengok hanis zalika komen wall post aku kat fanpage dia.biar la orang nak kata cehh tu pun nak tunjuk.balas wall post je pun.eleh kau yuyu gedik sangat aih.sebenarnya,tiap hari aku masuk belog hanis even dia tak update pun aku tetap godek godek dan baca entry lama lama.


siapa kata blogger famous famous ni sombong?

maria elena pun pernah balas komen kalau aku post kat fanpage dia.bukan setiap masa dorang depan laptop dan online.so,kena paham la kalau dorang tak balas komen ke apa yek.keh keh keh.

oh semalam aku lepak dengan nisa kay kat kedai mamak.kecil je rasa diri ni bila lepak dengan orang pemes pemes ni.hehe.nisa menaip yang buat vlog dengan lisa surihani hari tu.korang mesti tengok kan?tak tengok sila tengok okeh.


ada rahsia yang aku perlu sembunyi.so kena syhhhhhhhhh dulu lah.okeh muka masing masing tak mekup,letih je.Ambil gambar guna handphone cikai aku.memang superb la gambar kan.thanks nisa tolong yuyu semalam!!tolong apa???syhhhhhhhh jugak la.hahaha



okeh jeles jeles!!

ps:yang pasti faiz tapit selalu balas komen peminat dia.kan paiz kan?kan?kan?...kah kah kah...


Apr 19, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita.Kita Budaya Bahasa Budi.

Dalam panas mentari , badan  sudah menjadi melekit dan peluh sudah bertukar menjadi ketulan garam .sesampainya teksi didepan mata ,aku masuk dan terus duduk disebelah driver.lelaki muda berspek mata hitam.tidak kacak.


"seksyen 20 ."aku memberitahu tempat ingin dituju.kamera di paha,poster yuna di tangan kanan dan lengan kiri menyandang bag putih.sangat serabut gayaku persis desperate housewife.ayat tak boleh blah.lepas ambil kertas bm julai ye kak?


"kau pakai tali pinggang sekarang."akibat nak betulkan bag penuh dengan buku,aku tak fokus lelaki tak kacak tu cakap.


"kau pakai tali pinggang keledar sekarang.nanti aku brek kecemasan dengan kamera kau tercampak kang!".manis kata kata abang teksi itu.suka la.


"ye,tahu".perlahan aku bersuara.


"asal jauh ni?".aku pelik,jauh perjalanan lelaki itu bawa kami.nak bawa melanconng ke apa ni.konpius konpius.orang kata jauh perjalanan luas pemandangan,aku rasa jauh perjalanan lagi banyak tambang ada lah.

aku pandang muka dia.tenung lama sikit.kasi rasa bersalah.tak juga bercakap dia nih.sesampai je hostel,dia tanya bayaran biasa berapa.aku jawab 8 ringgit je.ikutkan hati nak je cakap 3 ringgit.dah la tak tahu jalan.bisik hati kecilku.perghhh hati kecil tuh.lepas settle pasal duit.kedua kaki aku ke luar pintu teksi.sebelum pintu teksi ditutup kuat kasi retak cermin tingkap lembut....

"Gua blah dulu lah derr".2 kali aku ulang ayat sama.risau juga dia tak dengar.ngeh ngeh ngeh.

Lepas blah dari teksi merah bertuankan lelaki berlagak.dia  pandang aku sekali lagi.bukan teksi tu pandang,lelaki tu pandang aku balik.konon nak ketat kan pintu.tu la bang,lain kali sopan la sikit.abang jeles eh saya bawa kamera pegang poster yuna?abang jangan risau.gambar dalam teksi abang pun saya ambil.masuk blog ni bang.





asal ceroh bebenor poster yuna tuh?.

mak oiii bapak gemuk budak ni.muka pucat.nebes nebes.walau abang aku cakap yuna nyanyi macam baca ABC tapi aku tetap minat gila vavi.nanti aku sambung cerita yuna lain entry.menyampah?ala..suka hati gua la derr..



ps:sebelum aku masuk teksi,yuna baru je peluk aku.



Apr 18, 2011

filem blue

berada dirumah berpetak free pemberian KKM  amat menyeronokkan.selain dapat bergusti bahu dengan roomate,aku dapat juga berhimpit ramai ramai tengok tv sambil makan makanan terkumpul.sapa ada makanan aku kebas,makanan kau jadi milik aku.har har har.



bila malam tiba ,perut berkeroncong ibarat ada anak kucing sawan mahu keluar.krukkk...krukkk bunyinya.maka,aku cari makanan terkumpul.duduk bersila depan tv tanpa memandang tv.sayu pula kan...


tiba tiba roomate aku nama mariah curry menjerit

"weh yuyu!!!mung tengok crito blue.bakpo jadi gitu hah?".dengan loghat kelantannya aku sangat paham.

"berakkk doh mung ni yuyu!!tutup tv tu.blue jah".dia menyambung lagi.

"hah?aku tertenggok filem blue ke sekarang?".dengan muka innocent aku kemudian menggelabah.

"blue???".mata aku memandang tv.oh blue.



kau ada rasa nak kejar tak roomate macam ni dan tarik rambut dia kuat kuat?lepas tu bakor tilam dia dan sorok ID card sama slip exam.




muka innocent macam ini kau permainkan mariah?berani berani kau.dah la innocent,kelabu pula tuh.memang aku dalam kekaburan lah.tak paham eh?.erm.gambar ni kelabu,mata aku rabun.sekian.

ps:gambo bila ntah tuh.pasrah je joyah kena gigit.

Apr 17, 2011

KULI,PENGAMPU,BOSS

sudah menjadi adat hidup atas bumi Malaysia bertuah ni bila berada di kelas bawahan.hidup berdasarkan istilah 'anak tiri',tumpang kasih dan berpayungkan bangunan usang lagi buruk tidak sekelas Lim Kok Wing mahupun MAHSA atau seteguh IMR.

IMR

berada di semester agak akhir baru lah aku sedar duit diperlukan setiap semester.sebut je aktiviti,mesti duit pelajar dikeluarkan.sebut je duit,mesti aktiviti lah tu.senang.gampang.


sekarang aktiviti mengutip dana untuk Aktiviti ke Perkampungan Orang Asli dijalankan.oleh itu setiap jumaat,kami pelajar swasta dan KKM (Kementerian kesihatan malaysia) dan beberapa ketul yang lain akan cari kereta staff kolej dan basuh.cuci kereta.kereta orang atasan juga kami basuh.


"I tahu kat mana kesan calar kereta I,so basuh elok elok.".LIMA RINGGIT (RM5) dihulurkan.duit diterima dan kami saling memandang.diam.elok sangat la digelar kedekut.

"ala.orang bagi duit pun dah kira  bersyukurlah".kaki bodek bersuara.adat la tu,kaki bodek akan mengampu ada dimana mana.

dah la kau taknak sponsor kami buat aktiviti.bila dapat nama ,kau juga yang sapu.kolej kau masuk majalah,masuk suratkhabat,pamer kat TV,tak cukup lagi,radio pun adooo..


elok sangat la tu,BOSS dan PENGAMPU  bergandingan.

semalam.cerita baru.agak panas lagi bak goreng pisang disalut tepung dan digoreng dalam minyak panas.kawan baik PENGAMPU memarahi kami.katanya kami tidak buat kerja.yang mengadunya budak swasta.APA NI SAYANG?kerja?kerja tayangan movie pada malam jumaat bagi kutipan dana?ohhh...

oh ye.kadang kala setiap kita lakukan perlu ditunjukkan.tidak begitu?barulah kerja tu dilaksankan.menunjuk pun satu kerja bukan?








tiba tiba aku rindu nak menjadi pelatih di IMR.walau hari pertama daftar ke delta hostel adalah hari pertama aku kenal Institute Medical and Research (IMR) sebab pagi tu aku hantar jiran aku kesana dulu. selayaknya kami ke sana.belajar disana.kalau nak kami bangkitkan isu ada banyak je.itu baru part basuh kereta,belum part DELTA HOSTEL.



RAYUAN BUAT KKM,TOLONGLAH JANGAN HANTAR BAKAL BAKAL JUNIOR KAMI KE SINI.TOLONGLAH!!!!mata berkaca kaca.

selain entry ni,boleh baca ini juga.


ps:nak cari kaki bodek,senior kami ada lah tapi bukan kami si hujau flourescen.

Apr 16, 2011

Lelaki dan Motosikal

lelaki ni banyak jenis,ada yang terasa hebak dengan perlakuan,harta benda,dan pergaulan.yang aku nak ketengahkan pasal harta benda.ni ayat selepas baca buku karangan BM  SPM.


lelaki kalau takde moto nak pergi kelas,baik menangis sekarang.tak rasa sedih ke bila tengok lelaki lain ada motosikal berkuasa kecil dan besar? helmet pula conteng sana sini.aku tengok ramai je budak kolej Pitih Pitih ni bawa motosikal kuasa besar dengan gaya takleh blah.aku tak minat tengok tapi tertengok.ngeh ngeh ngeh...


kalau gaya stok stok awie,body taff giteww takpe la.tapi kalau kurus keding kering kalah osman kering?*pitam.


nah motosikal sebijik.aku tak tahu nama apa moto macam ni.tak join group motosikal berkuasa besar kat facebook,jadi aku tak tahu menahu la.hah!gitewwww.

lelaki sebegini terasa hebak bila hari selepas hujan,lalu tepi awek dan percikkan air setinggi ombak tsunami kalau boleh.lepas tu buat muka serius dan blah.lepas parking motosikal,dalam hati mengharapkan jumpa sigadis yang telah terpercikkan air sebentar tadi.kemudian minta maaf dan belikan baju baru.hebakkk bukan?gentle-man lagi.


lagi rasa hebakk bila  sekali sekala ada awek tulis surat layang kat atas moto macam ini...

"moto awak cantiklah...awak mesti hensem kan..=)"


Bab surat layang ni baru je buat minggu lepas.tak sempat tengok tuan motosikal datang ,bas dah datang.selamat tinggal abam taff..ngeh ngeh ngeh..


ps:aku tak minat lelaki bawa motosikal besar besar,cukup la setakat bawa mini cooper.kecil je tapi cool.

Apr 15, 2011

Diam.Tunduk.Dongak




"awak tahu kenapa saya rela hati kosong dari penuh bunga bunga?".

diam.

"saya ada prinsip utuh.bukan untuk berbunga bunga pada awalnya namun layu bila tiba waktunya".


tunduk.


"jangan cuba menenangkan dia disaat airmata menitis tapi cuba tenangkan disaat airmatanya belum bergenang dikelopak mata."


dongak.



entry ni aku sorang je paham kot

Korea's Top 50 Most Hansome Men 2011

channel Y-star terbitkan senarai Top 50 lelaki kacak,hansome kat Korea.fulamak!sekarang baru excited nak pilih calon  suami .baru lah kalau dapat berjalan beriringan, perempuan lain pandang semacam je.baru la rasa hebakkk sikit.kau ingat lelaki je ke rasa hebakk  berjalan beriringan  dengan awek cun?
(berjalan beriringan -word of the day)


50 lelaki korea terkacak. ngetop.meletopps.


1. Won Bin
2. Kang Dong Won
3. Hyun Bin
4. Jo In Sung
5. Gong Yoo
6. Go Soo
7. So Ji Sub
8. Nichkhun (2PM)
9. Song Joong Ki
10. Jung Woo Sung
11. Jang Dong Gun
12. Lee Seung Gi
13. Yoo Seung Ho
14. Kim Hyun Joong
15. Lee Sun Gyun
16. Song Seung Hun
17. Chun Jung Myung
18. Park Hae Il
19. TOP
20. Yoo Ah In
21. Jung Yong Hwa
22. Cha Seung Won
23. Lee Min Ho
24. Kim Nam Gil
25. Kim Bum
26. Rain
27. Lee Jung Jin
28. Park Yoochun 
29. Jang Geun Suk
30. Lee Ki Kwang 
31. Choi Si Won 
32. Kim Jae Wook
33. Lee Byung Hun
34. Ji Hyun Woo
35. Jang Hyuk
36. Yoon Sang Hyun
37. Minho (SHINee)
38. Eric
39. Kwon Sang Woo
40. Cha Tae Hyun
41. Jo Kwon
42. Oh Ji Ho
43. Shin Ha Gyun
44. Yoo Ji Tae
45. Jung Jun Ho
46. Bae Yong Joon
47. Lee Jun Ki
48. Cha In Pyo
49. Kim Hee Chul
50. Choi Min Soo


ps:yang di-BOLD tu aku dah COPPP okay!!!aku punya.ngeh ngeh ngeh

Apr 14, 2011

Anuar Ibrahim bersama Situ Nurhaliza

isu hangat la sangat...



Anuar Ibrahim berkhalwat 2011.siti nurhaliza mengandung.anuar ibrahim dibomohkan.siti nurhaliza dipulau keluarga mertua.anuar ibrahim dan Siti Nurhaliza pakai susuk.Buluh perindu siti nurhaliza.Anuar Ibrahim dan Altantuya.Najib Razak dan Rosmah mansor.

.

Anuar Ibrahim nafikan dakwaan video seks miliknya.Siti nurhaliza menimang cahaya mata pertama.Dato K curang.Siti nurhaliza kecewa.Anuar Ibrahim kaya.Siti Nurhaliza lagi kaya.Anuar Ibrahim miliki jet peribadi.Siti Nurhaliza berkawan dengan dato Mahathir.


Siti Nurhaliza bergaduh.Anuar Ibrahim menyanyi.Siti Nurhaliza tidak suka adiknya siti saerah.siti saerah mengandung anak luar nikah.Anuar Ibrahim tiada kaitan dalam penguguran haram.Siti Nurhaliza tidak pernah gugurkan kandungan.Anuar Ibrahim keluar dari PKR.Anuar Ibrahim dan konspirasinya.Siti Nurhaliza beli banglo di eropah.


Helikopter Siti Nurhaliza terhempas.Siti Nurhaliza nafikan helikopter mewah miliknya.Anuar Ibrahim dan perjuangannya.Anuar Ibrahim memiliki saham terbesar di Malaysia.Anuar zain melamar yuyu lar.


ini entry menipu,jujur dalam menipu.agak agak setiap keyword aku guna kat atas boleh jadi top search kat goggle tak?.aku ingat nak berpuasa SEO lah sebulan ni.sebab tu la aku gabung je terus tajuk dalam satu entry.

Apr 13, 2011

Dasar Syaitan

2 pagi.menulis dalam kegelapan dan hanya berbekalkan cahaya lampu jalan memang kasi feeling mood seram sejuk berpeluh menitik nitik.


semester ini, kami (batch aku yang hijau flourescen tuh lerr) perlu buat theater omputih dan aku memegang watak yang ter-asing ,berbeda dan tidak biasa sangat dipegang oleh aku iaitu watak nenek kebayan .nenek kebayan???cepat beramai ramai cakap "euwwwwwwwwwwwww!!"

(lepas berlakon comfirm aku bakor dewan teater tu).

jika dulu,aku lah gadis yang biasanya  memegang watak snow white,puteri,princess dan segala bagai jenis princess lah.sekarang tidak lagi.MENGAPA??KENAPA?*perasan nak mamposss*



jawapan standard pelakon : I nak variasi kan watak I lah you.takkan la selamanya nak jadi puteri kannnn?bagi peluang kat orang lain pulak.ehem ehem.(cakap jela kau hanya layak pegang watak orang tua jer!!!)


**************


tengah berlatih teater,aku mengajak kawan sekelas,Remy namanya tipu tipu.

"Remy jom la cari tongkat kat aku.takut siang nanti orang nampak kita patahkan ranting pokok.jom lah cari sekarang".

dengan kuasa tangannya yang perghhhh kuat beb,maka patahlah ranting kayu pada pokok disebelah hostel kami.pokok tu paling rapat dengan bilik aku.

kemudian berlakonlah aku dengan feeling nenek kebayan gedik gatal shial shioot dengan tongkat ranting kayu.
selesai berlakon, aku bawa tongkat tu masuk rumah.konon nak jadikan prop.senang sikit nak berlatih pegang tongkat dalam rumah petak ni.bongkok bongkok sikit.arghhh comel aku.

lakaran pokok yang rantingnya aku curi.seram kan??.pliss angguk,kalau tak aku unfollow kau!!



***************


pagi pagi buta ,aku solat isya dalam gelap.bajet alim lah.konon solat dalam kekusyukan beserta tawaduk melimpah limpah dan nur cahaya dari muka terpancar lah.padahal aku risau satu suara keluar.

"weh!!apasal kau kacau aku tidur hah???tutup balik lampu".suara roomate aku.

untuk elakkan semua tu,maka  aku pakai telekung sembahyang dan cahaya dari laptop hanya fokus kat muka aku jer.lagi la berseri seri muka aku dengan wuduk,kalah maya karin taw dalam pontianak harum sundal malam.

pandang semacam je kak?pehal?

tengah malam buta sorang sorang aku search gambar ni.yela takkan nak search berdua pula kan?.jangan masuk dalam mimpi sudah ler.ngeh ngeh ngeh


tengah solat tu..

"macam mana yek kalau kayu tadi tu ambil dari pokok berpenunggu?".bisikan hati pada rakaat pertama.

"kau dah la bawa balik kayu tu masuk rumah.gila la!!!kang meracau malam ni siapa susah?".menyusul pula persoalan pada rakaat ke dua.

"boleh jadi juga ada tuan pokok tu,yela pokok tu takde daun.ranting je banyak".tertanya aku dengan sendiri pada rakaat ke tiga.

"kau tidur tu,hati hati lah lepas ni yuyu...".terketar ketar aku nak beri salam pada rakaat terakhir.



ps:asal nak beribadah je ada setan.ada setan je,tak jadi nak beribadat.

konon budak baik lah tuh.konon !!



SAYANG

SAYA SAYANG MAK SAYA SANGAT2...

SAYANG KAKAK SAYA KETAT2...

tolong settlekan bil broadband saya tiap bulan..

HARI INI KENA POTONG ,INI HARI JUGA BERJAYA DISAMBUNGKAN..
(menyampah la celcom,over limit 3 hinggit je pon.nak cut cut dah..blah la..!!!)

erkkk?perlu ke cerita dalam belog?

keluh resah ittew kot tak dapat online satu hari.serius.


okay,ittew dah nak tidooowwww...camat malam cume..ittew bangun esok,ittew cite mimpi ittew malam ni yek kawan kawan.korang cume pom boleyhh cite mimpi mashing mashing..tak gitteewww???wahhh cukenyer iteew...!!!!


ps:entry takde motip.nasib la sape bace sampai habis.ini entry sampah buat gua.gua malu dalam menulis.malu beb...

Apr 11, 2011

Hilangkan EYE BAG?

masalah paling ketara dimuka aku bila eye bag taknak hilang hilang.apa itu eye bag???


EYE + BAG?=EYE BAG

bukan!!!bukan!!! bukan..

sorry lukisan buruk.ini la Eye bag.yang beri muka nampak tua selalu.grrrrr.


jom kita tengok cara mengatasi EYE BAG .maka, lingkaran hitam di mata anda bakal hilang tidak lama lagi.percaya lah!(versi jual ubat paksa dan rela)

1.mata perlu diurut menggunakan krim badan selama 5 minit ,kemudian lap dengan kapas.


2.lekapkan mata dengan tuala kecil yang direndamkan dengan air susu .


3.basahkan kapas dengan air mawar pada kapas ,kemudian biarkan pada mata selama 10 MINIT.


4.Masukkan kiub ais kedalam kantung teh.sejukkan selama 1 jam didalam peti ais.kemudian,tekap pada mata.


5.urut bahagian lebam bawah mata dengan menggunakan krim pemutih dengan lembut.(untuk lebam masalah eye bag saja,lebam dipukul terkecuali okay)


6.sapu timun di bahagian bawah kelopak mata setiap kali sebelum tidur.


7.kisar isi tomato bersama serbuk kunyit dan jus lemon.sapu pada bahagian bawah mata sehingga kering.


contoh mata letih macam....



try menangis sekali nak tengok..nangis la..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...