May 16, 2011

Lelaki Annoying

 

Dalam hidup ni seseorang yang dianggap menyampah akan dipanggil annoying ke?.Annoying maksudnya apa ntah? Aku pun tak tahu tapi suka sangat sebut.Kebanyakkan yang sangat annoying adalah lelaki.Perempuan setuju? Sila like jika setuju.

Maka terdetik la dihati nak google translate.Sila klik Lelaki annoying.Maksudnya mencintaimu menggangu kan?kah!kah!kah!.

Annoying =  menggangu ?

Lelaki = mencintaimu ?

Lelaki Annoying hadir bila dia mencintai dan akan menggangu?Tak pasti.

 

 

ManWhoLaughs-726961

Muka minta penamporrr.

 

Perempuan paling tak suka bila jumpa lelaki annoying.Sebagai contoh...


1.Lelaki yang sudah di-approved di fecebook  dan terus inbox "hai,nak berkenalan boleh".

Itu ayat nak kena reject awal awal tahu tak.Terus unfriend balik dengan lelaki golongan kurang kasih sayang macam ni.

2.Lelaki yang mudah buat perempuan menangis.

Selemah lemah lelaki adalah membiarkan kesilapannya berulang dan membuat perempuan menangis dan menangis kerananya.Naluri  dan sifat perempuan adalah lembut dan mudah tersentuk , maka tak hairan la perempuan mudah  menangis. Normal okay.

3.Lelaki yang ada 2 identiti.

Bukan golongan nyah atau pondan tetapi lelaki yang mempunyai banyak watak berbeza.Paham ngak?Depan dan belakangnya berbeza gitu.Jangan kau belek badan lelaki depan dan belakang pula.Tu kira tahi lalat namanya.huhu.Keyakinan dan kepercayaan perempuan akan hilang bila tahu lelaki yang selama ini dipercayai tetapi rupa rupanya mempunyai dua identiti .Iya!Hilang!


4.Lelaki yang kerjanya mengutuk perempuan saja dan memalukan perempuan tersebut.

Mungkin lelaki sebegini nak tarik perhatian. Cuba nak bermesra tapi sebenarnya cara ini SALAH. Mereka  tidak menjaga hati dan suka kritik seorang perempuan di public (Facebook,Twitter,blog etc) .

5.Lelaki tidak pandai menjaga hati orang tua.

Bila berhadapan dengan orang lebih tua , rasa hormat tu sangat perlu okay. Sama sperti kita hormat dan mahukan orang lain hormat  ibu bapa kita. Jika kita benci orang tak hormat mak bapak kita , macam tu juga la kita orang lain benci kita tak hormat mak bapak dorang. Pantang aku lelaki tak hormat orang tua even orang tua tu makcik cleaner .Mereka tetap perlu dihormati.Panjang pula aku mengarang yek.Ehem ehem…

6.Lelaki tidak matang dan rasa dirinya hebat.

Perempuan akan respect pada lelaki yang matang ,cool dan boleh membimbing / menjaganya. Kalau tak matang dan berlagak hebat memang awal awal lagi dianggap "Kau sangat annoying wahai lelaki".

7.Lelaki Poyo.

Lelaki dalam golongan syok sendiri.Terasa dirinya hansome seperti Orlando Bloom tapi hakikatnya...

8.Lelaki suka tarik perhatian.

Dimana mana orang ramai ada , dia mesti ada sambil bercakap kuat kuat , Gelak kuat kuat , Pakai pakaian yang menyakitkan  mata (terlebih up to date on fashion kotttt...). Ce sopan sikit , low profile, Aku yang  tengah lepak kedai mamak sambil sedut air pun akan pandang kau kalau low profile dan lalu tepi aku.*Tiba tiba*

 

k-pop-malaysia 24 -7

Hi abang pusat.Contoh lelaki poyo , Suka tarik perhatian , Rasa dirinya hebat.Oppps jujur sangat lah pulak aku ni.Sorry bam..

Cukup la kot 8 perkara menunjukkan lelaki annoying.Panjang panjang bukan dibaca pun.Kau tengok gambar abang pusat je kan?Eleh macam aku tak tahu.Minat abang pusat lettewww.

8 comments:

mas saari said...

kak Mas singgah sini...

akak pun tak suka lelaki poyo ni!

shakira..=) said...

btol2...xsuke laki poyo...n pic yg last 2 btol2 annoying...hahaha

EZAN IDMA said...

semua senraai ni mmg tepat sekali., tak suke laki anoyy mcm ni

unieMARKS :) said...

memang pun . annoying bila smua nak kna ikut diorang punya flow , tapi tak peduli pun kita rasa apa . ngeh

мʋтɛ ƨтσяʏтɛℓℓɛя ♥ said...

perasaan nak bunuh diri boleh tahan meluap luap jugak lah tengok gambar tu ==" haha

Faiz Tapit said...

sedihnye... sobs3

armouris said...

info tentang menangis di SIHAT SELALU - Kenapa Perempuan Lebih Banyak Menangis

teNgkU jOeH said...

aku budak yg baek ok....

jgn tduh2 woooo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...