May 14, 2011

Piala FA Terengganu vs Pahang



Dengan semangat berkobar kobar bagai obor obor tengah menyala,aku dan Tiz (Jiran sebelah katil) berganjak dari kedai mamak pulang ke hostel.Kata emak siang tadi malam ini ada siaran langsung Piala FA Terengganu vs Pahang di TV1.Ulang sekali lagi di TV1.

Di hostel,peluh menitik nitik akibat balik ke hostel bagai kena kejar anjing.Lisa surihani tengah menyanyi di TV9,Housemate aku Mariah tengah syok tengok tv,Aku tiba tiba datang alih channel.Diam je dia.

“Aku wajib tengok separuh akhir malam ni.”Banyak kali aku alih channel dari TV1 Ke TV 9,TV 9 ke TV 1.Ke Astro Arena je belum sebab hostel aku tidak membekalkan dan melanggan Astro.

“Mak ,tadi cakap Tv1 ada siaran bola.grrrrrr.”. Aku terus menelepon emak

“Oh gol.oh tak jadi gol.oh laju lagi.ala…”.Suara emak seperti mengulas siaran langsung bola.Lagi la aku geram.Sudah 10 minit permainan berlalu.

“Ramai kat rumah ni.Anak beranak semua ada.Jadi tengah kalut,mak silap,bukan tv1 tapi Astro arena lah”.

“Oh ok.”.Sedih sambil mengusap handphone.Mana aku nak cari Astro Arena ni.Rumah aku sekarang berkampung anak beranak tengok bola.




Terus aku pegang tangan Tiz,mengajaknya ke kedai mamak kembali.Dari pandangan anak matanya aku tahu dia nak suarakan ni.


“Tapi sekarang orang buat part time simbah asid.Bahaya perempuan keluar malam malam.”

Maka bertambah la tanda penuaan aku,dahi berkerut.Gelisah.Aku cancelkan segala janji dan perjanjian keluar ke Time square siang tadi gara gara risau tak sempat tengok bola malam ini.

“Tapi ni team adik aku.Semi final.Perlu tengok.”.

“Sorry yu..”.


 Tiz.Renungannya membuatkan aku tak sampai hati nak ajak lepak tengok bola.

Lajukan cerita.Sara Jessica Anderson, jiran sebelah rumah setuju keluar  bersama sama mencari Astro Arena di Food Court dekat dengan Hostel.

“Woahhhh.Gembira”.Berjalan sambil hayungkan tangan.     
                  
Aku cari meja,duduk serta merta,order nescafe ais ambil syarat je.Sengih dapat tengok.Leher terpaksa ditinggikan sebab lelaki agak obesity berada didepan.Tepat pukul 10 malam , pelayan kedai makan tu alih chanel ke Astro Warna.Maharajalawak.

“Bang…pelisss tukar chanel bola tadi.”.Kau ingat senang ke aku nak panggil bang bang.Ingat ni Inul ke.

“Tapi ramai nak tengok Maharajalawak.” Dia membalas.

“Kalau nak tengok bola beli tv sendiri la,lagi elok pergi stadium la dik oiii.” Aku dapat rasakan inilah suara hati abang tu.

Kami pun blah.Pergi ke foodcourt sebelah.Ambil meja paling depan dengan tv.Bak kata Idris Jusoh Tiada halangan cuma peluang.hehe,Satu demi satu Ashaari Samsudin jaringkan gol.Lega sikit aku rasa.Abang kedai makan tu tengok aku semacam je,akhinya dia join aku tengok.Isnin ni ke Terengganu pula jom!!!Aku nak balik tapi pitis takdop boh.


Kelantan lagi berbisa 5-1 tuh.


Aku rasa aku taip entry ni mendatar je.Nasib la korang baca.Aku nak cakap Tahniah Terengganu!!!Yeah Peteh Ganu Peteh.




7 comments:

hiro said...

cuba la peteh kelantan nanti..keh2

tahniah pasukan yang layak ke akhir nanti.

Yuyu Musa said...

hiro:eleh...demo kelahhh ngat tp xpo kawe arap final ni klate vs ganu..

Khairil said...

eh minat nonton bola ke?...tahniah dekat terengganu....

Faiz Tapit said...

meh la lawan team iblis merah... grrr

Yuyu Musa said...

khairil:hihihih..minat jgk..


faiz:eleh...tak takot...

Khuzrin Kamarudin said...

TM Piala FA? Ni tahun bila punya ni? hahaha...

Yuyu Musa said...

khuzrin:tahun lepas punya lepas tahun la..relax arrr gambar lame..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...