May 10, 2011

Strategi Perniagaan Di Mall

Hari mahu berganjak ke petang,Burung burung enak bergayut pada wayar elektrik.Aku dengan pantas masuk ke dalam Plaza Alam Sental,Shah Alam.Panas kat luar.Risau sunburn pulak.Amboihhhhh...


Hati ni resah.Muka pula pucat tak goles Lip ice Lisa surihani lagi harini.Oh patut la kurang cantik .Bisik aku pada cermin kedai cermin mata.Aku masih mencari kebaya hitam sebagai ganti kebaya kawan baik , Gee.Dengan bangganya aku koyakkan kebaya dia pagi tadi.Rasa bersalah la ni, maka aku  pergi beli.Dalam hati mengharapkan jumpa kebaya murah sangat.


Berjalan seorang dalam mall  memang seronok.Nak kena tipu dengan salesman sangat senang.Apatah lagi nak terpengaruh dengan geng Lingua Franca.Turun je tangga escalator terakhir,seorang perempuan menghulurkan tanggan kanannya.

"Adik,meh tangan adik."Dia menyapu tangan lembutku dengan krim apa ntah.putih seperti tanganku juga.


"Adik cuba la krim ni,mula mula taruk krim .Lepas 5 minit sapu,tengok la kesannya.Keluar daki." Pantas je tangan kakak tu mengusap belakang tapak tangan mulusku.Aku biarkan saja.Dengan harapan bau sambal belacan di tangan turut hilang.


kemudian datang lelaki tak kacak ,kawan sekerja kakak tak henti cakap macam murai tu.Lelaki tu datang nak ambil alih tugas perempuan murai sambil hulur tangannya.tugas apa?belai belai tangan aku.


Banyak cantik kau lelaki.Dahiku berkerut dan tarik tangan.Lelaki tu malu.Padan muka.Lain kali tukar jadi Stephen Rahman dulu kalau nak main tangan aku.grrrrrrr.



Hi Stephen.Kenyit mata sikit.pelissssss...


"Berapa ni kak?".Aku konon konon bertanya.

"Murah je".

"Berapa kak?"Aku tanya lagi.Semoga daki di tanganku hilang dan kulitku bertambah gebu.

"Adik tengok kat botol ni,Rm 15.90 kan? Akak bagi Rm 15 je."

"Takpe la kak..."

"Bukan nak kecilkan hati adik,tapi krim ni boleh hilangkan eye bag adik.Malam malam sapu la dengan krim ni.Nanti Hilang la tu".

"Pandai pula kakak ni yek nak besarkan hati aku.Rajin pula la aku nak sapu kat mata?".Getus hatiku.

"Belilah dik , Cuba la try.Harini last promotion,Akak bagi lagi murah  tapi jangan bagitahu orang lain.RM 10 je." Perlahan je suara dia.

"Takpe la kak.."

"Kenapa taknak beli?takde duit eh?".Tersentap aku .Pandai kakak ni menilik orang.Dah tahu aku takde duit,tak payah la promote barang.Tak gitu?.Nak panggil dia "kakak pintar" la.


Aku kemudian cari escalator untuk naik.Best juga naik turun escalator ni.Tak perlukan tenaga.Maka sesampainya aku ke tigkat atas,Aku mencari escalator untuk turun.Tempat tanganku diusap penuh kasih sayang tadi aku lihat pekerja krim putih keluarkan daki tu ada pasangan masing masing.Pekerja lelaki mengusap tangan perempuan dan Pekerja perempuan  menyapu sambil mengusap muka lelaki.oppps!bakal pelanggan dia lah.






"Bagus strategi perniagaan kau orang.Siapa boss kau orang?Aku nak ambil gambar dengannya.Boleh ganti Dr Rozmey.Kelas giteeewwww".



Betul la kata kakak murai @ kakak pintar tu bahawasanya aku memiliki eyebag cantik sangat.Mata pula bengkak sebelah.Sepatutnya aku beli krim tu.Arrggghh menyesal la sangat tak beli.kah!kah!kah!.Akhirnya aku jumpa juga kebaya hitam.Gambar ni nak tunjukkan betapa kakak indon yang kemaskan jahitan kebaya tu sangat baik.Tak tipu.Ini Serius.



ps:Nasib baik kakak pintar panggil aku adik.Ehem ehem...

18 comments:

Anisa Hang Tuah said...

kalau kau calit lip ice,kompem lisa surihani kucup kucup pipi kau

Syafiq Rosli said...

haha..untg lah ade orang sapu..

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

waaah...kalau akak tu comel nak suh dia sapu gak =P

Pdud said...

uisshh,,terang betull eyebag ko yu,xpyah tambah effect makeup or mascara dah ni.hoho

Faiz Tapit said...

dri dlu xtw mende ape eyebag tu... grrr

Alan said...

oow krim ni..x ingat apa nama dia tapi pernah jumpa orang buat style camni.

Alan Rizque said...

Ada jugak orang yang nak ambil kesempatan macam tu..ish..

Farhana Jafri said...

slalu je kne cmni.. klau jmpe mnusia2 ni cpat2 jlan or lalu jlan lain.. suke2 je..

jemput singgah ANASAURUS :)

Yuyu said...

nis:aku akan kucup dia balik...keh3

Yuyu said...

syafiq:tula..aku pun rase sgt beruntung

Yuyu said...

iqbal:hahhahaah..pegi la kt pas..ade lg kot akak tu arini..keh3

Yuyu said...

pendekar:hahahhaa...cantik kan?arghhhh skenyerrr...

Yuyu said...

paiz:eyebag tu lingkaran hitam bawah mata la..hihiihihi

Yuyu said...

alan:krim buang daki..kah3

Yuyu said...

farhana:hehe...nk lariskan barang dorang lettew..sbb tu duk ikot je..heehe

stalker hebat ! said...

eii . da pena kena.

tipah tertipu nyah.

haaaishh

Akim Iqbal said...

poik poik toink

Akim Iqbal said...

poik poik toink

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...