Mar 13, 2011

pakcik,saya rayu halalkan dua poloh sen itu

stadi la konon.

4.15 petang 12hb 3 2011

pengawas 4 orang bersembang.ada gaya nak suruh aku blah.paper akhir semester ini.soalan biokimia sangat mudah seakan bercakap dengan bangla,bersembang dengan orang jepun,berjimba dengan orang iban.jawapannya susah.aku orang terakhir keluar.


7.30 malam.

makan apam balik dua keping.online gaya remaja.minum tea o ais tengah hari punya.taknak membazir.

8.45 malam,

bas Sani sudah sampai.dengan bergayanya aku tinggalkan Gee dan Syafiqa.tinggalkan Shah Alam pulang ke Kuala Terengganu.

4.30pagi.
sampai ke perhentian bas KT.tiba tiba perut memulas.sakit.aku ke toilet,nak berjalan pun rasa tak mampu.

"pakcik tolong jagakan bag saya".dengan lemah aku minta tolong pakcik jaga jamban.

"tak boleh letak bag kat sini"

"saya sangat sakit.pakcik jaga la.."

"tak boleh".

peduli aku.aku masuk toilet.tak salah.toilet perempuan.

dalam toilet aku telepon mak.

"cepat datang,yu sakit perut.cari yu dalam toilet".


****************
ketibaan emak dan ayah.

"mak tolong belikan yu 100plus!!!".

dalam toilet awam aku jerit.peduli aku orang lain.aku sakit macam nak beranak.

"beli apa??"


"100plus!!!!"


"hah?"


"100plus".


"mak beli air mineral boleh?"


"suka hati mak la.".aku jerit lagi,memang anak tiada budi bahasa.

mak ragu ragu nak belikan 100plus sebab risau perut aku sakit disebabkan gastrik.aku tahu.grrrrrrrrrrrrr.

sepatutnya dalam jamban tu aku jerit.

"mak!!!belikan air tulis seratus plus!!!yang boleh kembalikan cecair badan yang hilang.bukan air gas yang mak rasa bahaya tu.bahaya untuk anak mak yang selalu gastrik!bukan!!!"

***********
tersandar aku didinding toilet.bersih kotor aku tak peduli.dah la masuk toilet berselipar jepun ber-stokin carik.
kemudian emak dan ayah kejarkan aku ke Pusat Perubatan 24 jam,klinik Intan kata mak.

"tapi tak bawa duit ni."mak keluarkan suara.dalam kereta.

Mak telepon kakak suruh datang kasi duit.kakak tengah tidur.

"cepat datang Klinik Intan,nurul sakit.mak tak bawa duit."laju je kereta bergerak.setahu aku lambat lagi nak sampai klinik.


"kasi gelang saya ni la dulu kat INTAN(klinik Intan).nanti datang tebus balik siang."
ya Allah sampai tahap tu mak sanggup bergadai.anak dia cirit birit je pun.paling teruk tengah tahan gastrik.


"ishhh.macam tu pula.tu senyap tu.dah okay dah kot.perut memulas jer.biasa la tuh.tak payah pergi klinik la".ayah bersuara.

"tapi kalau sakit lagi mesti ke pergi juga."kata mak.

"ala..biasa la tu sakit perut pagi pagi".kata ayah.

sampai di Pusat Perubatan Intan.ayah berhentikan kereta.

"tak payah pergi la mak.rasa dah elok".perlahan aku jawab.

dalam hati,berkat aku selawat dan baca bismillah tahan sakit tadi kot.Allah memahami mak ayah tak bawa duit.toilet tadi pun aku tak bayar.100plus tak cukup 20 sen.sedih weh.pukul 4 pagi lebih kau nak seluk kat mana duit weh?.

pesanan ringkas:

*pakcik toilet,halalkan yek 20 posen tu.*

*tuan kedai,bukan biasanya 100plus 2 ringgit je ke?halalkan la 20 sen.*



 pakcik halalkan due posen tueeeee..!!

*
*
*
*
*
*


kalau pakcik ingat muka ni.terbaca entry ni.sila PM inbox pesbuk yuyu lar..

7 comments:

cintailmu89 said...

yuyu dah sihat?

Yuyu said...

iz:sudah2..hahaha...

suerafe said...

ooh kalau gastrik boleh minum 100 plus eh. baru tahu. btw, pakcik tu mesti halalkan :3

Yuyu said...

sueRAFE:gastrik tak pasti tapi sy diarea.byk hilang air.so patut minum 100plus utk kembalikan air yg hilang..hehehhee

Unknown said...

oRg TGanu ke..wah orang sekapal ngn kami nie..selmat kenal...kami jadi org ke 390..yeayyy

ENTRY TERBARU: BE baru dapat lagi lagi dan lagi!!! dan hidup lelaki mudah & simple dan barah payu dara serang budak 3 tahun

yaya_flanella said...

nape sebelum ni aku tak perasan entry ni. huhu

Yuyu said...

kenapa sekarang baru kau baca?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...