Mar 31, 2011

SAKIT

hampir 2 bulan yang lepas

gee dan aku berjalan di kaki lima kolej menuju ke surau.menuju ke surau.menuju ke surau.di dalam perjalanan kami memang akan melalui bengkel kuli-nari.kuli menari nari.seorang lelaki memandang kami dari jauh.bila menghampirinya aku senyum.budak kulinari.tak pernah aku senyum tapi hari itu aku kasi sedekah.Senyum.

tiba tiba

"aduhhh sakitnya.tolong tolong CPR.CPR!!!".

nak je aku patah balik dan tanya

"adik.CPR tu sejenis kuli macam adik juga ke?ngeh ngeh ngeh.."

namun aku menuju ke arah kebenaran.menuju ke surau.

*****************
Hari ini.

Aku dan Gee menuju ke kelas dengan berbekalkan sarapan pagi.

tiba tiba seorang lelaki dari arah belakang mengiringi kami.

"aduh sakit!sakit!".dia menjerit sambil tangan pegang perut.gaya sakit nak beranak.

"BODOH!".aku rawat sakitnya.

"BENGAP KAU!".aku masih lagi merawat sakitnya.Merawat sakit otak budak kuli tuh.



tahulah aku pakai baju ni je tiap tiap hari.tudung hijau floresen.tapi....
(bukan gambar aku tahu.gambar kawan.ngeh ngeh ngeh)

wahai kuli kuli,beruniform seperti diatas tidak semestinya nurse.

pic:kuli dari google.

moral of the story:kalau orang tak cari pasal dengan kau.kau jangan la gedik santai cari nahas.

ps:saya tahu mulut saya sopan ketika bercakap.saya baik sebenarnya.ngeh ngeh ngeh...



Mar 30, 2011

BAS

Semalam tunggu bas macam biasa nak ke kelas,bas lewat hampir sejam.oh biasa.sebelum naik bas terasa dahaga,aku beli jelly kelapa.ngeh ngeh ngeh.

"yu,tak boleh bawa masuk makanan dalam bas".kata kawan aku.

"oh ok.".aku masukkan jelly kelapa dalam bag dan naik tangga bus.

"mana makanan you tadi,ingat I tak nampak ka?".uncle driver keling paria  India sound.

"saya simpan.ni hah."dalam hati aku,nak kata aku makan dalam bas la tuh.nak kata nanti bas busuk la tu.bau kau lagi busuk la.grrrr

"you jangan makan dalam bas,simpan".

aku angguk.tahu tahu je nama aku yu.

****************

hari ini.tengahari ada meeting.terpaksa la aku naik bas pukul 12.30 TENGAH HARI.meeting tengah hari?what the??grrrr.

uncle semalam tunggu diluar bas.

"tengok bag you ada makanan tak?"

"tak ada".aku tunjuk bag 

aku naik tangga bas dengan genggam tangan.panas cuaca hari ini.bila genggam rasa macam kat negara omputih pula.konon sejuk.psyco sorang sorang.

dalam bas aku terseliuh.sakit.aku gelak.kawan kawan terlebih lebih gelak.terhibur dorang.

earphone bawa,handphone tertinggal pula.macam mana nak dengar lagu.2 seat untuk aku sorang.bosan.aku selidik bag cari bahan menarik.banyak pula sampah dalam bag.siap pasir pergi pangkor 5,6 bulan lalu masih ada.aku keluarkan segalanya.gula gula kepanasan pun ada.aku keluarkan semua tu.simpan atas lantai bus.



aku diam.pandang keluar bas.=)

Mar 29, 2011

Marshanda Bertudung

Buat peminat sinetron Indonesia,kalau dalam drama pelakon comel cantik Marshanda bertudung dan ramai yang ikut gaya tudung marshanda,sekarang dia memang memakai tudung dalam dan luar pengambaran/tv.berita gembira buat makcik makcik nak cari menantu.terus senyum lelaki sekalian.


penampilan Marshanda dahulu

tudia.sama macam dalam sinetron kan??sama kan?kan ?kan?
ngeh ngeh..


Marshanda bertudung disebabkan mendapat mimpi kiamat selama 5 hari berturut turut seperti filem Armageddon dan beliau sangat takut.Marshanda berhajat tetap memakai tudung didalam drama walau dipaksa buang dan dia tetap akan memakainya.ouh tacing.Alhamdulilah,mungkin ini hidayah dari-NYA.


Biodata Marshanda

nama penuh:Adriana Marshanda
nama panggilan:Marshanda
Tempat lahir:Jakarta
Tarikh Lahir:10 ogos 1989
adik beradik:sulong dalam 3 beradik
zodiak:leo
pendidikan:Elementary Islamic Tugaskus,SMA Labschool,Kebayoran Jakarta
penyanyi kegemaran:Christina Aguilera,Britner Spears,M2M
Pelakon kegemaran:Dude Herlino




Random GiveAway Polo Wallet by DARKBATMAN


Bangun pagi tadi teruja kejap sebab ada kelas pukul 9.30.wahh tak sabar nak ke kelas ni.tak sabar rasa .dah nak terkeluar jantung ni hah.lepas siap pakai uniform,posing depan cermin,tiba tiba kawan jerit "kelas cancel".wahhh LAGI BERTAMBAH TERUJA I...hah gitewwwww...

tercerita lebih la pula kan..motip nya apa dong?

sebenarnya aku nak join RANDOM GIVEAWAY POLO WALLET By DARKBATMAN.ngeh ngeh ngeh..tengok gambar kat atas tu hah,wallet lelaki .tapi kalau dapat nak kasi kat ayah la.birthday ayah bulan 4.hehehe..

ni pertama kali aku join random giveaway.korang kalau nak join boleh ke blog DARKBATMAN.syarat syarat ada kat sana.

nak menambahkan lagi persaingan,aku nak tag saya syamimi,memo dan Iz...kehkehkeh..


Mar 28, 2011

CARA/TIPS PERGI TEMUDUGA LEPASAN SPM

adik adik lepasan SPM sekarang jangan  ketar kaki,pucat muka sebab dapat interview/temuduga bagi menyambung pelajaran tapi tak tahu macam mana menyediakan diri atau membuat persiapan bagi menghadiri temuduga.meh akak cerita sikit sebanyak pengalaman akak untuk temuduga pertama dan bagaimana nak siapkan diri pada hari itu.


korang tahu SPA?

akak dapat tawaran SPA pertama kali selepas mendapat keputusan spm.korang kena isi dulu taw borang secara online kat SINI.Temuduga pertama akak tak lepas,maka akak masuk matrik changlun,kedah.jujur la akak berlagak bila dapat masuk matrik,dah tak pandang kos separa perubatan .gila keji kau kan tapi akhirnya akak ke SINI jua selepas isi borang balik dan dapat temuduga kali ke 2.masa tu selepas matrik,tengah isi borang masuk universiti dan alhamdulilah akak dapat UTM buat degree tapi alhamdulilah akak tak pergi..ngeh ngeh..panjang pula kan kau bercerita.

tips ni akak guna masa temuduga kali ke 2 sebab kali pertama gagal.



TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA LEPASAN SPM

1.susun sijil dengan betul dalam file dengan kemas.Ingat sijil SPM paling penting!!!hari temuduga ramai je tak bawa sijil asli.kena marah free free..


2.pakai baju formal.perempuan pakai baju kurung yang sopan.tudung kemas sampai bawah dada.masa ni buang la stylo mylo tuh.korang tunjuk korang la paling innocent okay!!!kalau free hair,ikat la rambut tu kasi kemas.


3.kalau ada kawan,tinggalkan bag korang kat kawan tu.tak payah gatal gatal bawa handbag carlo rino bagai.bukan interview nak dapat kerja ni.hehe.akak pernah buat  bawa handbag pinjam macam tu.gagal weh.


4.mekup u nipis nipis jer.tak perlu la malam sebelum kejadian kau pergi trim  kening ke apa.setakat pakai bedak dan lipice/nude lipstik colour dah cukup.bagi muka tak pucat.berkeyakinan sikit.


5.masa penting.lagi bagus korang dapat no 1 atau 2 untuk temuduga.maksudnya korang antara yang awal ditemuduga.


6.kasut bertutup dan bagi perempuan tak perlu la kasut high heels tinggi gila gila macam nak pergi dinner.kuncinya korang kena nampak innocent taw!


7.bila penemuduga tanya baru korang jawab okeh.


8.mula mula masuk kena bagi salam.jangan belakangkan punggung kat dorang.bagi sijil.dia suruh duduk baru duduk.


9.korang tunjukkan minat korang tuh.isu semasa kena study dan study apa kos yang korang minta tuh.


10.banyakkan doa.solat hajat malam sebelum interview.kalau dapat tu adalah rezeki,kalau tak dapat maknanya ada lagi yang lagi baik menanti korang.



KENAPA GAGAL DALAM TEMUDUGA PERTAMA?



1.Pakai kasut muncung mengalahkan mulut buaya.tingginya macam nak catwalk depan penemuduga.

2.pakai bag pinjam carlo rino.dah macam janda anak 2 plak aku ni.

3.bercakap dengan penemuduga macam kawan.siap gelak mengalahkan dorang.

4.datang lambat

5.tunggu lambat sangat,bila masuk mula lah rasa nak tidur.oh alasan!!!


Adik adik boleh search lagi tips lain.ni pengalaman akak DO and DONT'S before/during interview.ngeh ngeh..

SELAMAT MENCUBA!!!!


Ps:pakej untuk pelajar perempuan,jika penemuga tu lelaki,buat ayu lebih tahu.kasi bergenang airmata gitu.mata berkaca kaca,mahu depa tak teragak nak kasi lulus kan?tak gitewwww??ngeh ngeh..

PARAS RADIASI TERLAMPAU TINGGI DI FUKUSHIMA

Dalam bulan ni aku banyak cerita pasal Gempa bumi di myanmar 24 mac dan gempa bumi di Jepun 11 mac kan.berita berita ni aku tertarik sebab semuanya disekeliling kita,Malaysia.kena berhati hati dan bersedia sebab musibah tu datang bila bila masa je kan?


gambar nuklear reactor di Fukushima

Paras radiasi ini dikesan dalam air yang bocor dari sebuah reaktor di loji nuklear Fukushima dekat Timur laut Jepun.Paras radiasinya 10 juta kali lebih tinggi daripada biasa dalam air yang bocor di reaktor 2.wap putih kelihatan .paras radiasi didapati 1000 milisievert sejam,maka pekerja dipaksa keluar daripada loji tersebut kerana sabgat bahaya.

1 dos 1000 milisievert setahun adalah paras terendah tahu yang menyebabkan risiko kanser,loya,muntah muntah.kesan radiasi selanjutnya boleh boleh tengok kat sini.

korang boleh rujuk lagi pasal radiasi kat sini.


terimas trimasss kasehh sudi baca!!!




MENJEJAKI LELAKI IDAMAN

Lepas balik dari Genting kota keriangan ,terus terpikir selama ni aku buka tutup mata siang malam,buat assignment malam malam la sangat,pergi balik sekolah,masuk matrik sia sia,join KKM sebab nak kaya dengan alaun,merantau ke banyak negeri (2 jer tapi lebih la dari SATU)...(dot dot dot maksudnya sambungan)

namun...(ada angin meniup selendangku)
namun...aku lupa tentang suatu perkara..
oh lelaki idaman!!!!


walau video ni sepenuhnya babak dalam movie Eiffel i'm in love..kau nak hayati susah melainkan lirik lagu tu ubah jadi subtitle atau kau alih sendiri bahasa kepada suara gaya telenovela,namun tetap dapat feeling nak cari lelaki idaman..cu buat..feeling kan?(kalau kau tak rasa pape maknanya kau kahwin dengan lelaki pilihan nenek kau!!!),,ngeh ngeh...

Mula mula aku jejak dan ikut dan skodeng mamat korea ni.

kau tengok.berkepit jer.tak mahu la aii.

 


kau tengok lagi.bukti bukti dia memang setia dengan awek dia.tangan tuh.tuh tangan dorang tuh!!
maka,beliau tidak langsung memandangku yang jauh lebih gelap dari buah hatinya.nak jadi kekasih gelap pun tak mampu you olls.maka,jangan berangan yuyu!!STOP IT!




TAK DAPAT YANG KOREA,DAPAT YANG NI PON BOLEH masuk list kot.kot kot..macam la dia nak kat kau.eleh.

okeh.dari baju nampak topi.

fuhhhhh!!!macho beb.*gigit jari

sayang..pandang la sini..I nak ambil gambar nih..


tudia...gila hansome.macho.tinggi.putih.maskulin.muda.remaja.taff.kulit mulus.hidung mancung.ada gaya.

CARIKAN LELAKI INI UNTUK SAYA!!!!SEBIJIK INI!!!

gataii nak mamposs kau!


emak: mak nak kau cari yang beriman.
 anak:okeh. disebabkan saya anak solehah maka...

CARIKAN LELAKI INI UNTUK SAYA!!!SEBIJIK INi!!!TAPI..BERIMAN..
sejuk perut mak mengandung.tak gitewww mak??ngeh ngeh ngeh



Mar 27, 2011

KE GENTING HIGHLANDS BEBEH


sudah 2 hari tak update.bercuti sehari beb.semalam aku ke genting higlands.hanya keluarkan RM47,main dari pukul 2 sampai malam.semua tu sekali dengan pengangkutan tahu.fuhhh memang berbaloi woook..kami turun dari Shah Alam pukul 7.naik motosikal pinjam angkut satu satu.semuanya 5 orang.pakej ke Genting Highland sekali naik cable car,bas pergi balik hanya rm47 sahaja.


sampai kat Kl sentral.tengah beratur tunggu tiket bus.cepat sangat tiket habis.so,korang kalau ank pergi lagi kena booking tiket awal awal.aku sampai pukul 9 lebih tapi tiket yang ada hanya pukul 12 tengah hari,nak tak nak ambil jela.hehe..


sudah dapat tiket dengan gelojoh buka makanan masing masing.yang duk main tiket tu mimi.yang main hanphone tu lini dan hanya nampak tangan GEE dan Jannah.dorang sedia makanan malam sebelum pergi lagi.aku tak buat apa apa,cuma cas bateri camera nak ambil gambar jer.konon merajuk sebab takde makanan,maka aku beli kfc.rugi rugi..tapi sampai sana makanan dorang aku juga kebas dan habiskan.jimat bukan?



lelaki korea ni aku skodeng dari dalam bus sampai ke genting.jadi paparazzi jap.kerja aku snap gambar dorang je.mahu tak cepat habis bateri kamera aku?ngeh ngeh...




budak ni sangat comel.hindustan mari kot.coppp buat anak ikan!!!hehe. banyak kali jumpa budak ni dan famili dia.oh jodoh jodoh...*tutup mata dan geleng kepala,terbayang budak ni bila besar..hehe




pemandangan dari atas cable car.woahhhh!!!ni baru sikit.


 budak budak jakun.

cukup 5 orang.mimi,maya karin,gee arif,jannah jonet,linie

sekali lagi terupload lebih.tengok la kau.tatap tatap.




space shot.kau naik ni  memang luruh jantung.terkejut gilo mak..

ni gambar last aku sempat snap.lepas tu tak jumpa dah  korean couple ni.

entiti atas dahi tu..

mereka ni antara orang malaysia/kelantan kami jumpa.
kah kah kah


naik roller coaster.

bergambar dengan fauzi nawi.keh keh keh.budak lelaki yang paling penakut main yang extreme2.last kami jumpa dan diminta snap gambar.okeh sudah.gambar anda berada disini.ngeh ngeh ngeh

ya Allah comel gila baby ni.nama dia shira.kerja aku pergi sana kejor budak jer.grrrrr...

macam jackie chan kan?uncle ni baik.iye.baik.




okeh dah banyak sangat gambar tu.



lepas ni aku tunjuk lelaki idaman pula yek..
bye bye!!!terima kasih sudi membaca!!yela tu baca...kan??hehe

Mar 25, 2011

GEMPA BUMI 6.8 MAGNITUD DI MYANMAR(24 MAC 2011)

peta /gambar gempa bumi di Myanmar/Burma 24 Mac 2011


Selepas Jepun dilanda gempa bumi 11 mac lalu,semalam berlaku gempa bumi 6.8 skala ritcher di Myanmar.sekurang kurang nya 25 orang terbunuh akibat gempa bumi 800 kilometer dari Bangkok,Thailand.Buat masa sekarang tiada amaran tsunami dikeluarkan.Di bandar Tarlay ,sebanyak 10 lelaki,seorang kanak kanak dan 13 orang wanita terkorban yang dilporkan oleh pihak berkuasa Myanmar.





Gambar lokasi berlakunya gempa bumi.

selanjutnya boleh ke SINI










Mar 24, 2011

VIDEO PEREMPUAN CUBA BUNUH DIRI DI KB MALL,KOTA BHARU(24.3.2011)

seorang gadis perempuan cuba membunuh diri di pusat membeli belah KB mall,kota bharu.
fuhhh dasyat dasyat...alang alang nak mati baik pergi berperang kat palestin.tak pon Libya.ye dak?
setakat KB mall...ape barang??ngeh ngeh ngeh..


motip bunuh diri tidak dapat dikenalpasti.mungkin tak dapat scor SPM kot.andaian saja.hehehe


Video Perempuan mencuba untuk bunuh diri di KB mall siang tadi dalam pukul 4 petang,24 mac 2011



Video bagi menyelamatkan perempuan nak bunuh diri.bantuan oleh bomba yang menyediakan tilam dibawah.nasib baik jumpa tilam.aksi stuntwonman berlaku juga tapi cedera ringan saja.



ps:lepas ni adik balik duduk dalam rumah jer taw...nak bunuh diri pun jangan la cari tempat ramai orang.silap tuh.


credit:sini


Fasha sandha kembali bersama Jejai?

Pulang dari lepak kedai mamak,online facebook kejap.kemudian jumpa ni...


katanya:"Omg! Thank you sweethearts for the suprise visit and tq for the advance birthday present! I love u guys @murshideunos @faizalmohds"


adakah mereka sudah kembali bersama???


ngeh ngeh ngeh....



Mar 23, 2011

SATU DUNIA konon...

aku rasa tahun depan bila bubar kabinet nak cadangkan negara ni dengan slogan "1 Dunia " la.hidup aku ni dah macam berpeleseran di negara sendiri.jiran atas,bawah rumah kalau bukan Nepal mesti Bangla.tak pun nak bergaya dan serabut style sikit ala Ariel peterpan,Indon.

time basuh baju memang feeling cinderella you olls.baru dramatis.


hujung minggu waktu basuh baju.sekarang aku beruniform,terpaksa la basuh selang sehari uniform tuh.
kalau tidak menitis air dari jiran kesayangan dari tingkat atas warga Thailand tak sah.balik dari kelas tadi pukul 6.30 roomate aku jerit.

"sawadikabbbbbbb..tulun spin baju betul betul dulu buleh tak sebelum jemur?"

"macam ni buleh???"



bila waktu exam pula aku study dekat balkoni.balkoni la sangat..ditemani cahaya mentol kuning.mewah giteeewww.kalau mentol rosak,housemate aku gantikan dengan lilin.wah romantikkk gitewww!.
tiba tiba bunyi bising.bising ala ala manja gitewww.pernah dengar?orang tertentu macam kami je boleh dengar.bunyi minah indon dan si jejaka bangla bergaduh.yang perempuan bebel sambil tarik baju buah hatinya sampai koyak.feeling hindustan gitewww

terganggu aku nak study.skodeng kami satu rumah.

depa feeling hindustan.kami sedia yoko yoko lepas skodeng sebab sakit leher ni hah nak jenguk.


tak paham sila tutup laptop.titik.

KEPUTUSAN SPM 2010

Tahniah kepada adik adik yang  mendapat keputusan SPM hari ni.

Ketua Pengarah Pelajaran,Datuk Abdul Ghafar Mahmud mengumumkan bahawa pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh 4 tahun.368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 pada tahun sebelumnya.

9,239 calon sekolah kementerian Pelajarna Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,989 pada 2009.






menunggu keputusan SPM

7 pagi hari kejadian


sejuknya...tidur dulu la.berdebar juga ni nak ambil result..shahida,aisyah,karina,dorang semua teror,aku plak?ermm..oh nak sms buah hati dulu lah.."gudluck syg.."teeeeeeeeeettttttt..


10pagi hari kejadian


pergi teman kawan buat medical cheakup .nak hilangkan debor ni.kau tahu ape.

trrrrrettttttttttt teeeeeeeetttttttt.oh mak telefon

"anak bertuah,kau kat mana..mak kat sekolah ni.orang pergi ambil result kau pergi berjimba.pergi sekolah cepat!!!"


2petang
teeeeeeeeeetttt.oh sms dari sidia.

"lambat lagi ke sayang tunggu kawan buat medical cheak up?@#$ kena balik.tumpang moto kawan.kawan nak balik,@#$ kena balik jugak la".

"tunggu la.kita jumpa kat sekolah.tahniah jadi best student!!".tiba tiba berangan best juga kalau cikgu suruh aku buat ucapan sebagai makwe best student kan?.


3petang



baju kurung dah penuh dengan peluh.keluar dari kereta terus cari guru kelas.tengok result.simpan dalam bag.pergi jumpa pakwe.kasi hadiah.lukisan aku lukis sendiri.bertukar tukar gambar.almaklom la tak jumpa banyak bulan.lagipun masa ni kalau mms gambar blurr.cehhh.



hari ini
teringat balik insiden banyak tahun lepas.cehhh @#$ konon.dah lama putus.blah la kau!ngeh ngeh.
karina di UUM,shahida dah nak jadi nurse,aisyah di UPM.

moral:
1.buat adik adik,tak payah la nak bercinta time sekolah.bila masuk matrik/U/sambung belajar mana mana,kejap je boleh berubah.kau cari lain,aku menangis sorang sorang.tak gitewww?

2.sudah lama aku tak cerita macam ni kan?rindu plak dengan  BUKAN BELOG LELAKI MACHO.

3.ingatan aku kuat tentang Spm berbanding subjek yang diambil semester lepas.

4.lepas ni,kalau tak dapat sambung belajar adik2 jangan frust,kadang kadang tuhan nak uji kita untuk dapat yang lebih baik.okeh!pikir positif.dah jadi motivator plak dah aku...ngeh ngeh...

5.GOODLUCK SEMUA YANG NAK  AMBIL RESULT SPM HARI NI!!!!

ps:gambar credit to google marry me marry.motip gambar?takde kena mengena.ngeh ngeh...

aku nak sambung tidur,babai!!!


Mar 22, 2011

Fukuyama Masaharu Menyanyi secara live bagi bencana Gempa Bumi Jepun

aku berumur 12 tahun.ketika kawan kawan sibuk bermain masak masak.kawan kawan bekerja keras belajar bersungguh sungguh untuk 5A.pulun giteww depa.cehh.aku pula menanti detik jam 6 petang setiap hari sabtu dan ahad.paling syahdu hari ahad la sebab aku bersekolah dan  6 petang sangat penting untuk aku.untuk aku tengok drama Jepun Perfect love.masihkah kau ingat?pada tahun 2000 kot.


masihkah kau ingat (rasa nak menyanyi jek.lebih lebih la pulak kan...)hero ganteng, cute lagi hansome dan kacak Fukuyama masaharu?
tak ingat eh?

ala...yang jadi Taketo tu dah heroin nama Chigusa tu.
tak tengok eh?

Fukuyama Masaharu.


Fukuyama Masaharu-SAKURAZAKA


Fukuyama Masaharu -good night

pelakon dan penyanyi ini akhirnya kembali dengan episod baru dalam radio show nya
"All night Nippon saturday special Tamashii no radio".

beliau menyanyi 4 buah lagu seperti Asu e no March,Heart dan Asita no SHOW dengan menggunakan alunan gitar.

nak tahu lebih lanjut boleh ke tokyohive

ini mungkin salah satu cara Fukuyama Masaharu meluahkan rasa tentang bencana di negaranya.

ps:maap kalau orang jepun baca jika aku ada salah silap.tapi aku memang minat pun mamat ni.ingat lagi erh nama dia taketo dulu dulu.siap taruk nama chigusa kat pemadam masa sekolah rendah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...