May 18, 2011

Jujur Tentang Perasaan

Tengah aku belek nota untuk exam esok sebagai penyedap hati walhal aku tengah ngadap laptop dari bangun tidur lagi, Tiba tiba aku terklik formspring dan agak lama aku tenung soalan yang aku sudah 'terjawab' .




Kenapa susah nak jujur pada seseorang tentang perasaan . Baik pendam atau luahkan ?

Perasaan macam mana ni ? Kawan kepada kawan ? Anak kepada Ibu ? Perempuan kepada lelaki ? Lelaki kepada perempuan ?. Hehe. Aku fokus pada perempuan dan lelaki . Suka bebenor kome yek. Ke aku je yang suka ? Ngeeeeee...Bluek...

Situasi 1 :


Kesemuanya melibatkan risiko . Sesuatu yang diluahkan dan pihak satu lagi tidak dapat menerima luahan perasaan , lagi teruk jadinya . Contoh , Di kolej ,Maya sukakan Remy dan luahkan tetapi Remy menolak cinta Maya . Mungkin lepas satu masa yang panjang / pendek , Maya boleh lupakan Remy namun Remy masih fikirkan Maya masih sukakannya . Lelaki perasan namanya . So , hubungan asalnya kawan mungkin sudah renggang gara gara luahan perasaan . Lebih baik diam daripada tergesa gesa luahkan.

Situasi 2 :


Siti dan Kamil berkawan rapat . Kamil meluahkan perasaan pada Siti dan Siti dapat menerima luahan hati Kamil . Kemudian mereka bahagia , Lebih baik luahkan daripada pendam .


Sebelum luah tengok dulu 'dia' tu bagaimana . Macam mana nak tengok ? . Tengok Cara dia berkomunikasi , Gerak badannya (Body language ) , Kata hati sendiri dan pandangan orang yang boleh dipercayai . Bukan pada semua situasi kita boleh luahkan , Kadang kala pendam / diam itu lebih baik . Ye dak?


Panjang pula aku membebel .


PS: Lepas taip entry ni terus aku rasa lain semacam . ewwww ewwwww....

7 comments:

sYafIk-wAy said...

ciss ta boleh blah , remy dan maya , ahha .macam filem cun lak asenye

zaidah said...

tapi klu tak diluahkan diorang tak tahu...luah pun susah tak luahpun susah

Faiz Tapit said...

ehem ehem... : )

hamzah ian said...

faiz tapit gila..
hahaha

btw aku rasa lebih baik duk diam

iz said...

aik..camne leh dapat soklan yg sama daa...

dahla soklan sama,ulas dalam entry pun akan2 je...

kah3..

*cimOt* said...

aku suka follow the flow kot..sebab?cam ko cakap risiko laa..hmmmm

luah salah..xluah pon salah..

so, depends kpd tahap keberanian..hihihi

Amni said...

kadnag bagitau bagus jugak.. atleast dah cuba.. tak dapat, tak tau kan? kalau dia tak nak terima, sekurang2 nya dah cube kan... huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...